Rumah +pejabat

Hebat di rumah, hebat juga di pejabat. Itulah orang perempuan zaman sekarang yang kebanyakannya bekerjaya tidak lekang menguruskan rumah tangga dan keluarga selepas waktu bekerja. Hampir 8 jam sehari masa dihabiskan di tempat kerja masing-masing. Pulang ke rumah pula masih ada tugasan hakiki yang perlu disambung. Penat? memang penat. Sebab itu Allah kurniakan satu kebolehan kepada orang perempuan iaitu “Multitasking”. Dalam satu masa orang perempuan boleh siapkan lebih dari satu atau dua kerja. Tetapi memanglah tidak dinafikan kepenatan yang ditanggung setiap hari sebab itulah kena bijak menguruskan penat kita.

Sumber: Google

Al-Quran beri kita panduan untuk mendapatkan keluarga bahagia bersama ke syurga. Bila kita tidak dapat urus kepenatan, itulah yang mendorong kepada perceraian. Bayangkan sewaktu PKP, dianggarkan 100 kes penceraian difailkan ke mahkamah syariah dalam masa sehari. Kadar kelahiran juga menurun secara mendadak.


Berikut merupakan catatan Daurah Wanita pada bulan Mei 2022 yang telah disampaikan oleh Ustazah Nazirah Abu Bakar yang merupakan Personaliti Dakwah dan juga Pegawai Hal Ehwal Islam (JAKIM) anjuran Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita.

Sumber: Cantik Bijak

Tips menguruskan kepenatan bagi wanita:

1) Straight to the point

Perempuan ini kadang-kadang menganggap orang lelaki faham dia sedangkan hakikatnya tidak kecuali diluahkan isi hati yang dipendam itu. Itulah yang tiba-tiba jadi masam mencuka. Sebab itulah pentingnya bercakap. Apabila pulang dari kerja bercakaplah sebentar dengan pasangan supaya kita tidak memendam perasaan yang menjurus kepada amarah dan seterusnya mendorong kepada pergaduhan. Ramai orang lelaki tak boleh nak faham kita sebab kita tidak bercakap dan tidak bercerita tentang kepenatan kita . Terang-terangan Islam memberi hak kepada wanita untuk berbicara, maka luahkan isi hati yang terbuku.

Sumber: Pinterest

2) Berlapik memberi teguran

Kalau orang perempuan hendak memberitahu lelaki sesuatu perkara, hendaklah memberitahu lelaki itu straight to the point sebab lelaki tidak akan faham kalau kita berkias. Lainlah orang perempuan kerana terbalik asbab tidak boleh ditegur straight to the point seperti golongan lelaki kerana orang perempuan ini hati dia lembut seperti tisu dan cepat koyak.

Sumber: Google


Sebagai contoh, orang lelaki jika tengok banyak pinggan mangkuk dalam sinki jangan terus tanya orang perempuan “kenapa tak basuh pinggan?” Meskipun telah sampai tujuh keturunan orang perempuan masih simpan dalam hati. Sebaliknya cuba bercakap dengan pasangan dan tanya masalah dia. Nescaya akan hilang segala penat tadi kerana orang perempuan ini hanya hendak didengari dan difahami segala penat lelah di pejabat dan juga di rumah.

Sumber: Google

3) Jaga waktu solat

Solat adalah tiang agama. Allah telah berjanji kalau kita jaga waktu solat maka Allah pun akan berkati masa kita. Kalau solat awal waktu ,kita akan rasa masa kita panjang dan lapang sebab kita dah selesaikan panggilan Allah dulu. Kalau sibuk buat kerja dan solat di akhir waktu bukankah rasa macam terburu-buru dan solat jadi tidak khusyuk sebab nak mengerjar waktu. Secara tak langsung, urusan pasti akan jadi mudah sbb Allah juga mrnjanjikan orang yang menjaga solat akan dipermudahkan urusan .

4) Banyak membaca Al-Quran

Sumber: Google

Selepas berlalunya Ramadan, berapa ramai yang sambung khatam al- quran? Tidak ramai sebab kebanyakannya adalah yang sibuk beraya. Cuba buat khatamkan seperti mana kita khatam masa Ramadan, hati pun akan tenang. Jangan tinggal baca al quran walau sepipi muka surat sehari.

5) Jaga niat dan matlamat

Kerja ni kalau kita buat diikuti dengan hati yang ikhlas automatik akan jadi seronok. Bukan sahaja seronok, tapi siap dapat pahala lagi sebab tugasan rumah tangga yang hakiki pasti ada ganjaran yang dijanjikan Allah. Hati kita adalah akar umbi segalanya.Sebab itulah pentingnya menjaga niat dan matlamat ni.Kalau kita buat dengan perasaan yang memendam dalam hati bukankah mendorong kepada kerja yang tidak ikhlas,maka sia-sialah kerja yang dilakukan sebab tak dapat pahala.

6) Membaca zikir Fatimah

Amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada puterinya Sayyidatina Fatimah RA agar tidak tidak penat menguruskan rumahtangga dan juga kerjaya .Insya Allah jika kita selalu amalkan zikir ini ,segala penat lelah kita pasti akan bertukar menjadi Lillah.
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 33x

Semoga bermanfaat.

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *