Siri bercinta hingga ke syurga pada kali ini saya akan kongsikan tentang tips perancangan kepada anak muda yang dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Walaupun ada yang merancang untuk tempoh 2 atau 3 tahun lagi, namun panduan ini ini juga sesuai untuk mereka.
WAJIB punya perancangan. Mula planning awal untuk jaminan rumah tangga yang lebih stabil.
- Mesti ada jangkaan tarikh risik, tunang dan berkahwin supaya dapat susun timeline persediaan kewangan.
- Penentuan tempat tinggal di mana, adakah dekat dengan tempat kerja atau di negeri ibu bapa.
- Wajib melengkapi diri dengan asas rumah tangga seperti pengurusan emosi, pengurusan rutin harian keluarga, kemahiran mengemas, memasak dan sebagainya.
- Pembinaan kerjaya suami isteri selepas berkahwin. Memerlukan perbincangan dan toleransi agar saling support antara satu sama lain.
- Merancang perkembangan keluarga dan anak-anak, seperti mengambil kira kesihatan, persediaan dan kemampuan memilik anak berapa orang.
- Berusaha bergaul dan libatkan diri dengan masyarakat. Bagi lelaki mesti mula biasakan diri ke masjid.
- Ubah minda dan persekitaran sekeliling. Jika circle kaki gamers dan suka keluar lepak malam, cuba ubah kepada circle yang lebih positif kerana selepas berkahwin gaya hidup akan berubah.
- Mempunyai keluarga contoh untuk dijadikan panduan dan teladan dalam membina keluarga bahagia. Antaranya dengan selalu mengikuti nasihat dan panduan yang diamalkan oleh keluarga.
- Wajib mempunyai perancangan kewangan seperti perbelanjaan majlis kahwin, rumah pertama dan kereta. Disyorkan semasa bujang sudah mempunyai pelaburan dan simpanan.
- Sebelum berkahwin mesti banyak membaca, bertalaqqi dan menghadiri seminar berkaitan topik rumah tangga.
Sumber: FB Page Ustazah Asmak Husin