Bantuan Dari YBD Hajjah Mumtaz

PETALING JAYA: Kelantan pada 4 Januari 2021(Isnin) telah menghantar bantuan kepada Pahang, Terengganu, dan Johor yang dilanda banjir. EXCO Kebajikan, Pembangunan, Keluarga dan Wanita, Yang Berhormat Dato’ Hajjah Mumtaz Md Nawi berkata bantuan awal berbentuk toto dan selimut berjumlah RM20,000 akan digerakkan segera ke Pahang.

“Makanan di sana masih mencukupi, kita akan hantar selimut dan toto dulu sebagaimana permintaan mereka, kita akan beri bantuan secara berperingkat, untuk hari ini jumlah bantuan RM20,000 dahulu,”

Yang Berhormat Dato’ Hajjah Mumtaz Md Nawi memaklumkan fokus akan diberi kepada Pahang memandangkan negeri itu terjejas teruk, di samping memantau perkembangan di negeri lain. Kelantan juga mengarahkan semua sukarelawan negeri itu bersiap sedia untuk misi memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir.

Sumber Gambar : FB Mumtaz MD Nawi Official

“Petugas kita sudah siap sedia, cuma nak dihantar ke negeri lain membantu itu buat masa ini belum lagi memandangkan kita kita masih dalam risiko COVID-19, kecuali bila keadaan (penularan) bertambah baik,” katanya.

Ditanya persiapan Kelantan dalam menghadapi bencana banjir, Yang Berhormat Dato’ Hajjah Mumtaz Md Nawi berkata semua petugas bersedia termasuk pusat pemindahan.

“Petugas kita sudah siap sedia cuma bila COVID-19, keadaan bertambah sukar. Tempat perpindahan kena buka lebih banyak kalau berlaku banjir,” katanya, sambil memaklumkan Gua Musang sudah mula menaiki air dan persiapan sedang diatur.

Keadaan banjir di Pahang dan Terengganu semakin buruk pada malam Ahad dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan meningkat, manakala mangsa di Johor berkurangan sedikit berbanding petang Ahad.

Sebanyak 10,501 mangsa banjir daripada 2,949 keluarga ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) membabitkan tiga negeri iaitu Johor, Pahang, dan Selangor setakat 8 malam pada Ahad.

Artikel asal telah disunting oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh klik link di bawah

  1. FreeMalaysiaToday.com
  2. Fb Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *