Membaca Quran

 

  1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Setiap dari kita telah disukat rezeki masing-masing. Segala kebaikan dan kekurangan akan muncul mengikut kadar dan ketetapan masa yang telah ditetapkan oleh Allah.

 

  1. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

 

  1. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang termampu. Jangan terlalu obses.

 

  1. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.

 

  1. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan yang selalunya banyak berlegar di Internet dan laman sosial.

 

  1. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa. Memohon pada Allah agar ditunjukkan hikmah dan pengajaran yang boleh diambil dari segala yang berlaku.

 

  1. Tidak iri hati dengan reeki orang lain kerana iri hati adalah sia-sia. Harta orang bukan rezeki dan hak kita.

 

  1. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan. Maafkan diri kita yang lepas atas khilaf dan kekurangan kita yang lepas atas kesilapan yang belaku dan ambil pelajaran. Kegagalan lepas adalah pengajaran yang paling berharga.

 

  1. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang. Insan lain berpotensi untuk menjadi pembantu kita di saat kita memerlukan.

 

  1. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan. Menghargai diri sendiri.

 

  1. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri. Bila perlu, raikan diri sendiri dengan membelikan hadiah atau raikan dengan menikmati makanan lazat yang jarang didapati.

 

  1. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah. Kehidupan merupakan proses belajar sepanjang hidup.

Semoga kita semua akan sentiasa diberikan hati yang tenang dalam menempuhi hari-hari dalam hidup kita. Bisikkan pada hati “Tenanglah, ada Allah”.

 

Ustazah Fatimah Syarha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *