Copy Of Fashion Sales – Made With PosterMyWall

Apakah asas, dasar dan landasan untuk kita memahami konsep kepimpinan wanita? Bagaimana dan sejauh manakah agama islam dan agama lain serta budaya kita meraikan perkara ini

Dalam surah at-Taubah ayat 71 Allah SWT berfirman:

وَالْمُؤْمِنُوْنَ وَالْمُؤْمِنٰتُ بَعْضُهُمْ اَوْلِيَاۤءُ بَعْضٍۘ يَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلٰوةَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكٰوةَ وَيُطِيْعُوْنَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ ۗاُولٰۤىِٕكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّٰهُ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ.

Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha perkasa, Maha bijaksana.

Pemimpin ini sama ada lelaki atau perempuan yang beriman, perlu sama-sama tolong-menolong melakukan kerja-kerja kebaikan dan mencegah kemungkaran. Maknanya membuat satu undang-undang legislatif di mana-mana peringkat untuk mereka melakukan kerja-kerja yang baik untuk umat.

Kemudian, pada masa yang sama kerja-kerja penguatkuasaan dan pencegahan perlu juga dibuat oleh pemimpin tadi bersama jentera mereka, mendirikan solat (asas), memakmurkan ekonomi sehingga boleh mengeluarkan zakat, serta mematuhi perintah Allah dan Rasul berpandukan al-Quran. Nescaya mereka ini akan diberikan rahmat oleh Allah SWT. Allah itu Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Kepimpinan bukan hanya peringkat tertinggi, tetapi turut melibatkan pengurusan. Dari peringkat tertinggi hingga peringkat yang terbawah harus menjadi terbaik. Kepimpinan juga banyak melibatkan proses membuat keputusan, menyatakan pandangan dan sebagainya. Pelbagai mehnah dan tribulasi bakal dihadapi.

Dalam hal ini wanita mempunyai banyak fungsi walau di manapun posisi mereka semenjak zaman Firaun, perjuangan kemerdekaan dan banyak lagi.

Al-Quran itu perlu kita baca dan dapatkan garis panduan daripadanya untuk kita memimpin. Apa yang menariknya lagi, hampir 400 nama-nama yang tercatat sepanjang 40 tahun khulafa’ Ar-Rashidin memerintah dan itupun masih terlalu banyak yang kita masih belum terokai.

Kebertanggungjawaban bukan sahaja menunjukkan wanita lagi baik dari segi kepimpinan, tetapi tanggungjawab terhadap amanah yang Allah SWT kurniakan. Selain itu juga, ilmu adalah penting dalam kita menerajui jawatan atau apa-apa sahaja kepimpinan. Diharap kerajaan kita mengangkat peranan suri rumah.

Pemimpin wanita ini tidak lahir dalam sekelip mata. Mereka perlu dilatih, disiap-siagakan seperti mana mutiara yang perlu digilap untuk mendapat kilauannya. Apa sebenarnya ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin wanita untuk menjadi berkaliber dan berwibawa?

Pertama, siapa sebenarnya yang dikatakan pemimpin. Perkataan pemimpin itu sendiri berkaitan dengan tanggungjawab. Menjadi pemimpin adalah tanggungjawab kita semua kerana setiap dari kita dilahirkan sebagai pemimpin. Sama ada menjadi pemimpin keluarga, masyarakat mahupun diri-sendiri.

Antara kriterianya:

  1. Beriman
  2. Berilmu
  3. Berkeyakinan
  4. Berintegriti
  5. Berketrampilan
  6. Bersinergi
  7. Kekuatan diri
Gambar Hiasan : Pinterest

Suri rumah, kepimpinan mereka diperlukan bukan hanya sekadar di rumah. Bagaimana model terbaik untuk dikongsi bersama masyarakat.

Sebaik-baik model adalah dari keluarga baginda Nabi Muhammad SAW. Antara skop dan peranan suri rumah:

  1. Pembekal sumber insan terpenting kepada ummah.
  2. Pembentuk akidah, akhlak, jati diri, minda, fizikal dan emosi dalam ekonomi, politik dan sosial.
  3. Asas dalam perwatakan jati diri sebuah bangsa dan bahasa.
  4. Kajian saintifik kecerdikan anak berasal dari ibu. Ibu bijak anak-anak bijak.
  5. Tapak semaian dan nurseri kedua setelah keluar dari rahim ibu (Sebuah rumahtangga).
  6. Pendidikan awal dan asas tentang ummah dan negara bermula di rumah.

Gagasan Wanita Kelantan (SOLEHAH) 2016-2030

  1. Matlamat
  2. Wanita Mukminah
  3. Wanita Bijaksana
  4. Wanita Dinamik
  5. Wanita Cakna
  6. Wanita Sakinah

Apakah strategi yang terbaik untuk memahami budaya, nilai, tingkah laku dalam kalangan masyarakat seperti kakitangan, dan ahli keluarga sebagai orang yang kita pimpin.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujerat Ayat 13:

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ  

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha teliti.

Alhamdulillah, ini adalah satu kaedah atau formula daripada Allah SWT terutama bila hendak membuat sesuatu perubahan. Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah apa yang ada pada mereka.

Perubahan ini pula perlu seiring dengan keadaan semasa. Hendak melakukan perubahan seorang diri kita tidak cukup kuat. Kaum lelaki pun tidak mampu apatah lagi perempuan. Kerajaan Malaysia pada hari ini ada menyebut tentang keluarga Malaysia sebab Perdana Menteri hendak bawa seorang tidak akan boleh. Sebab itu memerlukan kerajaan kecil untuk mengerakkan gerobak-gerobak kecil agar bergerak ke depan.

Budaya Iqra’ telah diajar oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW iaitu transformasi revolusi ilmu (Knowledge based and expertise based). Dengan budaya membaca selesai banyak masalah. Hendak melakukan perubahan ini kita mesti ada iman dan ilmu. Mengendalikan masyarakat bagi bergerak ke depan berasaskan kepada iman dan ilmu.

Bila Iman based tidak akan ada pihak yang menentang kecuali mereka yang tidak beriman atau munafik. Knowledge based juga boleh ditolak juga memerlukan satu nilai ilmu. Kemudian perlu seiring dengan goal based. Insya-Allah satu gerak kerja secara berjemaah dapat dijayakan.

Sebagai kesimpulan

Pertama, you cannot be a supermom kecuali you datang dari Superwoman. Kalau kita terpelajar, anak kita perlu jadi terpelajar juga. Perlu seimbang dan memahami antara satu sama lain.

Kedua, back to basic. Bila dalam rumah tangga, kita kena ada share atau berkongsi, complementing each other and etc. Ada barang-barang cantik gunakan ia. Jangan hanya disimpan. Tunjukkan something yang berbeza sebagai contoh masa dapat gaji banyak, bawa ahli keluarga makan malam misalnya. Gaji sikit, buat kek hari lahir dan celebrate birthday anak atau ahli keluarga di rumah sahaja. At least semua tahu kondisi masing-masing tanpa ditinggalkan. Share masalah dan susah senang bersama.

Ketiga, dalam hidup ini memang setiap orang tidak akan terlepas daripada cabaran. Manusia tanpa cabaran adalah gila. Tetapi kita semua di train ada akal. Jadilah seorang yang problem solver jangan jadi problem maker.

Keempat, pilihlah pemimpin dalam kalangan wanita atau lelaki yang baik, dan ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Jangan pula kita pilih atau dokong pemimpin yang terang-terangan melanggar ajaran Islam.

Moga setiap pilihan yang kita lakukan, kita dapat bersama Rasulullah dan srikandi wanita yang hebat di syurga Allah SWT.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh ke FB Page UKekKWa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *