Adakah pakaian wanita boleh menyebabkan jenayah rogol.
Jawapan saya: Pakaian adalah hak peribadi wanita dan hak masyarakat juga. Kenapa begitu? Pakailah apa pun tiada masalah asalkan dalam limitasi syariah. Kenapa kena ikut syariah? Antaranya untuk menjaga maruah dan keselamatan wanita. Ia juga boleh diikuti oleh bukan Islam kerana menurut Islam, menutup aurat adalah selayaknya untuk fitrah wanita.
Berpakaian tidak senonoh menjadi hak masyarakat apabila mengganggu hak orang lain dan mungkin juga boleh berlaku sexual harassment. Berpakaian tidak senonoh bukan untuk perempuan sahaja, lelaki pun perlu menutup aurat juga dan boleh terlibat dengan sexual harrasment juga.
Apakah pula kaitan pakaian dengan jenayah rogol? Penjenayah akan melakukan jenayah bila ada punca rangsangan seperti wanita tidak menutup aurat sempurna, melakukan aksi erotik atau aksi terlarang di media sosial dan ia ada kemungkinan boleh merangsang penjenayah melakukan jenayah kepada sesiapa yang dia ada peluang dan paling mudah termasuk kanak-kanak, mahram sendiri dan lain-lain.
Oleh itu benar, pakaian yang kita pakai tiada kaitan secara langsung dengan jenayah rogol tetapi indirectly trigger ke arah jenayah sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain.
Saya pernah menemuduga pakar kriminologi dan forensic IT. Memang disebutkan kalau ingin selfie tolong berhati-hati dengan angle diambil, cara, penampilan dan lain-lain kerana ia boleh dijadikan bahan untuk penjenayah buat profiling. Termasuk juga aksi kanak-kanak berpakaian terdedah dan meniru tarian erotik walaupun sebenarnya mereka tidak wajib menutup aurat seperti yang sudah akil baligh.
Yang penting tutup aurat ikut kaedah Islam.
Surah Al Nur 30-31
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ (٣٠) وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ(٣١
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (31)
Jaga mata, jaga punca shahwat, jaga pakaian.
Kalau semua jaga, Inshaallah risiko dapat diminimumkan. Bukan kita sorang kena jaga. Semua kena jaga masing-masing demi keamanan masyarakat.
YB Asmak Husin
Ahli Dewan Negara
Sumber Artikel FB Page YB Asmak Husin