Nasi Kerabu

Nasi Kerabu

Nasi kerabu merupakan satu jenis makanan yang mempunyai pelbagai variasi  warna.Ia selalunya dihidangkan bersama ulam-ulaman yang segar beserta ikan  atau ayam bakar

 Nasi Dagang

Nasi dagang dibuat daripada beras pulut merah dan ia disajikan bersama lauk  ikan tongkol berserta acar timun.

Nasi Berlauk

Nasi berlauk merupakan nasi putih yang disajikan bersama lauk pauk tradisional  seperti gulai ikan dan ayam.

Nasi Tumpang

Merupakan nasi yang dicampur bersama makanan lain (ikan dan daging) dan  dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon.

Laksam

Laksam dibuat daripada tepung beras yang dihidangkan bersama kuah lemak  santan kelapa dan ulam-ulaman yang segar.

Sambal/Serunding Daging, ikan, ayam

Merupakan satu makanan kering dimana daging, ikan dan ayamnya dimasak  bersama rempah ratus.

Budu

Budu merupakan satu sos yang dibuat daripada ikan bilis dan boleh disajikan bersama ikan dan sayuran.

Ayam Percik

Ayam bakar yang disediakan bersama sos santan kelapa yang istimewa (berwarna putih)

Jala Mas

Juga dikenali sebagai makanan diraja. Bahan-bahan utama adalah telur dan gula.

Lompat Tikam 

Merupakan satu makanan yang terkenal yang selalunya disajikan dalam majlis-majlis tertentu.

Ketupat Sotong

Ia dibuat daripada beras pulut, sotong dan gula merah sebagai sos.

Lempok

Dibuat daripada durian dan gula tetapi proses membuatnya memakan masa yang agak lama sehingga ia melekit.

Tahi Itek

Bahan-bahan utamanya ialah telur, santan, dan gula.

Buah Tanjung

Rasanya manis seperti jala mas dan merupakan makanan warisan kerabat diraja kelantan.

Puteri Mandi

Diperbuat daripada beras pulut dan dihidangkan bersama kelapa manis (sambal).

Akok

Juga dikenali sebagai akok kelantan kerana mempunyai bau yang harum dan dibuat daripada telur dan gula merah.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *