1hamizah

Ikon Kepimpinan bagi Hari Sayyidatina Khadijah 2021 telah dinobatkan kepada wanita muda yang berusia 28 tahun. Beliau merupakan Nurhamizah Salleh yang berasal daripada Kota Bharu, Kelantan. Kini, beliau berkhidmat sebagai guru KAFA JAKIM di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Long Ghaffir dan meneruskan pengajian sekolah menengah di maahad Taqaddum Al-Maarif, Pasir Tumboh dengan kelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Seterusnya, beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor bagi jurusan pengajian ijazah sarjana muda. Berbekalkan minat beliau yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik, beliau menyambung pengajian di peringkat diploma pendidikan lepasan ijazah di Universiti Sultan Zainal Abidin atau UniSZA dan menamatkan pengajian pada tahun 2019. Ikon ini memulakan kerjaya beliau dengan memilih untuk menjadi seorang pendidik dan ingin berjasa kepada masyarakat dan bangsa.

Pencapaian beliau yang terbesar pada tahun 2020 iaitu telah menerima Anugerah Muslimah Muda dalam program realiti Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Bersama TV Al-Hijrah. Beliau telah menjalani latihan bagi program Daie Muda selama 4 bulan. Selain itu, beliau juga seorang sukarelawan aktif dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan NGO lain.                                             


Ikon ini dikenali sebagai anak muda yang suka membantu dan sentiasa berkongsi ilmu di lapangan dan media sosial beliau. Beliau juga mempunyai misi dan visi yang jelas untuk merealisasikan impian beliau. Justeru, beliau menjadi inspirasi kepada wanita muda untuk menjadi seorang yang berani untuk menonjolkan diri di depan khalayak ramai bagi berkongsi ilmu dan pengalaman beliau.

Sumber Gambar : FB Page HSK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *