HARI WARGA EMAS Umum

“Tahniah Kerajaan Negeri melalui Exco Wanita, YB Hjh Mumtaz Md Nawi kerana berjaya mengadakan program Mesra Kasih Warga Emas. In sya Allah, Allah jaga kerajaan kito Merakyatkan Membangun Bersama Islam.”

Sungguh istimewa program Mesra Kasih yang julung kalinya diadakan di seluruh 45 DUN kerana ia menggabungkan kanak-kanak PASTI berusia 4-6 tahun bersama warga emas. Dua generasi ini dididik dan diberi peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain selaras dengan konsep birrul walidain.

MESRA KASIH WARGA EMAS

"Tahniah Kerajaan Negeri melalui Exco Wanita, YB Hjh Mumtaz Md Nawi kerana berjaya mengadakan program Mesra Kasih Warga Emas. In sya Allah, Allah jaga kerajaan kito Merakyatkan Membangun Bersama Islam."Sungguh istimewa program Mesra Kasih yang julung kalinya diadakan di seluruh 45 DUN kerana ia menggabungkan kanak-kanak PASTI berusia 4-6 tahun bersama warga emas. Dua generasi ini dididik dan diberi peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain selaras dengan konsep birrul walidain.Keletah anak-anak kecil mencuit hati warga emas ini. Mereka dididik secara praktikal bersalaman, makan saling suap menyuap, menghormati dan menyentuh warga emas serta mendoakan mereka sebagaimana warga emas juga bercerita, memberi nasihat dengan penuh kasih dan hikmah kepada kanak-kanak ini.Sukarelawan MESRA, generasi muda turut meringankan tangan bersama-sama mencuci rumah orang tua yang diziarahi.Inilah hasrat kerajaan negeri yang sejak dulu istiqamah mendidik rakyat dengan budaya dan prinsip Islam.Tips Birrul Walidain————————-1. Berlemah lembut dalam percakapan & perbuatan dengan ibu bapa dan orang tua2. Penuhi panggilan mereka dengan wajah yang ceria3. Meringankan beban mereka walaupun tidak dipinta4. Muliakan teman serta kerabat kedua ibu bapa5. Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kedua ibu bapa dan orang tua

Posted by Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan on 28hb Januari 2018

 

Keletah anak-anak kecil mencuit hati warga emas ini. Mereka dididik secara praktikal bersalaman, makan saling suap menyuap, menghormati dan menyentuh warga emas serta mendoakan mereka sebagaimana warga emas juga bercerita, memberi nasihat dengan penuh kasih dan hikmah kepada kanak-kanak ini.

Sukarelawan MESRA, generasi muda turut meringankan tangan bersama-sama mencuci rumah orang tua yang diziarahi.

Inilah hasrat kerajaan negeri yang sejak dulu istiqamah mendidik rakyat dengan budaya dan prinsip Islam.

Tips Birrul Walidain
————————-
1. Berlemah lembut dalam percakapan & perbuatan dengan ibu bapa dan orang tua
2. Penuhi panggilan mereka dengan wajah yang ceria
3. Meringankan beban mereka walaupun tidak dipinta
4. Muliakan teman serta kerabat kedua ibu bapa
5. Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kedua ibu bapa dan orang tua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *