Kemurungan Dan Bunuh Diri Semasa PKP

Isu semasa baru-baru ini kita telah digemparkan dengan kematian adik Zubaidi Amir Khusyairi Bin Abdul Malik yang baru berumur 7 tahun. Insya Allah, sekarang ini kematian adik Amir ini masih dalam proses siasatan.

Perkembangan terkini YB Dato’ Hjh Zailah sebagai Ahli Parlimen Rantau Panjang dan sebagai Timbalan Menteri Wanita, Pembangunan dan Masyarakat

Alhamdulillah, sebagaimana yang kita ketahui dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya sama sahaja sebagaimana Menteri dan Timbalan Menteri yang lain. Pada hari biasa saya bertugas di pejabat Kementerian, Putrajaya. Hari minggu, saya akan balik ke kawasan bagi menyantuni rakyat. Kita juga sama-sama merasai bagaimana suka duka musibah yang ditimpa adik Amir. Mesyuarat bersama telah dibuat dan diambil perhatian terutama Penguatkuasaan Akta Kanak-kanak bagaimana program kesedaran perlu diadakan melibatkan proses mengambil anak angkat yang akan lebih penguatkuasaan untuk memastikan tidak ada lagi isu-isu sebagaimana yang telah berlaku baru-baru ini.

Pelan Strategik Tindakan untuk kementerian 2021-2025, termasuk juga program-program Hari Wanita di peringkat negara yang akan dilaksanakan pada Mac 2021 ini. Di samping itu, pelbagai program yang kita susun walaupun kita berdepan dengan cabaran Pandemik Covid-19 ini secara atas talian. Kita juga mendapat kerjasama dari pelbagai pihak contoh isu berkaitan undang-undang dan kanak-kanak ini untuk memastikan supaya kesedaran masyarakat dapat ditingkatkan. Akademi Keluarga Sejahtera iaitu Program di atas talian. Jemput beberapa pakar untuk sama-sama membincangkan keperluan kesedaran dalam kalangan masyarakat sekiranya mendapat aduan sebarang berita keganasan dan sebagainya. Talian 15999.

Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu, dan jagalah ahli keluarga kamu daripada api neraka.

Berdasarkan talian kasih yang disediakan oleh kementerian, apakah yang paling banyak aduan yang diterima sepanjang tempoh PKP dan apakah solusi yang telah dilakukan oleh kementerian untuk menyahut membantu menyelesaikan permasalahanan ini.

Statistik aduan talian kasih bermula 3 Januari 2021 sehingga 31 Januari 2021 di mana kita melihat pelbagai aduan yang telah diterima disalurkan melalui kaunselor kita:

  • 130 panggilan yang memerlukan bimbingan dan juga kaunseling.
  • 44% yang melibatkan masalah tekanan emosi.
  • 36% berkaitan dengan masalah rumah tangga.
  • Ada juga 12% berkaitan masalah remaja.

Penjarakan sosial telah memberi kesan yang kuat kepada kita semua kerana ada yang sudah lama tidak balik kampung, di asrama atau di tempat kerja, kehilangan pekerjaan, menghadapai masalah kewangan dan ekonomi serta kesihatan dan banyak lagi. Hal ini meningkat kadar kemurungan.

Jadi, kerajaan telah menyediakan talian khas Kaunselor Covid-19 untuk memberi sokongan psikologi kepada mereka yang tertekan sepanjang PKP ini.

  • Talian kasih sepanjang PKP ini 15999
  • Talian whatsapp 019-2615999

Talian ini beroperasi selama 24 jam 7 hari seminggu non-stop. Maknanya melibatkan 528 orang kauselor daripada Lembaga Kaunselor Malaysia.

Setakat ini alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar.

108 daerah di seluruh Malaysia, Perkhidmatan sukarelawan yang datang memberi bantuan, bimbingan ataupun dan sokongan ke rumah-rumah golongan OKU atau warga emas sekurang-kurangnya 4 kali seminggu misalnya.

Masalah sosial dalam kalangan remaja kita ada program-program khusus untuk kaunseling remaja.

Pada tahun 2020, sebanyak 26 274 kes telah mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh PKP.

Bakul makanan untuk disalurkan kepada keluarga-keluarga yang terputus makanan juga disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kiranya, kita akan membantu rakyat sebanyak yang boleh.

Pandangan YB Kak Lah mengenai isu viral (tangki air dan kambing)

Kajian mendapat, netizen mengadap telefon dari 7 jam sehari. Mereka mungkin berbeza dengan kita. Banyak masa mereka komen perkara yang mereka tidak faham. Program dan projek YB Hjh Siti Zailah atau mesra dengan nama pangilan Kak Lah ada bermacam-macam.

Kawasan Kak Lah ada Kawasan tinggi, rendah, dan ada Kawasan lemah capaian air. Inisiatif dari penduduk sekitar minta guna pendekatan perigi atau telaga tiub. Dalam kajian, air di bumi Kelantan ini memang banyak. Jadi, perigi atau telaga tiub ini dibina untuk disalurkan ke rumah penduduk. Pembinaan ini dibuat segala bergotong-royong bersama ramai pihak.

Isu yang disebut-sebut oleh netizen adalah mereka hairan bagaimana tangki yang kecil itu dapat menampung penduduk di situ. Mungkin mereka tidak pernah berhadapan dengan isu-isu begini. Apabila kita menggunakan tangki yang tinggi, alhamdulillah aliran air tidak ada masalah lagi.

Selain itu, isu viral mengenai penternakan biri-biri. Di Kawasan YB Kak Lah ramai penternak yang ada segelintir tidak berdisiplin seperti membiarkan ternakan berkeliaran. Paling banyak aduan adalah ada ternakan yang memakan tanaman orang lain. YB Kak Lah bersama Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil tindakan kompaun terhadap penternak yang tidak menguruskan ternakan mereka dengan baik. Tetapi 2021, YB Kak Lah telah menggunakan pendekatan psikologi dengan memujuk mereka untuk membeli ternakan mereka.

Daripada ternakan yang dibeli ini kepada pemuda kita yang boleh menternak binatang ternakan ini. Ini adalah projek ekonomi di samping sekaligus meningkatkan tahap keselamatan, kebersihan, masalah ternakan terbiar di atas jalan raya serta tidak meragut tanaman orang lain.

Statistik kes-kes bunuh diri serta kemurungan yang berlaku di Malaysia.

Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Januari hingga Disember 2020.

  • 82.9% melibatkan kes bunuh diri dalam kalangan kaum lelaki.
  • 17.9% melibatkan kes bunuh diri dalam kalangan kaum perempuan.

Dari sudut kaum, statistik kes bunuh diri berasaskan kaum Januari hingga Disember 2020.

  • 214 kes melibatkan kaum Cina
  • 119 kes melibatkan kaum India
  • 107 kes melibatkan kaum Melayu

Kes ini meningkat pada tahun 2020 kepada 3.5 peratus naik 22 kes berbanding tahun 2019. Jadi ini sangat membimbangkan.

Daripada tinjauan mendapati bagaimana kemurungan di Malaysia dianggarkan 8% hingga 12%. Secara keseluruhannya kira-kira 20%.

Pada tahun 2020, sebanyak 266 kes bunuh diri sepanjang PKP.

Pengajaran kita bahawa peranan semua pihak dalam membendung masalah ini.

Apakah sebenarnya punca kemurungan dan bagaimana solusi yang kita boleh berikan dalam perspektif psikologi?

Kemurungan berpunca daripada tekanan. Jika tidak hadapi tekanan, kita akan menghadapi uses stress iaitu kebosanan. Kita perlu ada sedikit tekanan kerana akan meningkatkan optimum performance kita. Apabila tekanan telah melepasi optimum performance, kita akan jatuh kepada distress yang membawa kepada kemurungan.

Tekanan ini ada kalanya kita boleh elak dan tidak boleh elak seperti Musim Perintah kawalan pergerakan (PKP).

Salah satu cara mengatasi masalah kemurungan adalah cara berfikir kita. Semakin kita sentiasa berfikiran negatif terhadap sesuatu yang berlaku, kita akan bertambah tekanan. Musim ini apa bila kita tidak dapat keluar rumah, apa yang perkara yang kita tidak lakukan di rumah sebab terlalu sibuk sebelum ini?

  1. Pandangan atau cara kita berfikir. Apa yang kita kena lihat adalah dengan pandangan yang positif. Sebagai contoh, sangat rahmat apabila tidak perlu memandu bersesak-sesak di jalan raya. Selain itu, hampir ke semua mesyuarat boleh dihadiri. Melihat sesuatu dengan hikmah.
  2. Tindakan kita untuk bereaksi. Misalnya, kalau orang marah kita, kita terus marah semula orang itu apakah dengan cara ini akan menyelesaikan masalah atau masalah menjadi bertambah buruk?
  3. Melakukan perkara yang boleh mengisi masa lapang supaya kita tiada masa untuk berfikir masalah. Kemahiran banyak diperoleh bila mana masa kita digunakan sepenuhnya.
Sumber Gambar: Pinterest

Masyarakat sering mengaitkan masalah kemurungan kurangnya nilai dalam agama.

Depression memang merupakan salah satu penyakit. Setiap penyakit, kita ada pakar-pakar yang boleh diagnos. Kita tidak boleh diagnos diri sendiri atau seseorang apabila kita bukan ahlinya. Contoh, kita lihat ada satu orang menghidap kanser misalnya. Kita tidak boleh terus jatuhkan conclusion kau kena kanser sebab begini dan begini kerana bukan kita punya bidang.

Salah satu perkara yang menyumbangkan kepada depression kita tidak nafikan kerana keimanan bukan satu-satunya faktor.

Spirualiti atau keimanan merupakan suatu yang penting terutama umat Islam.

Kesimpulannya, kalaulah rosak kereta, janganlah kita pergi bertanya orang jual spek mata. Rosak kereta, kita pergilah ke bengkel kereta.

Saya menyeru semua pihak untuk mengambil tahu dan kenali simptom-simptom kemurungan. Andai ada ahli keluarga kita ada mengalami simptom kemurungan, bawa lah mereka bertemu dengan mereka yang pakar dalam bidang ini. Kalau kita salah handle akan bawa kepada keburukan.

Ini adalah ruang Allah SWT uji kita. Kita rakyat Malaysia khususnya kita pertingkatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia. Kemudian, tingkatkan doa dan ibadat kita di samping tingkatkan hubungan kekeluargaan di samping  sentiasa bertanya khabar, memberi semangat, menghargai antara satu sama lain dan sentiasa meluangkan berinteraksi sesama kita.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu (29)

Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah (30)

Surah an-Nisa’ ayat 29 hingga 30 menjelaskan tentang larangan mengambil hak orang lain, membunuh dan bunuh diri.

Kesimpulannya, kalaulah rosak kereta, janganlah kita pergi bertanya orang jual spek mata. Rosak kereta, kita pergilah ke bengkel kereta.

Saya menyeru semua pihak untuk mengambil tahu dan kenali simptom-simptom kemurungan. Andai ada ahli keluarga kita ada mengalami simptom kemurungan, bawa lah mereka bertemu dengan mereka yang pakar dalam bidang ini. Kalau kita salah handle akan bawa kepada keburukan.

Ini adalah ruang Allah SWT uji kita. Kita rakyat Malaysia khususnya kita pertingkatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia. Kemudian, tingkatkan doa dan ibadat kita di samping tingkatkan hubungan kekeluargaan di samping  sentiasa bertanya khabar, memberi semangat, menghargai antara satu sama lain dan sentiasa meluangkan berinteraksi sesama kita.

Semoga bermanfaat.

Setulus penghargaan kepada YB Dato’ Hjh Siti Zailah Binti Mohd Yusof (Timbalan Menteri Wanita, Pembangunan Masyarakat, dan Masyarakat/ Ahli Parlimen Rantau Panjang)

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Artikel atau link pautan asal boleh ke Harakah Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *