Zaman ini mencari jodoh menjadi satu isu atau cabaran kepada sebahagian orang. Ada yang kata mungkin kerana hendak jumpa orang lelaki yang baik susah. Mungkin juga kerana sibuk belajar, hidup susah dan sebagainya menyebabkan tidak terfikir untuk mencari jodoh. Kadang-kadang bila sudah mahu mula mencari, kekangan lain pula yang menjadi rintangan.
Adakah isu keadaan ini sihat dalam masyarakat kita atau sebenarnya itulah keadaan zaman sekarang mengikut perkembangannya?
Aplikasi jodoh ini bermaksud proses mencari jodoh secara maya. Dalam satu (1) teori yang dicipta oleh Dr. William salah seorang doktor Psikologi dan Psikiatri,
Manusia ini ada lima (5) keperluan asas dalam kehidupan”.
Maksudnya memerlukan lima (5) cara untuk mencapai kepuasan hidup.
- Perlu ada rasa bebas. Contohnya, bebas dalam membuat keputusan.
- Perlu ada kuasa. Hidup bukan dalam keadaan terkongkong, kena ada jiwa merdeka.
- Manusia perlukan hiburan.
- Manusia perlukan survivor ataupun keperluan asas hidup. Misalnya tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya untuk survival.
- Manusia perlu ada love and belonging. Perlu ada rasa cinta, kasih sayang dan juga rasa hendak dimiliki. Rasa cinta, dicintai dan memiliki.
Maknanya, orang perempuan jangan malu untuk memulakan proses mencari pasangan yang dirasakan sesuai dan terbaik. Sayyidatina Khadijah r.a juga suatu ketika dahulu yang memulakan meminang Rasulullah SAW.
Aplikasi ini kadang-kadang menyebabkan sesetengah orang menjadi tidak selesa. Adakah baik untuk wanita memulakan langkah melamar seorang lelaki untuk dijadikan suami?
Jatuh cintanya Sayyidina Khadijah r.a kepada Nabi Muhammad SAW kerana keperibadian dan akhlak yang ditonjolkan baginda. Sayyidina Khadijah r.a telah menghantar seorang pembantu untuk Nabi ketika berdagang ke Syam iaitu Maisarah. Maisarah dalam bahasa arab bermaksud pembantu. Maisarah bila balik ke Mekah menceritakan keperibadian baginda SAW. Lalu, Khadijah r.a menghantar orang tengah sebagai solusi jodohnya.
Tidak salah orang perempuan yang ingin memulakan sesuatu perhubungan selagi mana tidak melanggar batas dan syarak dalam islam.
Bagaimana antara kaedah terbaik wanita untuk memperkenalkan diri sebagai satu permulaan ke arah satu perhubungan yang lebih jauh?
Lain jantina, lain kaedah dalam memperkenalkan diri. Orang perempuan ini terkenal dengan rasa malu yang tinggi untuk memulakan langkah berbeza dengan sudut zaman sekarang. Mula-mula, wanita kena ada jati diri yang kuat dalam menempatkan diri dalam situasi alam maya. Kerana menggunakan alam maya umpama kita berada di dalam lautan yang luas. Jika tidak disertakan dengan jati diri, malu dan ilmu, kita pasti akan lemas.
Satu kajian daripada United States, range kitaran umur yang menggunakan aplikasi mencari jodoh:
- 15 peratus berumur 18 hingga 29 tahun.
- 19 peratus daripada umur 33 hingga 34 tahun.
Majoriti orang yang berada dalam medan aplikasi cari jodoh adalah dalam kalangan usia 33 hingga 34 tahun.
Pelbagai status orang yang ada tdalam aplikasi mencari jodoh antaranya termasuklah yang belum berkahwin dan pernah berkahwin.
Jadi, status seseorang memperkenalkan diri mengikut kaedah apa bergantung kepada pengalaman yang lalu. Hal ini kerana ramai dalam kalangan kita telah mempunyai masalah trust issues. Jadi, pendekatan terbaik berbeza bergantung kepada keadaan setiap orang.
Jadi, pastikan buat sesuatu seiring dengan ilmu dan takwa.
Semoga bermanfaat.
Artikel disediakan oleh penulis wk.com
Artikel asal boleh ke link FB Page The Solusi