Hari Saidatina Khadijah 2016

Hari Saidatina Khadijah diadakan pada setiap tahun di negeri Kelantan. Acara ini diadakan bagi meraikan, mengiktiraf peranan serta jasa bakti wanita dalam pembangunan negeri Kelantan.

Hari Saidatina Khadijah pada tahun 2016 akan diadakan pada 14 sehingga 17 Ogos 2016 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Hari Saidatina Khadijah 2016

Hari Saidatina Khadijah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan.

Acara ini diadakan untuk menghargai peranan yang telah dimainkan oleh wanita Kelantan khususnya sepanjang tempoh 26 tahun di bawah pentadbiran Kerajaan Membangun Bersama Islam.

13406962_724234301050198_571902522791389480_n 13428438_1793561440864256_3561595321938118197_n

 

Program ini juga ingin mengetengahkan Kerajaan Negeri Kelantan “Membangun Bersama Islam” yang sangat menitikberatkan kebajikan.

Ia juga sebagai menghargai peranan wanita di Kelantan seterusnya mempromosikan Kelantan sebagai model kerajaan Islam mesra wanita sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun ini, acara ini telah dikembangkan ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan peserta dari dalam dan luar negara.

Pelbagai acara menarik telah disusun dalam Hari Saidatina Khadijah pada tahun ini.13237784_713562128784082_892936808327938156_n

Like & Share

LIKE FB : https://www.facebook.com/HariSaidatinaKhadijah/
FOLLOW Instagram : https://www.instagram.com/harisaidatinakhadijah/
FOLLOW Twitter : https://twitter.com/hs_khadijah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *