Pink Modern Happy Birthday (Postcard)

“Ustazah, saya dikehendaki membayar fidyah kerana hamil dan risaukan kandungan.

Di manakah saya perlu berurusan untuk menjelaskan fidyah tersebut?

Bolehkah saya membayar kepada keluarga terdekat memandangkan mereka susah?

Dijelaskan dalam Kitab Tuhfah al-Muhtaj:

(وَمَصْرَفُ الْفِدْيَةِ الْفُقَرَاءُ وَالْمَسَاكِينُ) دُونَ بَقِيّةَ الأَصْنَافِ لِقَوْلِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى : طَعَامُ مِسْكِينٍ [البقرة: 184] وَهُوَ شَامِلٌ لِلْفَقِيرُ أَسْوَأُ حَالًا مِنْهُ فَيَكٌونُ أَوْلَى.

Maksudnya: “Saluran fidyah adalah kepada fakir miskin, bukan untuk asnaf yang lain, sebagaimana firman-Nya, ‘Sebagai makanan orang miskin’. Perkataan miskin ini turut merangkumi golongan fakir, atau orang fakir yang lebih teruk keadaannya berbanding orang miskin, maka orang fakir lebih utama lagi (untuk diberikan fidyah).”

Fidyah adalah hak golongan fakir miskin sahaja. Ia tidak boleh disalurkan kepada orang lain walaupun mereka termasuk dalam kalangan asnaf zakat.

Hukum pengagihan fidyah, adalah berdasarkan hukum pengagihan zakat, kaffarah dan nazar umum. Maka, seseorang itu tidak boleh membayar fidyah kepada orang yang di bawah tanggungannya.

Di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan:

“Sesungguhnya sesiapa yang diwajibkan ke atasnya membayar zakat, tidak sah sekiranya ia menunaikan zakat dengan memberikan zakat kepada sesiapa yang di bawah tanggungan nafkahnya. Sama ada ia daripada isteri, usul (ibu, ayah dan ke atas) dan furu’nya (anak-anak dan ke bawah) walaupun keadaan mereka itu fakir atau miskin.”

Di dalam Kitab al-Muhazzab li al-Syirazi karangan Imam al-Syirazi, beliau menyatakan:

“Tidak diharuskan seseorang itu untuk membayar kepada kaum kerabat dan isterinya yang berada di bawah tanggungan nafkahnya. Ini kerana mereka tidak memerlukan kepadanya (zakat) dan mereka mendapatkan keperluan itu daripada nafkah yang wajib diberikan kepada mereka.”

Manakala bagi persoalan fidyah bagi orang yang tidak berkemampuan, maka ulama telah membahaskan kepada dua pendapat. Pendapat adalah seperti berikut:

Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak mampu membayar fidyah pada awalnya, kemudian setelah itu berkemampuan, adakah menggugurkan kewajipan tersebut? :

Maka, Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam al-Majmu` Syarh al-Muhadzzab

“Jika kita mengatakan wajib fidyah ke atas orang tua, pesakit yang putus asa daripada sembuh, tetapi jika dia itu mu`sir (orang susah); adakah dia masih wajib membayar fidyah apabila dia kembali senang, atau sudah gugur apa-apa kewajiban daripadanya?

Dalam isu ini ada dua qoul (pendapat Imam al-Syafie) seperti hukum kaffarah. Pendapat yang asoh (lebih sahih) dalam isu kaffarah ialah kekal liabiliti untuk membayarnya apabila sudah senang kerana fidyah itu wajib sebagai timbal balas akibat jenayah yang dia lakukan (seperti zihar atau jimak waktu siang Ramadhan) seperti hukum balasan bagi orang yang melanggar larangan buruan.

Tetapi sewajarnya di sini hukum yang asohnya ialah bahawa liabiliti fidyah itu gugur (bagi orang mu`sir) dan tidak wajib juga membayarnya apabila sudah senang, sama seperti hukum membayar zakat fitrah, kerana dia lemah semasa keadaan taklif (tidak mampu ketika diberikan tanggungjawab) sedangkan dia tidak dikenakan apa-apa timbal balas kerana suatu perbuatan jenayah, atau seumpamanya.”

RUMUSAN:

1. Berbalik kepada soalan Puan, fidyah boleh dibayar menggunakan duit dan boleh dilunaskan melalui pihak berkuasa zakat negeri sebagai wakil pemudah cara pengurusan fidyah.

2. Puan juga boleh melayari portal rasmi Pusat Pungutan Zakat negeri sebagai medium pengiraan fidyah.

3. Namun sekiranya Puan ingin melunaskan fidyah secara terus kepada ahli keluarga, maka tidak dibolehkan sekiranya mereka tergolong di bawah tanggungan Puan.

4. Walau bagaimanapun, sekiranya bukan di bawah tanggungan, maka dibolehkan membayar fidyah kepada mereka dan ini adalah lebih afdhal dan diutamakan dengan syarat mestilah daripada golongan miskin.

5. Golongan yang berada di bawah tanggungan adalah seperti :

  • Ibu ayah dan ke atas seperti datuk dan nenek.
  • Anak-anak dan kebawah seperti cucu.
  • Isteri.

6. Golongan yang tidak berada di bawah tanggungan adalah seperti :

-Adik beradik.

-Saudara mara seperti sepupu,

-makcik dan pak cik.

7. Bagi golongan yang tidak berkemampuan untuk membayar fidyah, maka tidak diwajibkan untuk membayar fidyah puasa sekalipun jika akan datang dia ditakdirkan sembuh.

8. Hal ini kerana, kewajiban fidyah yang dikenakan bukan kerana kaffarah dosa. Ia adalah kerana keadaan dia yang tidak mampu pada saat wujud sebab taklif.

Wallahua’lam.Rujukan:

1) Manhaj Fiqh al-Syafi’i oleh Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.

2) Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Puasa, Haji, Korban & Akikah Jilid 3 oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin.

3) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan https://muftiwp.gov.my/…/3828-al-kafi-1444-bolehkah…https://muftiwp.gov.my/…/4495-irsyad-fatwa-khas…

4) Fidyah bagi orang yang berbuka puasa disebabkan sakit yang tiada harapan sembuhhttps://www.alukah.net/spotlight/0/88594/

Semoga bermanfaat buat semua.

😊🤲🌹SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.

Rujukan: FB Page Ustazah ASMA’ BINTI HARUN

#SoalJawabFiqhPuasa#UAHSahabatDuniaAkhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *