BUMI

Hikmah disebalik Covid 19

Coronavirus ini lah yang kembalikan sifat kemanusiaan kita semua

Ia kembalikan ingatan kita pada Pencipta kita

Ia buatkan kelab malam, kasino dan tempat maksiat menutup operasi mereka

Ia buatkan ahli keluarga berkumpul bersama

Ia buatkan semua orang melupakan kerja, harta, pangkat dan kekayaan dunia buat sementara

Ia buatkan kita mula ambil tahu tentang tetangga di sekeliling kita

Ia buatkan kita mula fikirkan pengakhiran hayat kita

Ia buatkan kita mula sedar betapa lemahnya kita sebagai hamba dan sebagai manusia

Ia buatkan seluruh dunia mula menjaga makan makanan yang haram, tidak bersih dan makan membabi buta

Ia buatkan seluruh dunia mula goyah dengan kehebatan diri sendiri sehingga mereka mula mengangkat tangan dan berdoa

Ia buatkan banyak negara penindas dunia mula tunduk dan merendah diri meminta pertolongan komuniti dunia

Ia buatkan seluruh manusia mulai amalkan amalan wudhuk setiap masa sepertimana yang diajarkan 1400 tahun yang lampau

Sumber Gambar : http://hanifsalleh.blogspot.com

Ia buatkan kebanyakan manusia mula merindui masjid dan ceramah agama

Sungguh, dalam krisis ini ada pelajaran yang sangat Agung bagi mereka yang mencari hikmah di dalamnya

Manfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk memperbaiki hubungan kita bersama keluarga dan Allah swt.

Suntingan dari post Fb Eddie Idris
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2794710733957550&id=100002559523400

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *