Ramadan

Ramadan kali ini di sambut di saat dunia sedang dilanda wabak Covid-19. Wabak ini telah meragut ribuan nyawa manusia dan ia tidak mengenal agama, bangsa dan taraf hidup. Walau Ramadan tahun ini bakal disambut berbeza, namun ia tetap datang dengan seribu hikmah dan keberkatan buat seluruh alam.

Apabila tibanya bulan Ramadan, Rasulullah SAW akan bersabda: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh barakah, Allah telah memfardhukan ke atas kamu puasanya, telah dibukakan pintu syurga, dan ditutupkan pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu.

Sumber Gambar : Fb Page Mumtaz Md Nawi Official

Antara persiapan yang boleh dilakukan untuk menyambut bulan yang mulia ini.

1.Banyakkan bertaubat.
Sebagai manusia biasa, kita tidak akan dapat lari dari melakukan dosa. Terkadang, dosa boleh menyebabkan kita malas dan lalai dalam melakukan ibadah. Oleh itu, banyakkan beristighfar dan memohon keampunan dari Allah untuk mensucikan hati dan seterusnya dapat memaksimumkan ibadah pada bulan Ramadan nanti.

Sumber: Pinterest.com

2. Memperbanyakkan ibadah sunat
Dalam bulan Ramadan nanti, ibadah sunat pun akan diganjari dengan pahala yang berlipat ganda. Mulakan dari sekarang untuk melatih diri untuk melakukannya seperti solat sunat, puasa sunat dan berzikir

3. Amal puasa Sunat
Latih diri banyakkan berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban. Oleh itu, badan kita sudah dapat dilatih lebih awal. Menjelang puasa Ramadan nanti, badan kita tidak akan terlalu letih dan penat untuk menahan lapar di siang hari.

4. Atur waktu tidur
Didik diri supaya mempunyai jadul tidur yang boleh membantu kita untuk mudah bangun bersahur dan juga tahajjud sebelumnya. Latih diri supaya dapat tidur lebih awal dan elakkan penggunaan gajet terutama di kalangan kanak-kanak.

Sumber Gambar : https://moneycompass.com.my

5. Tambahkan ilmu
Banykkan membaca berkaitan fadhilat dan kelebihan bulan Ramadan yang akan menambahkan kefahaman kita supaya teruja untuk mengumpul pahala yang sebanyaknya dalam bulan ini.

6. Banyakkan berdoa
Pohon kepada Allah agar kita akan dapat menjalani Ramadan kali ini dengan penuh rasa kehambaan walau tahun ini kita diduga dengan ujian wabak Virus Covid-19.

Sumber Gambar: FB Page Mumtaz Md Nawi Official

7. Tetapkan matlamat
Ramadan juga digelar madrasah Ramadan kerana ia merupakan tempoh latihan untuk menjadi bekal 11 bulan yang lainnya. Tanam tekad untuk menjadikan Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik.

Sumbar Gambar : https://www.askideas.com

Firman Allah SWT bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain…” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Semoga kita semua akan berkesempatan untuk menyambut Ramadan pada tahun ini dan berpeluang untuk memaksimumkan amalan ibadah kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *