Beg Tangan

Apa barang yang selalu ada dalam beg para wanita?

Tisu, alat make up, pen, ketip kuku, resit bank, pengepit rambut dan banyaaaak lagi. Ini belum lagi untuk yang ada bayi. Akan bertambah lagi dengan perkakas bayi.

Tapi untuk norma baharu sekarang, ada beberapa alatan yang perlu ada dalam beg para wanita sekalian.

1. Hand Sanitizer
– Antara benda yang paling penting kita kena buat ialah mengamalkan mengunakan hand sanitizer setiap kali sentuh apa-apa barang ketika berada dalam situasi susah untuk mendapatkan sumber air.

2. Tisu Basah
– Untuk lap meja, kerusi, pen atau apa-apa saja yang dikongsi bersama orang lain. Contoh di tempat kerja atau di restoran.

3. Sejadah dan Telekung
– Yes! walaupun di office sendiri, kena pakai dan bawak sejadah dan telekung sendiri. Tak boleh berkongsi dah tau. Sebab kita tak tahu siapa pengguna terakhir sejadah dan telekung tersebut.

Sumber : https://www.carousell.com.

4. Sudu dan Garfu
– Untuk lebih selamat. Bawak la sudu dan garfu travel sendiri. Hanya guna hak milik kita untuk lebih selamat.

5. Plastik Bag
– Untuk masukkan tisu basah dan mask yang telah pakai. Masukkan mask dalam plastik dan ikat ketat baru buang dalam tong sampah dan tidak dibuang merata.

6. Pen
– Perlu bawak pen sendiri untuk tulis kan nama kita sebelum masuk mana-mana tempat yang agak ramai. Kalau boleh jangan pakai pen yang disediakan (untuk yang tidak sediakan bar code)

7. Mask Kain
-Jika mask yang telah dipakai tiba-tiba rosak, ini merupakan backup supaya nanti tak tercari-cari mask. Dalam tempoh sekarang, sesetengah pasaraya hanya membenarkan mereka yang pakai mask untuk masuk. Dengan ada back up mask ini, anda sudah tak perlu membeli yang baru. Selain itu ia boleh dicuci.

Sumber : Mockup psd created by BiZkettE1 – www.freepik.com

8. Sabun Cuci Tangan (Saiz Kecil)
-Sabun di isi dalam botol kecil untuk di muat dalam hand bag. Ini kerana kadang-kadang tandas awam yang kita gunakan kehabisan sabun. Jadi lebih mudah untuk kita bawa sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *