Rumah

EH! faham kamu sibuk dengan urusan seharian di tempat kerja membuatkan kamu letih sebaik pulang dari bekerja. Tetapi, itu bukanlah alasan yang kukuh untuk kamu mengabaikan urusan kerja rumah! Rumah hanya akan bersih pada hujung minggu sahaja. Waktu hari bekerja, semuanya tunggang langgang. Haih… Jangan begitu. Rancang jadual seharian kamu supaya kamu tidak mengabaikan semua tugasan dirumah.

Bangun Pagi

Seeloknya, apabila bangun pagi, kamu kumpulkan semua pakaian kotor dan terus dimasukkan kedalam mesin basuh. Sementara nak menunggu pakaian siap dicuci, kamu boleh lah mandi dan bersiap. Selepas siap, curi masa sedikit untuk menyidai pakaian tadi.

Selepas Sarapan

Jangan malas ya untuk cuci cawan dan pinggan yang kamu gunakan untuk sarapan pagi ini. Kan kamu keluar bekerja seharian, jadi jika tinggalkan cawan dan pinggan tidak dicuci, nanti takut bersemut pula. Lagi pun, ia dapat meringankan beban kamu bila pulang dari kerja nanti.

Pulang Dari pejabat

Benda pertama perlu kamu buat ialah angkat pakaian yang kamu jemur pagi tadi. Kemudian bersihkan diri selepas seharian kamu bekerja. Selesai semuanya, kamu terus sediakan makanan untuk malam. Apabila siap, barulah kamu boleh berehat sebentar sambil menonton drama petang di TV.

Selepas Makan Malam

Jangan dijadikan habit dengan meninggalkan pinggan mangkuk tidak berbasuh di singki. Harus selalu cuci pinggan mangkuk yang ada sebaik selesai makan malam. Supaya esok pagi bila kamu bangun tidaklah rasa serabut melihat pinggan mangkuk tak berbasuh. Selesai semuanya, ringankan tangan untuk menyapu seluruh rumah. Kemudian jangan lupa untuk lipat pakaian yang disidai siang tadi. Sebenarnya jika kamu menghabiskan semua kerja rumah sebelum tidur ia akan meringankan beban kamu apabila bangun keesokkan harinya. Jika kamu ulang rutin ini hari-hari, pasti kamu tiada lagi masalah untuk menguruskan kerja rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *