Hmfm

Apa yang perlu dilakukan apabila anak-anak terkena jangkitan virus Hand Foot Mouth Disease (HFMD):

1. Segera ke klinik jika anak- anak mempunyai tanda-tanda demam dan ruam-ruam lepuh di kaki atau tangan.

2. Doktor akan memeriksa anak puan dan jika di sahkan terkena jangkitan doktor akan bagi nasihat penjagaan.

3. Doktor wajib melaporkan kes-kes HFMD kepada pejabat kesihatan untuk pemantauan dan kawalan.

4. Jangkitan virus ini tiada ubat khusus.

5. Rawatan adalah simptomatik. Jika anak demam akan diberi paracetamol. Doktor juga akan membekalkan losyen kalamin untuk melegakan kegatalan ruam lepuh. Bagi anak- anak yang ada ruam ulser di dalam mulut, doktor akan memberikan ‘oralaid’ sejenis ubat untuk mengurangkan sakit ulser. Ia memberi kesan kebas pada ulser untuk membolehkan anak-anak minum atau makan.

6. Jika terdapat tanda-tanda jangkitan bakteria, doktor akan memulakan rawatan ubatan antibiotik. Tidak semua anak- anak yang terkena jangkitan ini perlukan antibiotik. Kebanyakannya tidak perlu.

7. Utamakan kebersihan supaya tidak berjangkit pada anak-anak yang lain. Anak-anak berumur 12 tahun ke bawah terutama bayi bawah 2 tahun amat mudah terkena jangkitan. Pastikan basuh tangan dengan sabun. Jika ada ‘hand sanitiser antiseptic’ boleh lah di gunakan.

8. Basuh semua peralatan yang di gunakan oleh anak-anak yang terkena jangkitan.

9. Kuarantin anak-anak di rumah. Ibu bapa layak mengambil cuti kuarantin jika anak terkena jangkitan HFMD. Jangan sesekali menghantar anak ke rumah jagaan semasa tempoh minggu pertama terkena jangkitan.

10. Jangan bawa anak-anak ke tempat awam seperti pasaraya, pasar, masjid, surau atau rumah-rumah ibadah yang lain, kenduri atau tempat berhimpun ramai orang. Tambah lagi jika perlu berkongsi kerusi atau troli barangan.

11. Selalunya anak-anak akan sembuh dalam masa 3-7 hari. Jika berlarutan perlu di bawa ke klinik lagi sekali. Jika demam tidak berkurang atau makin tinggi perlu segera ke klinik @ hospital. HFMD boleh membawa maut jika ada komplikasi jangkitan ke paru-paru, jantung, selaput otak dan otak.

Sama- sama kita mengawal dan mencegah dari penularan HFMD. Satu tanggungjawab komuniti yang perlu kita tunaikan .

 

Di tulis oleh Dr. Wan Martina Wan Yusoff.
Berpengalaman selama 20 tahun dalam primary care dan sekarang bertugas sebagai Pegawai perubatan swasta . Beliau aktif dalam NGO kemasyarakatan.

ikuti page beliau :https://www.facebook.com/DrMartina-265784260580009/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *