TEBUS TALAK DALAM ISLAM – Made With PosterMyWall

Apa itu undang-undang keluarga Islam?

Senangnya untuk orang yang telah berkahwin. Fokus perkongsian kali ini adalah wanita sahaja. Kenapa topik kali ini berkenaan wanita kerana berdasarkan kepada pengalaman beliau sendiri di mahkamah Syariah, isu teraniaya dalam kalangan wanita lebih banyak daripada kaum lelaki. So, sekarang ini beliau tidak akan menceritakan siapa yang aniaya siapa, Cuma sekarang ini hendak cerita apa sebenarnya hak sebagai seorang wanita.

GAMBAR HIASAN : PINTEREST

Pada Fahmi Ramli, wanita perlu tahu apakah hak-hak sebagai seorang wanita khususnya dalam undang-undang keluarga Islam. Once anda sudah berkahwin, anda sebenarnya sudah termasuk dalam golongan yang 100% di bawah penaklukan keluarga Islam. Kalau kata ceritanya anda masih anak dara lagi mungkin kes ini tidak berapa menjadi sebahagian dari perkara yang perlu diketahui.

GAMBAR HIASAN : PINTEREST

Kita yang dalam tempoh perkahwinan, mahu atau tidak mahu, kita kena lalui juga fasa tersebut. So, di fasa yang kita perlu belajar ini sampai lepas bercerai sekalipun mesti kita kena ambil peduli.

Soalan dari client: Tuan, saya sudah failkan penceraian. Tapi, suami saya ini buat tuntutan balas dengan failkan pembelaan. Si suami (difenden) bersetuju untuk ceraikan dengan bayaran sebanyak RM 10, 000. Persoalannya, perlu atau tidak wanita ini membayar?

Maksud dekat sini si wanita ini tertanya-tanya adakah salah tindakannya untuk membuat tuntutan fasakh.

Sebenarnya RM 10,000 itu adalah tebus talak. Jadi, si wanita ini mungkin terfikir tebus talak ini wajib dibayar sampai menangis-menangis kerana dia tidak tahu mana hendak dapat wang sebanyak itu. Isunya juga dekat sini, dia tidak ada sebarang ilmu berkenaan dengan undang-undang Islam. Jika anda ada mengalami situasi sebegini, pertama sekali, anda perlu bertenang.

Apakah itu tebus talak?

Long short stories, tebus talak ini maksudnya isteri membayar sejumlah nilai dengan harga untuk melepaskan dirinya daripada sang suami dengan cara macam membeli talak.

Kita kena tahu dalam Islam ada beberapa jenis penceraian. Penceraian ini bukan si suami lafaz cerai semata-mata. Ada penceraian dalam bentuk fasakh, cerai, taklik, cerai biasa, cara Li’an dan satu lagi penceraian secara tebus talak.

Tebus talak ini secara mudah adalah bermaksud kita hendak beli lafaz talak tersebut. Si suami ini ada satu kuasa yang Islam bagi dekat dia bila mana berkahwin iaitu kuasa talak. Kuasa talak ini tidak ada pada si isteri. Berbeza dengan perkahwinan orang bukan Islam kerana si suami tidak ada kuasa seperti itu.

Dalam Islam kuasa talak ke atas suami tidak bermaksud boleh digunakan sewenang- wenangnya. So, lafaz talak itu ada pada suami, dan kita hendak membeli lafaz talak tersebut. Itu ceritanya apa yang dikatakan mengenai ‘Tebus talak’. Kita membayar sejumlah wang untuk melepaskan diri kita dari sang suami tersebut.

GAMBAR HIASAN : PINTEREST

Benda ini bertentangan ke dalam Islam?

Jawapannya tebus talak ini tidak bertentangan dalam Islam. Sebab benda ini adalah dalam Syariah Islam. Nak tahu atau tidak tebus talak ini datang dari kisah apa?

Rupanya datang daripada satu kisah sahabat nabi iaitu seorang wanita, dia datang kepada Rasulullah kemudian dia mengadu, ‘Ya Rasulullah, aku ini takut menjadi kufur sebab suami aku seorang yang sangat baik, sentiasa patuh kepada perintah Allah.’

Kalau zaman sekarang ini orang kata pijak semut pun tidak mati. Tapi wanita ini berkata satu sahaja:

‘Tapi aku tidak mampu untuk hendak melihat wajahnya. Aku takut dan bimbang jatuh kufur dengan perkara tersebut.

Nabi panggil wanita ini datang bersama suaminya.  Nabi berkata kepada si isteri, ‘Pulangkan semula mahar perkahwinan iaitu mas kahwin yang telah diberi kepada wanita itu iaitu pada masa itu adalah sekebun tamar.’ Hal ini kerana si suaminya itu adalah orang yang berkemampuan kerana boleh bagi kepada wanita itu dalam bentuk sekebun tamar. Itu syariat tebus talak.

GAMBAR HIASAN : PINTEREST

Bila tebus talak telah berlaku sidang pembaca sekalian, maka dalam undang-undang kita sekalipun ada benda ini. Jadi jangan terkejut kalau kata si isteri failkan fasakh kemudian pembelaan tuntutan atau tuntutan balas si suami itu telah dibuat. Maksudnya dia bagi alternatif untuk tidak perlu terlalu panjang prosedur-prosedurnya. Tidak payah naik turun mahkamah banyak kali. Sebab anda kena tahu ‘Fasakh’ ini prosesnya agak memakan masa yang panjang. Sebabnya, ia ada proses untuk perbicaraan. Ada yang sampai 2 tahun. Kadang-kadang lama sebab tangguh.

Isu yang beliau lalui di mahkamah berkenaan kes ini kadang-kadang sebab saksi itu banyak, ataupun keterangan itu panjang. So, memang take time dan kita perlukan masa yang lama.

Wajib atau tidak bayar tebus talak?

Bila kita sebut talak, ia ibarat jual beli. Dalam jual beli, ia tiada paksaan, mesti ada tawaran dan juga penerimaan. Ini konsep jual beli. Ada harga dan ada pembelian. Ada penawaran, ada penerimaan. Itu kita panggil undang-undang kontrak.

Maksudnya, tidak ada sesiapa yang boleh paksa. Jadi, sama macam konsep tebus talak. Tebus talak ini ia tidak boleh dipaksa. Tebus talak ini akan seperti satu alternatif cadangan perlaksanaan untuk tak nak turun naik banyak kali mahkamah.

Ada banyak kes-kes yang tidak masuk akal seperti meletakkan terlalu tinggi harga tebus talak. Mungkin orang macam ini dia tidak faham dan ada yang hendak ambil kesempatan.

Berbalik kepada persoalan tadi, tidak ada sebarang kewajipan untuk membayarnya. Cuma bagi yang mahu proses cepat, kita boleh bayar. Cuma kesannya apa dia kalau berlaku tebus talak, wanita ini kata tidak apa lah tuan daripada saya naik turun banyak kali mahkamah ini, baik saya bayar sahajalah RM 10,000 itu dalam mahkamah. Jangan bayar dekat luar mahkamah. Kalau bayar dekat luar mahkamah, boleh hilang duit itu.

So, bila selesai bayar talak itu, dia akan lafaz cerai tebus talak. Bunyinya lebih kurang macam ini, so kita bagi duit, letak dan kira semua itu cukup.

‘Aku ceraikan isteriku dengan tebus talak sebanyak RM berapa ringgit.’

So, kalau hakim dengar semua itu Okay, dia akan diceraikan dengan talak yang sudah tidak lagi boleh dirujuk.

GAMBAR HIASAN : PINTEREST

Suami isteri sudah tidak boleh rujuk balik sebagai contoh bila rasa menyesal pula saat telah jatuh lafaz talak tadi. Maybe ada yang fikir boleh dirujuk semula kerana mereka rasa masih dalam tempoh iddah. Hakikatnya, sudah tidak boleh dirujuk sebab telah cerai talak baim sughra.

Kalau nak kembali si bekas pasangan itu, kena ambil akad nikah yang baru. Kena ada mas kahwin yang baru.

Tebus talak ini mesti ada tawaran, dan penerimaan. Tak boleh paksaan. Kes RM 10, 000 tadi jika tak mampu, boleh negotiate atau tawar menawar.

Kesimpulannya,

Tebus talak ini lebih kepada pulangkan mas kahwin. Tebus talak ini bukan peluang untuk dia hendak ambil kesempatan. Tebus talak ini kalau kita tengok balik syariat Islam, kisah sirah nabi. Ceritanya kita pulangkan balik mas kahwin. Benda ini bukan main-main sebab ada setengah keadaan si bekas suami mahu menganaiyai wanita.Yang ini jenis Business minded.  Contoh dia macam ini, lelaki ini dia kahwin dengan seorang wanita yang mempunyai kerjaya. Kadang-kadang wanita yang mempunyai kerjaya ini maksudnya seorang yang mungkin janda ataupun wanita yang tidak pernah berkahwin lagi. Bagi setengah yang macam ini, dia tidak kisah menjadi isteri kedua misalnya. Pelbagai helah dan tipu daya telah dibuat seperti hendak mendapatkan harta si wanita ini. Kemudian setelah dapat, mereka mula buat onar seperti tidak balik dan sebagainya menyebabkan si wanita ini mahu bercerai. So, kaitannya di sini tebus talak yang diberi dalam lingkungan RM10,000 hingga Rm15,000. Si wanita ini pula tidak mahu lambat, terus terima sahaja tawaran bayar terbus talak itu. Kes ini boleh juga kait dengan drama Takdir yang tertulis yang viral baru-baru ini.

Artikel telah disediakan oleh penulis wk.com

Untuk dapatkan informasi penuh boleh ke FB Fahmi Ramli

Peguam Syarie bagi negeri Kedah, Penang, Perlis dan Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *