Fesyen dan wanita tidak dapat dipisahkan sejak dari dulu lagi. Sudah menjadi kebiasaan kepada para wanita untuk kelihatan bergaya dan ‘gorgeous’ ketika bersama rakan-rakan mereka. Tambahan lagi, kini lebih banyak pakaian yang cantik dan menutup aurat dikeluarkan oleh pereka fesyen. Sebagai orang Islam, kita merasa bangga dengan para wanita yang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna. Di samping itu, kita dapat melihat pelbagai jenis fesyen-fesyen terbaru yang menutup aurat cuba dipraktikkan oleh para wanita.

Sumber: Google Image


Menutup aurat dengan sempurna bukan sahaja dapat mencegah kita daripada diperhatikan oleh pandangan mata liar tetapi kita dapat memperlihatkan kepada masyarakat luar identiti Islam yang sebenar. Selain itu, kita juga dapat mengelakkan fitnah yang dilontarkan oleh masyarakat kepada kita.
Menutup aurat merupakan kewajipan bagi setiap orang yang beriman kerana menutup aurat merupakan perintah Allah SWT kepada setiap hamba-Nya seperti firman-Nya,

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Surah Al-Ahzab, ayat 33).


Oleh itu, menjadi kewajipan kepada kita semua yang beriman kepada Allah SWT untuk menutup aurat dengan sempurna kerana ianya perintah dari Allah SWT. Perkara ini bukan sahaja dapat menghindarkan diri kita dari di fitnah bahkan menjadikan kita insan yang bertakwa kepada Maha Pencipta, maka kita wajib melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.


Baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan Pertunjukan Peragaan Busana Muslimah Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada wanita-wanita Kelantan untuk hadir memperagakan pakaian-pakaian tradisional patuh syariah. Program ini juga terbuka kepada semua wanita termasuk orang bukan Islam.

Dari Itali pulang ke rumah,
Pulang bersama sekarung kurma,
Sungguh indah wanita muslimah,
Selalu amalkan ilmu agama.

Pertunjukan Peragaan Busana Muslimah Kelantan 2023 yang telah berlangsung baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *