Private Parts Its Not A Jokes

Berdasarkan pengalaman saya, ada segelintir masyarakat kita ini menyalahgunakan peluang yang ada. Kita sebagai ibu bapa tidak perasan mengenai hal sebegini. Mana nak perasan, rasa macam hal ini biasa sahaja. Macam tiada apa-apa.

Antara dialog yang selalu kita dengar:

” Alah, biarlah. Biasalah tu. Suka dengan budak-budak”.

“Takpe, itu bapa saudara dia.”

Saya terbaca perkongsian di Telegram dan laman Facebook Mohd Fhais salah seorang Parenting Influencer. Berikut merupakan antara perkongsian beliau

Geram bila ada yang guna “Private Part” anak untuk bergurau senda”

Masa baby dulu boleh la gomol perut anak ketawa, bila masuk umur 4 tahun ke atas masih lagi duk gomol perut anak.

Itu bukan bergurau, itu nak anak terangsang!

Anak dah besar, dah pakai seluar dalam pun masih lagi nak bertepuk tampar di bahagian punggung. Aduh, taubat la..

Ini bahagian sulit ( Private Part ) anak yang mak ayah tak boleh guna untuk bergurau atau bermain sejurus usia meningkat 4 tahun ke atas.

Gambar Hiasan : Google

1 – Tak boleh cium di mulut

2 – Tak boleh jilat telinga

3 – Tak boleh sentuh paha, punggung dan alat sulit ( baik lelaki atau perempuan )

4 – Tak boleh gosok atau usap dada tanpa pakaian

5 – Tak boleh geletek pinggang atau leher

6 – Tak boleh jilat, cium atau gosok perut

7 – Tak boleh tunjuk punggung atau alat sulit depan anak ( walaupun ada pakaian )

Imaginasi kanak-kanak ini tidak ada batasan.

Gambar Hiasan : Google

Walaupun kita elok berpakaian tapi kalau pakaian kita ketat dan boleh nampak bentuk susuk tubuh pun diorang sudah boleh fikir macam-macam tau!

Malah imaginasi kanak-kanak boleh jadi lebih teruk dari orang dewasa.

Sebab inilah Toilet Traning paling di rekemen ajar pada anak seawal 2 tahun, supaya mereka pandai urus cuci dan bersihkan alat sulit sendiri seawal mungkin.

Gambar Hiasan : Google

Tolong ingatkan pasangan dan mak ayah lain isu penting ini, mungkin masih ramai yang terlepas pandang isu ni.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais

  • Parenting Influencer

P/s : Jom Join Channel Positif Parent Circle ni, banyak tips dan trick parenting boleh belajar.

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh ikuti di link berikut
Telegram 👉 bit.ly/PositifParent

Facebook 👉 Mohd Fhais

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *