Ikon usahawan pada tahun ini telah dinobatkan kepada Wan Norsyafikah binti Wan Mat Rifin yang berasal dari Kampung Kedai Buloh, Badang, Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan salah seorang usahawan Kelantan yang berjaya. Beliau telah berkahwin dengan Ahmad Salmizi bin Muhammad yang juga merupakan ahli usahawan perabot. Beliau telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang bernama Ahmad Firas Muizz (6 tahun), Nur Khaira Humaira (4 tahun) dan Nur Dhia Humaira (3 tahun).
Beliau telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh pada tahun 2006 sehingga tahun 2010.
Beliau merupakan pengasas Gallery Bawal yang mula beroperasi tahun 2012.
Pada tahun 2018, jualan tahunan beliau mencecah sehingga RM1.9 juta. Selain itu, beliau berjaya mempunyai agen stokis seramai 150 orang di seluruh Malaysia dan mempunyai seramai 78 orang pekerja dibawah seliaan beliau.
Beliau banyak memberi sumbangan kepada rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua serta menanggung kos utiliti masjid-masjid. Beliau juga bermurah hati untuk meringankan beban penduduk kampung dari segi material dan kudrat beliau. Kegigihan dan kekentalan jiwa yang dimiliki mendorong beliau mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk masyarakat setempat.