Ustazah Asma’ Harun

Ustazah, saya lihat pornografi melalui henset mak ayah saya. Dah lama, tanpa mereka ketahui”.

Ananymous

Dah banyak kali saya cuba untuk bertaubat, tetapi saya masih ulangi lihat pornografi”

Ananymous

Beberapa hari selepas diumumkan PKP bulan Mac tahun lalu, saya menerima satu mesej dari seorang remaja sekolah menengah yang meminta nasihat supaya dia dapat keluar daripada ketagihan pornografi.

Saya terkedu membaca mesej ini.


Gambar Hiasan : Google

Ketagihan Pornografi menjadi sama seperti ketagihan dadah, bahkan kekadang akan lebih teruk.

Sesiapa yang ketagih menonton Pornografi cenderung untuk melakukan penzinaan mata disebabkan tidak tundukkan pandangan serta nafsu dan biasanya dia akan berada dalam dunia dia sendiri. Berseorangan dengan gadjet, fikiran melayang kerana mindanya asyik teringatkan objek seks yang dia lihat dalam filem atau video pornografi.

Apabila ketagih, apa perlu buat?

Sebenarnya proses untuk memulihkan ketagihan ini perlu kepada rawatan. Akan mengambil masa. Tetapi usaha yang kecil yang mampu dilakukan dahulu adalah menyibukkan diri dengan aktiviti lain supaya dapat melupakan perkara tersebut.

Selain itu, perlu jauhi sumber yang meransang untuk lihat Pornografi.


وَرَٰوَدَتۡهُ ٱلَّتِي هُوَ فِي بَيۡتِهَا عَن نَّفۡسِهِۦ وَغَلَّقَتِ ٱلۡأَبۡوَٰبَ وَقَالَتۡ هَيۡتَ لَكَۚ قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ رَبِّيٓ أَحۡسَنَ مَثۡوَايَۖ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّٰلِمُونَ

Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”.

Allah rakamkan di dalam Al-Quran satu kisah iaitu mengenai isteri Al-aziz yang menggoda Nabi Yusuf As menerusi ayat 23 Surah Yusuf.

Antara punca dia menggoda adalah disebabkan tidak menjaga pandangan. Akibat tidak menjaga pandangan atau melihat perkara yang boleh merangsang syahwat mampu mendorongnya untuk melakukan perbuatan zina.

Tetapi bagaimana Allah selamatkan Nabi Yusuf As daripada terlibat perkara tersebut adalah dengan kekuatan yang Allah berikan kepadanya.


Musim PKP ini ramai anak-anak yang habiskan masa dengan gadjet.

Sebagai ibu ayah, pernahkah kita terfikir,

Adakah anakku terlibat dengan perkara ini?”

Laman web apa yang anak-anakku layari?”

Yakinkah kita mereka tidak pernah lihat pornografi?”

Jadi ibu ayah, pantau sebaiknya gajet anak-anak. Sesekali check history henset anak-anak, laman web apa yang mereka layari.

Gambar Hiasan : Google

Pantaulah anak-anak kita.

Dan berita yang kita terima tentang ramai Rakyat Malaysia ‘layan’ pornografi ini sungguh membimbangkan.

Sepatutnya musim musibah Covid-19 ini mendekatkan diri kita dan keluarga kepada Allah bukannya lagi menjauhkan, kerana jika kita membuat maksiat ketika musibah, ia adalah dua musibah yang menimpa.

Semoga zuriat kita dijauhi dari perkara buruk ini. Nauzubillah.

Artikel asal di link berikut:

Telegram Nik Fatma Amirah

FB Nik Fatma Amirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *