Bright Purple And Teal Friendly Rounded Makeup Artist Resume Website (1)

Puan Thahirah Tarmizi merupakan Head Management Finance Tarmizi Batik. Batik merupakan di antara produk yang paling tersohor di Kelantan. Apa yang lebih menarik, batik merupakan pakaian rasmi pada setiap hari Khamis terutama dalam kalangan penjawat awam dan juga majlis-majlis rasmi di Kelantan.

Warisan keluarga turun temurun.

Gambar: Kiriman Puan Thahirah

Puan Thahirah telah berjinak dengan seni batik turun-temurun bermula dari moyangnya. Dikatakan bahawa dahulu batik yang dijual hanya dalam jumlah yang sedikit lalu dijaja kecil-kecilan sehinggalah modal semakin membesar, berkembang dan semakin maju.

Alhamdulillah, sehingga kini perusahaan batik ini diteruskan oleh Puan Thahirah dan keluarga sendiri. Kilang dan kedai batik dapat diwujudkan menunjukkan produk berasaskan batik ini adalah evergreen dan sangat berpotensi menjadi pilihan ramai di seluruh dunia.

Gambar: Kiriman Puan Thahirah

Selain itu, nilai batik ini bergantung kepada jenis kain, cara lukis, cat yang digunakan dan bermacam-macam lagi. Jadi, jangan pelik sekiranya harga produk berasaskan batik boleh mencapai harga yang tertinggi.

Cabaran Tarmizi Batik.

Business hari ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini menunjukkan makin lama makin ramai pesaing. Namun demikian, itu bukan menjadi halangan untuk menjadi lemah. Bahkan, perlu sentiasa bersaing secara sihat serta cipta keistimewaan pada produk sendiri.

Antara konsep kelainan yang dipraktikkan oleh Tarmizi Batik adalah 3S iaitu Senang, Sejuk dan Selesa.

Selain itu, sentiasa aware dengan keadaan semasa. Sebagai contoh sewaktu negara dilanda Pandemik Covid-19, kita dikehendaki kuarantin diri di rumah. Walaupun ramai berada di rumah, tetapi mereka masih memiliki semangat suka membeli. Jadi, Marketing Online adalah kaedah terbaik untuk Customers nampak, suka dan percaya pada produk kita.

Keunikan dan keistimewaan produk Tarmizi Batik.

Batik biasanya produk berasaskan fabrik yang selesa dan bermutu tinggi. Sesuai dipakai bila-bila masa sama ada formal atau tidak formal bahkan boleh dipergaya dalam pelbagai acara.

Batik-batik di Kelantan ini sudah pasti ada keistimewaan dan keunikan tersendiri. Manakala antara keunikan dan keistimewaan produk Tarmizi Batik adalah:

  1. Batik betul-betul hasil lukis tangan menggunakan tenaga manusia.
  2. Mempunyai sijil pematuhan kualiti yang diiktiraf Kraf Tangan Malaysia. Sijil ini perlu diperbaharui setiap 2 tahun sekali. (Dengan syarat produk selamat dipakai, warna tidak luntur dan material berkualiti).
  3. Perkhidmatan POS disediakan terutama pembeli di luar kawasan.
  4. Bertempat di Bazar Tok Guru (A247 dan 270).
  5. Platform atas talian ada Tik Tok:Tarmizi Batik Official, Instagram: @tarmizibatikofficial, Facebook: Tarmizi Batik dan seterusnya Telegram.

Puan Thahirah menyatakan hasratnya ingin memperluas Tarmizi Batik dalam masa yang sama membantu orang ramai dengan menjadi agen dan juga dropship.

Nasihat buat usahawan di luar sana

Ramai sebenarnya anak muda yang suka yang memilih untuk turun dalam bidang perniagaan. Tetapi sayang sekali kerana antara kesilapan lazim mindset orang kita adalah hendak buka perniagaan perlu ada modal besar. Padahal sistem tanpa modal adalah Dropship. Jadi, mulakan dahulu dengan modal kecil ataupun apa yang ada di tangan dahulu. Jangan kerana hendak modal besar lalu membuat pinjaman. Paling sakit sekiranya business tersebut jatuh lingkup menyebabkan diri merana.

Kesilapan kedua adalah hendak mencipta produk sendiri. Mencipta produk sendiri memerlukan modal yang sangat besar. Mulakanlah dengan menjual produk orang lain dahulu sebagai langkah pertama. Trust the process.

Ketiga, berguru dan carilah mentor. Carilah orang yang boleh dipercayai sebagai mentor.

Keempat, restu ibu bapa. Kalau isteri pula adalah restu suami. Jika mereka tidak restu, ada kemungkinan hidup kita menjadi sempit dan tidak hairanlah business menjadi tidak berjaya.

Artikel disediakan oleh Penulis WanitaKelantan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *