Nota Jumaat Siri 3
1. Mengembalikan rasa kehambaan kepada Allah swt dengan menunaikan segala hakNya secara benar. Ini kerana ramai manusia menjadi hamba kepada nafsunya, bukan hamba kepada Allah.😇 (Surah Al-Hajj : 11)
2. Ujian menghapuskan dosa.🚿
Nabi saw bersabda, “Orang mukmin lelaki dan perempuan, akan sentiasa diuji pada dirinya, anaknya, dan hartanya hingga dia bertemu Allah swt tanpa membawa sebarang dosa.” (Hadith Sahih direkod oleh At-Tirmizhi)
3. Mendapat pahala dan diangkat darjat
Nabi saw. bersabda, ” Tidak menimpa ujian terhadap seseorang mukmin, seperti ditusuk duri, atau lebih dari itu, melainkan ditinggikan oleh Allah kerananya satu darjat atau dikurangkan oleh Allah kerananya satu kesalahan.” (Hadith direkod oleh Muslim)
4. Ujian merupakan peluang untuk memikirkan keaiban diri dan kesalahan masa lalu supaya kita bertaubat dari semua kesalahan.😩 (As-Syura: 30, Al-Nisa’: 7, As-Sajadah: 21)
5. Ujian merupakan pelajaran daripada mata pelajaran tauhid, iman dan tawakkal.😘
Ibnu Qayyim r.h. berkata, “Jika Allah s.w.t tidak ‘mengubati’ hambaNya dengan ‘ubat’ ujian 💉 dan kesusahan, nescaya mereka akan melampaui batas. Apabila Allah ingin kebaikan bagi seseorang hambaNya, maka hamba itu diberi minum ‘ubat’ ujian 💊menurut keadaannya. Justeru ‘ubat’ itu akan ‘mengubati’ ‘penyakit’ yang merosakkan lalu disucikan hingga mencapai semulia-mulia martabat dunia, iaitu kehambaan kepada Allah swt dan setinggi-tinggi pahala akhirat iaitu melihat Allah swt dan berada dekat denganNya.” (Zadul Ma’ad, jil. 4, ms 195)
6. Menzahirkan hakikat manusia, karakter dan potensi mereka yang tidak diketahui melainkan dengan ujian. 👍(Ali ‘Imran: 141, 142)
7. Ujian menghilangkan rasa ‘ujub dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. (Al-Tawbah: 25)
Allah swt menimpakan kekalahan kepada tentera Islam dalam peperangan Hunayn disebabkan ada antara mereka yang merasa takjub dengan bilangan yang ramai. Kekalahan itu menyebabkan para tentera menginsafi bahawa hakikat kekuatan dan pertolongan hanya dari Allah swt.
8. Ujian mendidik seseorang mukmin dan menyediakan mereka untuk tugas yang lebih besar.💪🏻😎
Allah memilih bagi Nabi Muhammad saw. kehidupan yang sukar sejak kecil. Baginda dilahirkan yatim, kemudian ibu pula meninggal. Ujian-ujian yang baginda hadapi adalah untuk menyediakan baginda bagi memikul suatu tugas yang besar yang tidak dapat dipikul orang yang biasa-biasa.
9. Ujian mengenalkan hakikat dunia 🌎 dan tipudayanya. 💸(Al-‘Ankabut: 64, Al-Balad:4)
10. Ujian sakit 🛌 mengingatkan diri akan nikmat sihat dan ‘afiah. Ujian mengingatkan kepada pemberi nikmat, justeru meningkatkan rasa syukur kepada Allah swt.
11. Ujian mendatangkan rasa rindu kepada syurga serta berusaha mendapatkannya.😍
Seseorang tidak akan merindui syurga melainkan dia merasai kepahitan hidup. Bagaimana seseorang akan merindui syurga jika dia seronok hidup di dunia? 🌏
12. Dalam tempoh diuji, kita berpeluang mengenali sahabat yang ikhlas dan yang ada kepentingan diri.😉
Permata Sahrawi
Radin Seri Nabahah bt Ahmad Zabidi
Pensyarah Unit Pengajian Islam
Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa, Kelantan
4 Safar 1441H/ 4 Oktober 2019