Seluruh dunia mengalami pandemic covid-19. Ia telah mengehadkan kita dari melakukan pelbagai aktiviti rutin seharian. Ibrah apakah yang kita dapat daripada musim Covid-19 ini.
Adakah wabak ini telah wujud pada zaman Rasulullah SAW atau pada zaman Khulafa’ ar-Rashidin?
Alhamdulillah, kita sebagai orang islam mesti kembali kepada ayat Allah SWT di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 214 berbunyi:
Adakah patut kamu menyangka kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu. Mereka telah ditimpa kepapaan, kemusnahan harta benda, serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersama nya. Bilakah datangnya pertolongan Allah ini? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan bergantung kepada agama Allah.’
Alhamdulillah dalam ayat ini Allah telah memberitahu kepada kita agar dalam situasi yang menimpa kita pada hari ini agar kita terus bersabar kerana orang-orang terdahulu juga turut sama diuji oleh Allah SWT. Dan kalau kita lihat pada hari ini, manusia dalam keadaan huru-hara dengan ujian Ilahi yang datang secara mengejut. Sebelum ini kita sudah lama bersiap siaga seperti masalah banjir di musim tengkujuh dan sebagainya. Sebab Allah SWT turunkan secara mengejut pandemic Covid-19 ini tidak lain dan tidak bukan kerana manusia itu sendiri yang suka membuat huru-hara secara mengejut. Sebagai contoh, isu LGBT yang telah melanggar kejadian fitrah ciptaan Allah SWT.
Adakah zaman Nabi dahulu turut diuji dan ditimpa musibah? Jawapannya ya. Ramai dalam kalangan kita respon terhadap musibah Covid-19 dengan mengeluh dan tidak mahu menyerahkannya kepada Allah SWT. Musibah ini masih lagi sedikit dan baru di atas dunia. Bayangkan suasana di alam barzakh dan alam akhirat nanti.
Zaman Khulafa’ ar Rashidin ketika pemerintahan Saidina Umar al-Khattab r.a telah mengetahui isu wabak Ta’un di negeri Syam. Khalifah Umar r.a mengutus surat kepada sahabat nabi iaitu Abu Ubaidah Amru al-Jamrah r.a yang merupakan Gabenor di negeri Syam pada waktu itu untuk tanyakan khabar. Abu Ubaidah r.a respon dengan meminta maaf kerana tidak boleh keluar dari negerinya disebabkan wabak. Maka, Saidina Umar r.a dan rombongannya pergi jumpa Abu Ubaidah r.a. Maka, Abu Ubaidah r.a pun keluar sedikit dari kawasannya untuk mencegah khalifah Umar r.a daripada memasuki sempadannya itu. Ribuan orang yang telah mati akibat wabak Ta’un pada masa itu. Jadi, apabila bertanyalah Khalifah Umar r.a kepada rombongannya. Kumpulan yang pertama berkata kena masuk alang-alang sudah datang sejauh ini. Manakala, kumpulan kedua berkata, tidak sepatutnya kita masuk kerana wabak ini boleh menjangkiti kita kerana tujuan kita datang adalah untuk memberikan bantuan. Maka, Khalifah Umar r.a ambil pendapat yang kedua.
Kita boleh kaitkan dengan keadaan semasa di negara kita apabila Perdana Menteri berbincang dengan semua apakah perkara yang patut dan tidak patut dilakukan bersama-sama demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Kiranya, bukan keputusan Perdana Menteri semata-mata. Maka, perintah kawalan pergerakan telah dilaksanakan.
Abdul Rahman bin Auf satu rombongan sekali dengan Khalifah Umar r.a pernah dengar apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW apabila berlaku wabak Ta’un jangan masuk kawasan yang telah terkena wabak. Manakala, orang yang berada di dalam kawasan wabak tidak boleh meninggalkan tempat itu. Kaedah feqah kata jangan ada mudarat dalam islam.
Inilah peluang kita untuk mentaati pemerintah dengan berada di rumah. Di rumah, seorang suami bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya. Selama mana kita tidak meluangkan masa bersama-sama seisi keluarga.
Alhamdulillah, Allah telah menjentik hati kita dengan menunjukkan kebesaranNya apabila telah menurunkan satu virus yang tidak kelihatan dan telah menyebabkan seluruh dunia terkesan. Tapi, peluang kepada orang yang beriman sentiasa tunduk, patuh dan ikut perintah Allah SWT.
Salah satu kisah lagi, Kisah Nabi Ayub yang sebelum ini seorang jutawan selama 20 tahun. Tetapi ditakdirkan Allah SWT mengambil semua kekayaannya dalam sekelip mata. Kemudian, kesemua anak-anaknya mati. Nabi Ayub juga diuji oleh Allah SWT dengan kesakitan. Berapa ramai dalam kalangan kita yang bersabar dan taat seperti nabi Allah ini.
Maknanya zaman dahulu, wabaknya Ta’un. Zaman sekarang pula wabaknya corona virus (Covid-19).
Zaman PKP ini semua perkara ke arah pendigitalan. Kita boleh tengok di media sosial rakyat bimbang dengan masalah ekonomi yang menimpa. Bagaimana kita nak counter balik semua ini supaya mindset kita dapat husnudzon dan pakah ibrah atau pengajaran yang kita dapat daripada musim Covid-19?
Sangat ramai yang terkesan dengan wabak ini termasuklah barisan Frontliner di dalam dan luar negara kita. Masing-masing bertungkus-lumus berganding bahu demi memastikan wabak ini dapat dikekang.
Kita flashback balik diri kita. Berapa ramai dalam kalangan kita masih lagi buat aktiviti yang lagha sepanjang musim Covid-19 ini? Berapa ramai dalam kalangan kita berusaha menjadi lebih baik dan sebagainya. Setiap ujian walau sebesar mana, pasti akan ada jalan keluar.
Covid-19 ini adalah kurniaan Allah. Lihatlah ibrah dan pengajarannya dengan mata hati. Kita tengok pula kisah nabi Yunus apabila Allah telah menguji tanpa makanan di samping tenggelamkannya dalam lautan yang dalam di dalam perut ikan selama 40 hari dan dalam keadaan gelap gelita. Cuba bayangkan diri kita saat itu. Nabi Yunus respon Maha Suci Allah, sesungguhnya aku lah yang berbuat zalim.
Bayangkan kalau 10 orang dalam sebuah keluarga ucapkan perkara yang sama, ditambah dengan sekampung dan negeri, negara, Insya Allah, Allah SWT akan menyahut suara-suara hamba-hambaNYa. Masalahnya, Allah mention pintu langit terbuka pada 1/3 malam, berapa orang sahaja yang berjaya bangun menyahut panggilan Allah SWT itu.
Wabak Covid-19 ini mengakibatkan ramai yang dalam ketakutan. Namun, ajal itu dalam rahsia Allah. Setiap penyakit itu ada ubatnya. Perintah Kawalan Pergerakan ini Allah perintahkan kita memastikan seluruh anggota badan kita kembali kepadaNya. Overall, kita berlapang dada dengan apa yang Allah bagi. Berusaha untuk memperbaiki diri dan orang sekeliling.
Alhamdulillah, kerajaan pada hari ini banyak mendahulukan rakyat. Kita kena ingat, rakyat juga jangan menganggap bahawa kita semua kena bergantung kepada manusia. Rakyat kena banyak bergantung kepada Allah SWT. Pemerintah juga kena banyak bergantung kepada Allah SWT. Insya Allah dengan cara ini, Allah SWT akan buka pintu barakah langit dan bumi. Barakah ini banyaknya berkat dari segi rezeki dan banyak lagi.
Teringat kembali peristiwa nabi Ayub yang telah ditimpa sakit. Isterinya mencadangkannya untuk memohon kesihatan kepada Allah agar kembali sihat. Nabi Ayub jawab, dirinya malu kepada Allah kerana berapa lama Allah SWT telah kurniakan anugerah kesihatan selama ini. Nabi Ayub berdoa kepada Allah, ‘Ya Allah, aku berasa tidak selesa beribadat kepadaMu. Kalaulah dengan asbab aku tidak selesa ini, aku tidak boleh beribadat kepadaMu, Maka Kau berikanlah aku kesihatan.’ Doa nabi Ayub ini bukan meminta kesembuhan, tetapi, memohon keselesaan untuk beribadah kepada Allah SWT. Asbab doa Nabi Ayub itu tadi, Allah SWT takdirkan Nabi Ayub sihat kembali, dan dalam dapat zuriat yang berganda serta mendapat harta kekayaan yang melimpah ruah. Bagi Allah, tiada apa yang mustahil.
Surah Yunus ayat 107
Surah Ar Rum ayat 41
Surah As-Syura ayat 30, 31
Surah al-Hadid ayat 22
Ayat-ayat ini berkaitan dengan ujian, musibah yang Allah SWT takdirkan kepada kita semua pada hari ini dan kemungkinan juga kepada generasi keturunan kita akan datang. Musibah yang paling besar sekarang ini bukan musibah Corona Virus. Tetapi, musibah yang paling besar yang menimpa kita pada hari ini adalah krisis Akidah.
Apakah Tindakan yang patut kita buat
Individu. Banyakkan beramal ibadat seperti baca al-Quran, mentaati suami, suami kena bantu isteri. Lepas itu, pantau anak-anak di rumah. Ajar anak-anak baca al-Quran. Banyakkan berzikir, Sunat Tahaajud. Solat sunat Qabliyah dan Ba’diyah jangan lupa. Kemudian, kalau kita tengok anatomi badan ada 3 iaitu fizikal, akal dan roh. Fizikal ini adalah tubuh badan kita. Akal ini cerdik, pandai akal kita. Manakala, Rohlah kita kena tanam dengan ambil dan jadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan kepada diri kita. Isi jiwa kita dengan kerohanian. Jika tidak, ia akan terisi dengan kelalaian.
Semoga kita semua dapat mengambil ibrah dari kisah-kisah dahulu demi mencapai keredhaan Allah SWT.
Artikel telah ditulis oleh penulis wk.com
Untuk pautan asal ikuti link Apa khabar Adik Kakok Tanah Meroh