Sumber Gambar: Page Wanita Kelantan
Soalan 1 : Apakah definisi wanita inspirasi?
- Wanita yang hidupnya atau akidahnya berpaksikan pada Allah SWT dan Rasul dan dia mesti memenuhi ciri-ciri dalam al-Quran.
- Tokoh wanita insprasi dalam al-Quran yang sangat istimewa seperti Mariam, Balqis, Hajar, Safura, Sarah, Khadijah, Aisyah dan lain-lain.
- Diabadikan dalam al-Quran untuk dijadikan ikutan manusia khususnya wanita inspirasi syurga.
- Ikon yang boleh diinspirasikan dalam hal berkata-kata ialah Sayyidatina Khadijah r.a.
- Ikon keilmuwan yang tinggi ialah Sayyidatina Aisyah r.a. yang telah meriwayatkan lebih daripada 240,000 hadis dan juga telah menjadi guru kepada para sahabat pada zaman tersebut. Manakala, Sayyidatina Balqis r.a ikon kepimpinan boleh diinspirasikan kerana mempunyai kepimpinan yang baik .
- Ciri-ciri mereka ini ialah wanita yang beragama, menjaga keturunannya, menjaga tubuh badan untuk beribadah kepada Allah SWT, menjadi perempuan yang boleh berjuang dalam perancangan, dan menjadi perempuan yang ilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi.
Soalan Kedua : Islam secara jelas mengangkat darjat dan kemulian kedudukan wanita sebagai ibu melalui Surah al-Ahqaf ayat ke 15
وَوَصَّينَا الإِنسٰنَ بِوٰلِدَيهِ إِحسٰنًا
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya”
Melihat kepada kemulian dan kedudukan wanita tersebut, huraikan ayat ini dan ia boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada wanita semua.
Sumber Gambar : Google
Baginda Rasullah saw telah mengangkat darjat kaum wanita malah meletak harapan yang sangat tinggi. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW bersabda:
أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah.”
- Wanita-wanita solehah ini adalah lebih tinggi daripada wanita-wanita inspirasi.
- Ia merupakan jantung yang sentiasa berdegup memastikan bahawa hayat atau kehidupan yang berada di sekitarnya itu bergerak. Sekiranya tidak ada perbendaharaan ini, bererti matilah kita.
- Wanita diibaratkan Main Switch dalam kehidupan sesiapa pun, sama ada dalam kehidupan suami, keluarga, dan anak-anak kita. Begitu tinggi nilainya sehingga Nabi Muhammad SAW meletakkan harapannya terhadap Ummah di tangan kaum wanita-wanita solehah.
- Seterusnya, Nabi meletakkan ciri-ciri yang perlu semua kaum wanita kuasai. Walaupun kita rasa tidak mampu atau rasa jauh berbanding Sayyidatina Khadijah, tetapi kita harus sedar mereka juga adalah manusia biasa, tetapi mereka menjadi manusia dan insan yang luar biasa kerana mereka memilih untuk mengikuti Islam dan menyahut seruan Baginda SAW dengan mereka mempersiapkan diri dan sebagainya.
- Sebagai contoh, Sayyidatina Khadijah r.a digelar sebagai wanita yang suci di atas dua sebab iaitu:
- Sebab pertama ialah beliau diriwayatkan tidak pernah berhubung dengan lelaki walaupun beliau adalah business women, walaupun ada lelaki yang ingin berurusan, beliau akan menghantar wakilnya untuk berurusan bisnes dengan lelaki itu.
- Sebab kedua adalah beliau tidak pernah berurus dagang dengan barang-barang dagangan yang haram.
- Nabi Muhammad SAW telah menyebutkan beberapa ciri-ciri utama wanita solehah, iaitu:
- Ciri pertama ialah akhlak yang mulia. Kecantikkan dan kekacakkan seseorang terletak kepada akhlaknya. Maka, kita harus membangunkan akhlak peribadi diri kita dan ahli keluarga kita kerana itu yang berkekalan dan menambat rasa ketenangan dan kedamaian yang memastikan keluarga sakinah. Ia terletak pada tangan wanita yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW sebagai perbendaharaan.
- Ciri kedua wanita yang solehah ialah wanita yang berusaha membina ketaatan dalam dirinya dengan mentaati suami dan insan-insan yang membawanya kembali kepada Allah SWT. Oleh itu, kita harus mempunyai ilmu ketaatan iaitu ilmu fardhu ain, fardhu kifayah, fiqh, dan hukum hakam supaya dapat membezakan arahan daripada suami sama ada berdasarkan nafsu semata atau arahannya kerana Allah SWT.
- Ciri ketiga wanita solehah ialah wanita mempunyai skill untuk menjadi wanita inspirasi atau wanita yang menjadi harapan kepada Rasullah SAW. Oleh itu, kita harus ada skill yang boleh diamanahkan untuk menguruskan urusan suami atau wali kita.
Terdapat tiga urusan suami iaitu urusan yang berkaitan dengan harta, anak-anak, dan kekerabatan atau silaturahim.
- Pertama, urusan yang berkenaan dengan harta. Kita harus ambil tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan ekonomi supaya kita boleh menguruskan harta dengan baik.
- Terdapat beberapa isu yang tidak boleh dicontohi yang kita boleh lihat di dalam internet iaitu berbillion jumlah harta pusaka yang tidak dituntut di Malaysia. Ini disebabkan oleh segelintir orang-orang ini yang tidak tahu untuk menuntut dan tidak ambil kisah terhadap harta-harta tersebut.
- Oleh itu, kita hendaklah bangkitkan dan perkasakan ilmu pengetahuan dalam pengurusan harta walaupun harta sedikit tetapi Allah melihat usaha kita untuk memenuhi harapan Baginda SAW.
- Kedua adalah urusan anak-anak. Keperluan sebagai ibu harus menyahut seruan baginda SAW supaya memastikan generasi baharu ini adalah generasi yang pintar, soleh, tahu tanggungjawabnya, dan mempunyai kepimpinannya yang baik. Kita mahu jadi pemimpin kepada orang-orang yang bertakwa dan kita mahu anak-anak kita menjadi anak yang terbimbing.
- Akhir sekali, urusan yang berkaitan kekerabatan. Ibu harus memperkenalkan kepada anak-anak tentang walinya, mahramnya, aurat, pergaulan, penghormatan, peranan penjagaan dan sebagainya supaya untuk mengelakkan kes-kes sumbang mahram, rogol dan penderaan seksual yang berlaku di rumah kita sendiri.
- Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa kita harus lemah lembut dalam ketegasan bukan lemah lembik dalam membangunkan kepimpinan, kekeluargaan dan sebagainya.
- Sebuah hadis yang diriwayatkan al-Tabarani, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sedekah yang paling afdhal adalah sedekah kepada kaum kerabat yang kamu paling benci. Tujuannya adalah untuk membina silaturahim dan menyambung kembali silaturahim yang telah putus. Selain itu, sedekah yang paling afdhal ialah hadiah yang mengembirakan orang.”
Soalan ketiga: Bagaimana media sosial memberi cabaran khususnya kepada wanita pada hari ini, bagaimana kita boleh menambah pendapatan dengan mengunakan media social, dan bagaimana kita boleh memanafaatkan teknologi ini supaya kita boleh menggunakannya dengan baik dan berkesan?
- Di bawah kerajaan negeri, terdapat beberapa Dasar Wanita Kelantan, 2020 yang telah diperincikan satu per satu.
- Dalam dasar wanita Kelantan terkandung tentang hak-hak seorang ibu dan wanita.
- Menjadi seorang ibu, isteri atau wanita mempunyai hak-hak masing-masing dan tanggungjawabnya.
- Terdapat 14 hak dan tanggungjawab wanita:
- Wanita dan agama – Apa-apa pun tanggungjawab kita mestilah mengikut nas. Mempertahankan agama dan Islam adalah hak dan tanggungjawab kita.
- Wanita dan kelangsungan hidup – Wanita ada hak untuk meneruskan kehidupan, mendapatkan rawatan, dan meneruskan cara kehidupan tetapi tidak boleh bertentangan dengan Islam. Kehidupan zaman sekarang serba serbi adalah menggunakan social media seperti perbankan, pembelajaran, pesan makanan, dan sebagainya.
- Wanita dan pendidikan – Tidak semestinya pandai menulis, membaca dan mengira, wanita juga mesti menguasai pelbagai Bahasa seperti Bahasa inggeris.
- Wanita dan kepimpinan – Wanita harus terlibat dengan kepimpinan, salah satunya dalam membuat keputusan bersama suami. Sebagai contoh, berbincang dengan suami untuk membeli telefon pintar kerana zaman sekarang untuk melakukan sesuatu mesti ada peranti tersebut.
- Wanita dan kesihatan – Ibu kena tahu cara untuk menjaga anak dalam keadaan norma baharu. Sebagai contoh, untuk memastikan anak dalam keaadaan selamat, ibu boleh menyediakan topeng muka yang boleh dibasuh semula selepas memakainya supaya kita boleh berjimat cermat.
- Wanita dan keluarga – Ibu mesti memastikan anak-anak membesar dengan sihat dan cukup dalam semua hal walaupun dalam norma baharu.
- Wanita dan pemilikan asset – Hal ini istimewa dalam kalangan rakyat Kelantan, walaupun isteri cari duit dan dibantu oleh suami, maka suami juga ada share dalam harta sepencarian bersama dengan isteri berbeza dengan negeri-negeri lain.
- Wanita dan pekerjaan – Ibu kena didik anak kita bagaimana untuk bekerja samaada dalam rumah atau diluar rumah dan bagaimana kerja-kerja itu mesti bertepatan dengan syariat dan halal.
- Wanita dan undang-undang – Wanita kena faham ilmu muamalat, ilmu munaqahat, undang-undang pengguna, keluarga, jenayah dan sebagainya. Oleh itu ibu-ibu kena faham undang-undang dan perlembagaan negara, dan hukum-hukum dalam Al-quran. Dalam surah An-Nur, wanita-wanita ini perlu diperkasakan.
- Wanita, komunikasi dan teknologi semasa – Kita mahu wanita-wanita Kelantan yang IT savvy yang boleh memahami dan peraih online, dan boleh buat macam-macam dengan teknologi.
- Wanita, alam sekitar, dan perubahan iklim – Wanita harus tahu bagaimana untuk menjaga alam sekitar kerana kita yang mencipta sampah. Sekiranya kita tidak dapat menjaga alam sekitar dengan baik, alam kita akan dipenuhi sampah dan kita akan terlibat dengan pelbagai bencana alam yang akan menimpa diri kita akibat daripada tangan kita sendiri.
- Wanita dan sistem jalinan social – Kita mahu wanita di Kelantan ke arah melahirkan wanita yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat melalui kerja-kerja komuniti.
- Wanita, masyarakat dan ummah – Kita hendaklah mengambil berat tentang negara-negara Islam di luar sana. Jangan membiarkan mereka kerana itu bukanlah sifat seorang wanita Islam dan sifat seorang yang cakna pada masyarakat.
- Ibu-ibu hendaklah merangka dalam diri sendiri di rumah bagaimana hendak mentadbir anak-anak dan keluarga supaya kita dapat menjalankan kerja-kerja sebagaimana dikehendaki oleh Islam seperti Sayyidatina Khadijah.
- Apapun teknologi, kita harus mempunyai ilmu untuk kita memanfaatkan teknologi tersebut.
- Ibu hendaklah memahami dan memberi sokongan kepada anak-anak supaya menjadi samada pendakwah, doktor, pakar IT atau IT programmer untuk Islam kerana cabaran di masa hadapan adalah cyber war. Cabarannya adalah ia akan menyerang melalui globalisasi dengan menggunakan media dan secara atas talian.
- Ibu-ibu hendaklah mengawasi anak-anak dalam penggunaan telefon pintar supaya teknologi hari ini tidak merosakkan akal fikiran anak-anak seperti kartun-kartun yang mungkin mengambarkan tentang-tentang terrorism.
- Ibu-ibu juga boleh memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa teknologi juga boleh menjadi senjata yang boleh menyelamatkan mereka dunia dan akhirat. Sebagai contoh, harini anak-anak bolrh membaca Al-quran dengan menggunakan telefon pintar.
Soalan 4: Bagaimana hendak mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga dari sudut perspektif Islam?
- Apabila kita hendak berjaya dalam kerjaya dan keluarga, kita kena ada ilmu dan kita kena tahu priority.
- Pertama, ilmu dalam kerjaya tidak menjadi masalah kepada kita kerana di dalam pekerjaan sudah ditetapkan KPI yang perlu dicapai. Tetapi menjadi kerisauan adalah keadaan di rumah itu kerana tidak banyak ada latihan-latihan keibubapaan, sebagai penetapan panduan-panduan untuk ibubapa dan anak-anak.
- Kedua, jika kita hendak berjaya dalam kerjaya dan keluarga, maka kita kena tahu keutamaan antara kerjaya dan keluarga. Bagi perempuan, keluarga adalah keutamaan mereka kerana kita bekerja adalah untuk membantu keluarga. Jadi keluarga lebih utama daripada kerjaya.
- Peranan ibu adalah untuk melahirkan generasi dan warga-warga yang sihat kerana baik keluarga baiklah masyarakat, seterusnya baik keluarga mestilah wanita itu sendiri yang baik, dan hendak baik wanita, mestilah kena baik pada kaum lelaki. Sejarah membuktikan bahawa para ulama terlahir hasil daripada mereka yang datang daripada ibu-ibu yang baik.
Soalan 5 : Wanita akhir zaman sering mengikut adat berpakaian berbanding syariat. Bagaimanakah sebenarnya panduan dalam Islam berhubung masalah ini?
- Untuk bab fikah ini, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki menyarankan para hadirin untuk mendapatkan dan merujuk buku yang bertajuk Buku Wanita Dambaan Syurga yang diterbitkan oleh Inspirasi Media. Buku ini telah ditulis oleh Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi. Ia merupakan bimbingan lengkap fikah wanita.
- Selain itu, terdapat juga himpunan fatwa-fatwa semasa untuk rujukan.
- Panel membuat kesimpualan bahawa agama Islam mempunyai cara berpakaiannya tersendiri dan peraturan hidup. Ia merupakan satu amalan serta ibadah jika kita berpakaian mengikut kehendak Pencipta kita.
Soalan 6 : Saya kagum dengan Dasar Wanita Kelantan kerana begitu rapi dan teliti. Walaubagaimanapun masih ada sebahagian daripada para ibu dan wanita Kelantan tidak rajin ke majlis ilmu. Dalam erti kata lain kurangnya sambutan ke majlis ilmu. Bagaimanakah cara atau cadangan supaya mereka lebih gemar ke majlis ilmu bagi memartabatkan wanita Kelantan?
- Usaha Kerajaan Kelantan memperkenalkan beberapa dasar dan pada masa yang sama juga menganjurkan banyak program-program.
- Di bawah pantauan YB Dato’ Mumtaz sahaja terdapat 937 program yang dijalankan setiap tahun.
- Terdapat 11 buku terbitan yang boleh dirujuk mengenai program-program yang dijalankan.
- Melalui pengalaman beliau, program-program santai dengan jemputan artis luar agak kurang mendapat sambutan dari rakyat Kelantan.
- Namun begitu, jika program seperti solat Hajat, Tadarus Perdana, ceramah bersama Dr. Zakir Naik mendapat sambutan yang luar biasa dari rakyat Kelantan.
- Ini dapat membuktikan bahawa rakyat Kelantan cintakan ilmu.
- Untuk mendapatkan jumlah peserta yang ramai bukanlah satu perkara yang mudah, namun kita tidak boleh menyerah kalah.
- Semua program-program yang dijalankan oleh kerajaan negeri sentiasa akan menyelitkan majlis ilmu.
- YB Dato’ Mumtaz juga menggesa para hadirin yang hadir untuk turut serta menjayakan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan.
Sedutan daripada Ucapan Yang Berhormat Dato’ Mumtaz bersama panel jemputan Ustazah Isfadiah Dasuki sempena Program Wanita Inspirasi Hari Terbuka YADIM.