Susah

Muslimah Student Talk With Zikra & Rushda Naik
7 Zulhijjah 1440H/ 8 Ogos 2019 @ Nilampuri

Surah Baqarah 1, Ayat 14;
Adakah kamu akan masuk syurga tanpa ujian dan kesusahan?

Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman”. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok”.

Referensi: https://tafsirweb.com/234-surat-al-baqarah-ayat-14.html

1. Pertolongan Allah sentiasa dekat.
-Nabi Musa di serang dan dihukum oleh Firaun, bayangkan kita dalam keadaan itu?
-Bagaimana Nabi Musa menghadapinya; Tawakkal dan berserah kepada Allah

2.Allah suka dengan hambaNya. Allah bagi ujian kerana Allah sayangkan kita
-Nabi Yaakub As : Kehilangan anaknya dengan tempoh yang lama iaitu Nabi Yusuf sehingga buta tetapi Nabi Yaakub sangat sabar dan berusaha mencari Nabi Yusuf

3.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya

4.Tawakkal adalah yang terbaik
– Ibu Nabi Musa sangat takut apabila melahirkan Nabi Musa tetapi ibunya percaya dengan pertolongan Allah dan tidak sedih sehingga Nabi Musa diselamatkan oleh Firaun sendiri

5.Baca cerita dalam Quran setiap hari

6. Allah akan beri ujian kepada kita dengan kesedihan, kelaparan dan kemiskinan tetapi hendaklah kita bersabar

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

Read more https://pengusahamuslim.com/529-di-balik-ujian-kemiskinan-ujian-kefakiran.html

7. Allah mengetahui yang terbaik untuk kita

8.Allah menolong kita dengan pelbagai cara

9. Sentiasa mengingati Allah akan menyelamatkan kita jika kita sentiasa berharap dan memohon denganNya

10 FAKTA MENARIK RUSHDA NAIK (Anak Dr Zakir Naik)

1.Rushda Naik, berusia 20 tahun, anak perempuan kepada pendakwah antarabangsa terkenal, Dr Zakir Naik.

2. Berbakat dalam bidang penulisan dan berfikir secara kritis. Menyebarkan mesej Islam melalui mata pena dan sains moden.

3.Menamatkan peperiksaan IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) dan peperiksaan A Level dan beliau merupakan antara pelajar yang cemerlang ketika menduduki peperiksaan tersebut.

4.Beliau sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Princess Noura University, Arab Saudi. Dalam masa yang sama, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Sains Semulajadi (Fizik) di Open University, UK.

5. Rushda seorang yang sangat bijak dan tekun dalam melakukan sesuatu perkara.

6.Beliau minat membaca dan aktif bersukan seperti sukan bola sepak dan menunggang kuda. Bahkan, beliau telah bermain sukan “bungee jumping” pada seawal usia sepuluh tahun. Alhamdulillah, beliau juga merupakan pemegang tali pinggang hitam di dalam sukan karate dan taekwondo.

7.Menghabiskan hafalan Al-Quran sebanyak tiga puluh juzuk pada usia yang muda iaitu 10 tahun yang kemudiannya memperolehi Ijazah Hafalan Al-Quran.

8.Beliau telah memenangi tempat yang pertama di dalam pertandingan hafazan Al-Quran yang dianjurkan oleh Princess Noura University di Riyadh.

9.Beliau juga mempunyai blog khas yang memberi fokus kepada penulisan isu-isu berkaitan dengan Islam, sains dan isu-isu semasa. Rushda berharap agar usaha ini dapat menjadi platform untuk menyebarkan ayat-ayat Al-Quran ke setiap rumah.

10. Beliau bertekad untuk berkhidmat di dalam menyempurnakan misi dakwah ini, In Shaa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *