5a8ed096 300f 4a27 Afaf 8f7cbf28c3b9

Majoriti kehidupan orang asli begitu dekat dengan hutan dan alam semula jadi. Ada beranggapan mereka ini golongan terpinggir kerana jauh ketinggalan daripada kemajuan masyarakat luar yang lebih moden dan serba canggih. Namun begitu, orang asli bukan golongan terpinggir. Mereka adalah masyarakat eksklusif yang berpegang teguh kepada budaya, adat dan kepercayaan untuk diturunkan kepada generasi yang akan datang.

Andak Anjang, merupakan anak jati Kampung Tuel, Gua Musang, Kelantan. Beliau dilahirkan pada 23 September 1976 dan berumur 45 tahun. Beliau merupakan pemenang Anugerah Khas Wanita Orang Asli bersempena Hari Sayyidatina Khadijah 2021 kerana banyak menggembleng tenaga dan menyumbang bakti kepada masyarakat.

Andak Anjang telah bertemu jodoh dengan Abdul Razak Amat. Hasil perkahwinan beliau dengan suami, mereka telah dikurniakan sepuluh orang cahaya mata dimana 4 orang telah bekerja. Manakala, 4 orang lagi sedang menyambung pelajaran. Salah seorang anak beliau, Maria, pernah muncul di dalam akhbar Sinar Harian pada 25 Ogos 2019 dengan tajuk ‘Anak Orang Asli Antara 210 Graduan KIAS’. Hasil galakan   daripada  ibu  dan  ayah, Maria  telah   berjaya    menamatkan

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Secara Islam. Pencapaian ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah kerana tidak ramai dari kalangan orang asli yang menamatkan pendidikan di peringkat tinggi.                                                                                                     
Andak Anjang adalah seorang yang baik hati dan ringan tulang dalam membantu masyarakat terutama jika mereka memerlukan bantuan serta menjadi ketua tukang masak di majlis keraian. Selain itu, beliau juga memegang jawatan yang penting iaitu sebagai ketua kaum wanita orang asli. Antara sumbangan beliau kepada masyarakat adalah menjaga kebajikan penduduk dari segi khidmat bantuan serta lantang menyuarakan isu wanita orang asli di dalam mesyuarat. Di samping itu, beliau juga seorang yang mesra kerana selalu mengajak wanita orang asli untuk ke kelas fardhu ain dan membantu suaminya yang seorang penggerak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dalam kerja-kerja dakwah. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Sumber Gambar : FB Page HSK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *