Pendarahan Dalam Perut Apa Perlu Anda Tahu – Made With PosterMyWall

Pendarahan dalam perut kelihatan seakan tidak kena mengena. Tetapi sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Boleh jadi kepada kita tanpa kita sedari pun. Lebih merisaukan apabila ia boleh mengakibatkan komplikasi yang kritikal.

Apa yang dimaksudkan dengan pendarahan dalam badan?

Pendarahan dalam perut dipanggil sebagai pendarahan dekat atas ‘Upper’ dalam term medical. Pendarahan dalam perut berlaku dekat dengan Gastrointestinal (Upper Gastrointestinal Bleeding/UGIB).

Sumber Gambar : FB Page GWS

Secara umumnya pula pendarahan deka tatas ataupun Upper Gastrointestinal Bleeding (UGIB) ini terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Non-Variceal Upper GI Bleed (NVUGIB).
  2. Variceal Upper GI Bleed (VUGIB)

Maksud Variceal ini lebih kepada masalah kegagalan hati.

Takrifan

  1. Haematemesis bermaksud keluar darah.
  2. MalaenaSeseorang yang buang air besar berdarah. Berdarah ini situasinya warna najis itu warna hitam ataupun maroon. Maksudnya maroon itu pendarahan yang berlaku masih baru.
  3. Haematochezia pula keluar darah melalui usus besar.

Punca-punca pendarahan dalam perut.

Majoritinya pesakit menghidapi Peptic Ulcer Disease. Maksudnya telah berlaku luka ulser dekat dalam perut. Jadi antara punca-punca utamanya adalah disebabkan oleh ubat-ubatan apabila pesakit ambil sendiri ataupun tidak mendapatkan ulasan dan nasihat daripada doktor. Sebagai contoh ubat pencair darah dan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit ini biasanya diambil oleh pesakit dalam tempoh yang lama.

Kedua, disebabkan oleh kuman H. Pylori. Kuman ini kadang-kadang ada dalam perut kita.

Ketiga, Neoplasm. Neoplasm adalah kanser.

Lain-lain adalah stress, dan penyakit-penyakit lain yang jarang kita dengar.

Siapakah berisiko untuk mendapat pendarahan dalam perut.

Stress dan merokok juga boleh menjadi faktor pendarahan dalam perut. Nicotine dalam rokok boleh menyebabkan lapisan perut menipis dan pesakit muntah keluar darah.

Tanda-tanda seseorang itu mengalami pendarahan dalam perut.

Sumber Gambar: FB Page GWS
  1. Kadang-kadang ada pesakit yang boleh muntah keluar darah (Coffee Ground Vomiting). Maknanya muntah keluar darah seperti warna kopi.
  2. Hematemesis. Buang air besar keluar darah.
  3. Syncope. Maksudnya macam hendak pengsan.
  4. Anemic symptoms. Tanda-tanda kurang darah seperti keletihan.
  5. Shock.
  6. Tachycardia

Tanda-tanda klinikal bila pesakit datang,

  1. Pengamal perubatan perlu mengambil sejarah pesakit secara menyeluruh.
  2. Tahap sedar/separa sedar/koma pesakit ketika datang ke pusat kesihatan.
  3. Sejarah ubat tahan sakit, sejarah ubat cair darah, steroid sekiranya ada waris pesakit hadir.

Komplikasi dan rawatan yang berkaitan.

Biasanya pesakit yang datang adalah dalam keadaan letih, darah rendah dan apa tindakan yang pengamal perubatan akan buat bagi yang kes kecemasan adalah ambil darah, check level haemoglobin, ambil ecute coronary syndrome (ECG). Darah yang kurang akan menyebabkan serangan jantung. Pengamal perubatan juga akan ambil Chest X-Tray (CXR) untuk tengok sama ada penderahan ini ssampai ke usus atau bocor dan sekarang ini ambil RTK di musim pandemik covid-19. Keputusan yang negatif baru pengamal perubatan akan buat prosedur seterusnya dengan terkawal.

Sumber Gambar: FB Page GWS

Nasihat kepada ahli keluarga sekiranya ahli keluarga yang sakit ada mengambil ubat pencair darah atau ubat tahan sakit.

Pengambilan ubat tahan sakit tanpa mendapat nasihat daripada doktor boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Ubat pencair darah seperti Walfarin. Ahli keluarga cuba tanyakan kepada pesakit ada atau tidak simptom seperti gusi berdarah, kesan seperti terkena gigitan nyamuk ataupun kesan lebam-lebam. Kadang-kadang kondisi darah terlebih cair. Jadi, kena sentiasa cakna kondisi pesakit.

Ada juga kes makan ubat tanpa ikut masa yang disarankan menyebabkan kekerapan pengambilan melebihi kadar yang sepatutnya diambil. Sebagai anak kena aware seperti sediakan lists ubat yang doktor bagi itu sebagai simpanan agar semakan dan rujukan boleh dibuat sebagai persediaan.

 Bagaimana nak cegah

Antaranya dengan mengawal pemakanan. Hindari makanan yang boleh menyebabkan perut tidak selesa seperti terlalu pedas dan sebagainya.

Endoskopi perlu ke doktor?

Sumber Gambar: FB Page GWS
  1. Perlu untuk selamatkan nyawa sebab kita nak tahu dalam perut itu ada pendarahan serta apa punca berlakunya pendarahan.
  2. Prosedur invasif iaitu pengawasan rapi ketika prosedur.
  3. Ianya diagnostik ( Nak tahu tahap pendarahan) dan therapeutik (Langkah rawatan yang boleh dilakukan semasa prosedur). Tandatangan pewaris dan pesakit diperlukan.

Ubat sebelum prosedur endoskopi dilakukan.

  1. Proton pump inhibitor (PPI). Ubat ini untuk mengurangkan asid dalam perut dan bukan untuk menghentikan pendarahan. Tetapi disebabkan pH dalam perut itu naik, platlet-platlet mula berfungsi.
  2. Reversal of Anticoagulation. Tindakan untuk memastikan darah membeku sementara waktu bergantung kepada ubat yang diambil.
  3. Role of prokinetics. Untuk memudahkan prosedur endoskopi.

Timing of endoscopy

 Pesakit dinasihatkan untuk berpuasa. Hal ini bergantung kepada keadaan semasa pesakit.

Tahap pedarahan yang macam mana masa endoskopi?

  1. Forest 1 (Bleeding ulcers).
  2. Forest 2 (Recent hemorhage) Darah baru berhenti. Gambar ini menunjukkan ada darah beku dekat ulser.
  3. Forest 3 Ulcers. Keadaan di mana darah sudah tidak ada. Means ulser sudah putih.
Forest ii (Recent Hemorhage)

Intervensi semasa endoskopi.

Sumber Gambar: FB Page GWS
  1. Injeksi (Adrenaline dan Phenol/histacryl). Akan menyebabkan salur darah di tempat ulser sempit ataupun kecut buat sementara waktu.
  2. MechanicalMenggunakan Clip untuk menghentikan pendarahan.
  3. Thermal (Diathermy, Laser, APC) untuk menghentikan pendarahan.
  4. Menggunakan endoclot. Serbuk khas yang digunakan untuk menghentikan pendarahan.

Semoga artikel kali ini bermanfaat.

Artikel telah disediakan oleh penulis wk.com

Untuk tontonan lebih lanjut boleh ke FB Page Gerakan Wanita Sejahtera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *