Expired

Selalunya, kita hanya tertumpu pada tarikh luput barang makan sahaja kerana kebanyakannya ada terpapar pada pembungkusan. Tapi sedarkah kita, ada juga barang-barang lain dalam rumah kita yang juga mempunyai tarikh luput yang kita perlu tahu.

Sumber : freepik.com

1. BANTAL (2 Hingga 3 Tahun)

Selalunya, bantal akan digunakan selagi mana ia masih elok dan tiada kerosakan major. Tapi sebenarnya, bantal hanya sesuai untuk diguna dalam tempoh 2 hingga 3 tahun sahaja. Ini kerana ia mudah untuk dijangkiti hama dan bakteria. Untuk itu, sesekali ia perlu dijemur dibawah cahaya matahari dan ditepuk-tepuk untuk mengambalikan kegebuannya dan membunuh sesetengah bakteria yang ada pada bantal tersebut.

Sumber : freepik.com

2. Tuala (1 Hingga 3 Tahun)

Tuala yang tidak disidai selepas penggunaan akan menggalakkan pembiakan bakteria. Disyorkan tuala dibasuh setiap minggu untuk menjamin kebersihannya. Selepas 3 tahun, ia harus diganti dengan yang baru walau kondisinya masih elok kerana dikhuatiri ia tidak lagi bebas dari bakteria selepas penggunaan yang berulang kali.

Sumber : freepik.com

3. Berus Gigi (3 Bulan)

Hanya 3 bulan?! Ya. Penggunaan berus gigi hanya untuk 3 bulan sahaja. Tidak perlu tunggu sehingga berusnya hampir rosak, baru hendak tukar. Penggunaan berus gigi yang dipenuhi bakteri boleh memberi kesan kepada bahagian dalam mulut kita. Berus gigi yang rosak akan menghakis bahagian gigi dan gusi.

Sumber : freepik.com

4. Sikat Rambut (1 Tahun)

Untuk menjamin kebersihannya, sikat perlu dicuci seminggu sekali dengan air panas. Selepas tempoh setahun, perlu diganti dengan yang baru.

sumber : freepik.com

5. Minyak wangi (1-3 tahun)

Boleh bertahan 3 tahun jika tidak didedahkan dengan persekitaran. Jika telah dibuka, ia boleh bertahan untuk tempoh 2 tahun sahaja.

Sumber : freepik.com

5. Puting Bayi (2 – 5 Minggu)

Puting bayi harus ditukar dengan kerap. Maksimum untuk 5 minggu sahaja. Seeloknya setiap hari ia direndam dalam air panas untuk membunuh bakteria dan kuman yang berada padanya. Maklumlah, kadangkala tangan bayi terlekat kotoran atau puting tersebut jatuh ditempat yang kotor dipenuhi kuman. Dikhuatiri ianya boleh memberi kesan kepada kesihatan bayi.

Sumber : freepik.com

6. Kerusi Kereta Kanak-Kanak (6 – 10 Tahun)

Kebanyakan kerusi kereta kanak-kanak ini telah dilabelkan dengan tarikh luput. Selalunya ia akan dalam tempoh 6 hingga 10 tahun. Selepas itu, ia sudah tidak digalakkan lagi untuk digunakan kerana dikhutiri benerapa bahagiannya sudah tidak boleh memberikan penggunaan maksimum kepada bayi. Contoh spannya sudah nipis dan tidak boleh memberikan kestabilan yang baik pada bayi.

Sumber : freepik.com

7. Pemadam Api Kebakaran (15 Bulan)

Pemilik haruslah cakna pada tarikh luput yang tertera pada tong pemadam tersebut. Kenal pasti keadaan tong agar semuanya dalam keadaan baik dan tidak rosak.

Sumber : freepik.com

8. Penyambung Elektrik (1- 2 Tahun)

Bahan ini dicipta dengan mempunya had kapasiti maksimum tertentu. Tidak digalakkan untuk menyambung kesemua sambungan pada alat elektrik pada satu-satu masa. Ini kerana dibimbangi akan melebihi kadar yang telah ditetapkan dan boleh menyebabkan litar pintas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *