White Simple Light Food & Restaurant Retail Website

Musim hujan dijangka melanda negeri kita bermula September sehingga Mac tahun depan. Walau bagaimanapun, sudah pasti hidangan untuk keluarga yang sesuai sering menjadi persoalan. Almaklumlah asyik makan benda yang sama sahaja.

Resepi ikan rebus goreng.

Mungkin lain orang lain selera. Tetapi ikan rebus goreng walaupun berbunyi simple, tetapi rasanya enak sekali. Bergantung kepada kaedah dan teknik masakan.

Bahan-bahan yang diperlukan (Hidangan untuk 5 orang makan).

  1. Ikan kembung atau selayang 5 hingga 6 ekor. (Optional). Boleh juga guna ikan yang dirasakan sesuai. Rebus lebih lagi baik sebab boleh digoreng bila-bila masa.
  2. Dua hirisan lengkuas.
  3. Dua asam keping.
  4. Garam ikut citarasa. Biasanya saya masukkan dalam 3 ke 4 sudu camca.
  5. Sedikit Gula Melaka. (Optional). Kaedah ini bagi rasa lagi sedap.
  6. Air.
Gambar : Google

Cara memasak:

  1. Masukkan ikan ke dalam periuk saiz bersesuaian.
  2. Masukkan 1 per 3 isipadu air.
  3. Masukkan bahan-bahan lain seperti asam keeping, gula melaka, garam, dan juga lengkuas.
  4. Tutup periuk dan rebus sehingga menggelegak.
  5. Keluarkan ikan yang selesai direbus dengan hati-hati agar tidak hancur.
  6. Panaskan minyak ke dalam kuali menggoreng.
  7. Setelah panas, barulah masukkan ikan-ikan tersebut untuk digoreng. Garing is better.
  8. Setelah itu sedia untuk dihidangkan.
Gambar : Google

Biasanya, ikan rebus goreng ini enak dimakan dengan ulam-ulaman, singgang, budu dan juga tempoyak. Ulam-ulaman yang paling mudah didapati adalah pucuk ubi kayu. Biasanya, orang Kelantan sering menjadikan tanaman pokok ubi kayu sebagai antara tanaman penting. Di samping dapat makan ubinya, pucuknya yang dicelur sedap pula dimakan dan dicicah dengan budu bersama-sama ikan rebus goreng tadi.

Selamat mencuba.

Artikel disediakan oleh wanitakelantan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *