WhatsApp Image 2024 08 22 At 14.34.18 (1)

Adakah anda bersedia untuk menyambut hari yang penuh dengan keseronokkan dan kemeriahan? Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan bakal tiba bagi menyambut keindahan dan kehangatan bersama keluarga. Sambutan yang dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga, dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan(U-KEKWA) ini akan diadakan bertempat di Taman Perbandaran Tengku Anis pada 7 September 2024 bersamaan 3 Rabiaul Awal 1446H.

Sambutan yang dinanti-nantikan oleh orang ramai di mana setiap detik akan dipenuhi dengan gelak-tawa dan momen indah bersama orang tersayang. Bergabunglah dengan kami dalam pelbagai acara yang disediakan untuk membuktikan kehebatan ikatan keluarga anda.  Dari kanak-kanak hingga dewasa, setiap anggota keluarga akan terhibur dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah kami sediakan sepanjang program ini dijalankan.

Antara aktiviti yang menarik menanti adalah seperti berikut:

 Bagi acara sukaneka, ia terbahagi kepada 5 kategori iaitu.

  • Sukaneka bayi comel( 6 bulan -2 tahun)
  • Sukaneka kanak-kanak( 3 tahun-6 tahun)
  • Sukaneka kanak-kanak (7 tahun -10 tahun)
  • Sukaneka kanak-kanak( 11 tahun- 16 tahun)
  • Sukaneka keluarga

Malah, selain daripada aktiviti menarik ini, terdapat pelbagai pameran yang akan dipamerkan daripada pelbagai agensi yang turut serta dalam menjayakan Sambutan Hari Keluarga Mawaddah yang bakal tiba. Antara agensi yang terlibat adalah seperti yang tertera:

Bukan hanya aktiviti yang menarik dan pameran, malahan ada juga forum keluarga yang akan berlangsung pada hari tersebut. Bertemakan “Cintai Keluarga, Disitulah Syurga”, forum ini akan  disampaikan oleh pendakwah dan motivator terkenal, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki bersama  En Ahmad Fadzli Abdul Aziz yang merupakan kaunselor dan motivator selebriti. Turut serta bersama sebagai moderator, Ustaz Mohd Azli Yaacob, pengasas Pondok Raudhatul Sakinah.

Hari Keluarga Mawaddah bukan sekadar acara, ia adalah sebuah pengalaman yang akan mengukir memori indah dan mengukuhkan lagi hubungan yang telah lama terjalin. Kepada semua keluarga yang mencari peluang untuk menghabiskan masa berkualiti bersama, inilah saatnya! Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai kami dalam merayakan kasih sayang dan kebersamaan dengan cara yang paling seronok dan memuaskan. Pastikan anda bersama kami di Taman Perbandaran Tengku Anis pada 7 september ini untuk mencipta memori bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *