Makna Ikatan Perkahwinan

Perkahwinan bukan satu ikatan yang hanya sekadar menghalalkan antara hubungan lelaki dan perempuan. Perkahwinan adalah satu ikatan yang mempunyai tanggungjawab dan kewajipan yang besar.

Gambar Pinterest

Namun, sesetengah pasangan menjadikan perkahwinan sebagai ‘trend’ tanpa mempunyai matlamat dan perancangan yang kukuh. Mengapa ramai pasangan menganggap perkahwinan hanya sekadar menghalalkan, walhal ia merupakan tanggungjawab dan Amanah dari Allah SWT.

Bila kita tidak memahami erti perkahwinan yang sebenar, kita akan hanyut dalam bahtera yang dilayar tanpa syariat berlandaskan islam.

Tadabur Surah Ali-Imran (Ayat 33 dan 34)

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (Yang ada pada zaman mereka masing-masing). (33)

Mereka kembang biak sebagai satu keturunan (Zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (Ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (34)

Gambar Pinterest
  1. Allah SWT menunujukkan bahawa Nabi Adam a.s dipilih sebagai manusia pertama. Maksudnya, jalur keturunan manusia di dunia ini datang dari Nabi Adam a.s.
  2. Nabi Nuh a.s diantara Rasul yang pertama diutuskan untuk menyeru manusia agar manusia selamat daripada menyembah berhala. Nabi Nuh a.s juga antara Nabi yang paling lama tempoh waktunya berdakwah di atas muka bumi Allah SWT.
  3. Allah SWT menceritakan Nabi Ibrahim a.s diantara satu tokoh Rasul yang mengorbankan diri dan jiwa raga untuk menunjukkan rasa cinta beliau.
  4. Imran itu sendiri bapa kepada Siti Maryam. Menunjukkan bahawa hari ini zuriat hasil kembangnya dari Nabi Adam a.s sampailah kepada kita hari ini (Pernikahan yang dibenarkan di sisi syarak).

Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (Pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (Kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (Dalam membendung syahwat). (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Apakah perkaitan hadis ini dengan perkahwinan sebenar.

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang di dalamnya terdapat Sakinah, Mawaddah dan Warahmah dalam rumah tangga. Maka, janganlah bernikah bertujuan untuk beberapa kepentingan tertentu kerana target yang sebenar untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Ada yang kata bernikah tujuannya untuk memelihara diri dari berzina. Ya, memang betul. Sebab perkahwinan ini adalah laluan yang menghalalkan.

Ada orang kata islam ini semuanya tidak boleh. Salah statement tersebut kerana islam adalah agama yang memberi jalan ketika Allah mengharamkan. Sebagai contoh Allah mengharamkan riba tetapi menghalalkan bermuamalat. Ketika Allah mengharamkan zina, maka Allah menghalalkan perkahwinan.

Perkahwinan ini adalah pakej tanggungjawab setelah kita melafazkan ‘Aku terima nikahnya’. Maka, sebenarnya kita sedang berlafazkan tentang tanggungjawab hendak menerima segala bentuk kekurangan dan kelebihan yang ada pada pasangan kita.

Sebab itu ingat anak-anak muda sekarang, walaupun kita bercinta bertahun-tahun sekalipun, kita belum tentu mengenal pasangan kita sebaiknya. Tetapi dengan perkahwinan dan perkahwinanlah baru kita akan kenal siapa suami atau isteri kita.

Nikah itu adalah penyatuan dua jiwa bukanlah semata-mata  hanya untuk kita melempiaskan  nafsu dan sebagainya.

Peranan dan tugas sebenar suami mahupun isteri di zaman yang serba mencabar ini.

Gambar Pinterest

Orang yang cerdik pandai tidak akan mencari salah sesiapa. Tetapi, mereka akan banyak muhasabah untuk memperbaiki diri masing-masing.

Di antara kewajipan yang disebut dalam islam kepada seorang suami ada 4 perkara yang digariskan dalam kitab-kitab feqah.

1. Menyediakan tempat tinggal yang selamat. Makna selamat mengikut kadar kemampuan dengan syarat selamat untuk didiami. Antara isu yang melibatkan tempat tinggal yang tidak proper adalah apabila pasangan ini tinggal dengan mertua. Contoh bagi suami, tidak menjadi masalah. Tetapi, ia menjadi suatu ‘Mental torture’ buat sang isteri sebab tidak ada privacy, akan sentiasa dibanding-bandingkan.

2. Makan minum.

3. Pakaian yang sesuai. Dalam mazhab Syafie diantara yang disebut setahun sekurang-kurangnya dua pasang pakaian kepada isteri.

4. Haruslah menjaga dari sudut tertib keperluan menuntut ilmu zahir dan batin kepada isteri. Contohnya, tentang halal dan haram, serta Fardhu Ain. Maka, wajib ke atas seorang suami untuk mencukupkannya. Jika suami tidak pandai, maka wajib cari seseorang yang boleh mengajar isteri.

Gambaran fasa perkahwinan selepas 5 tahun pertama dan seterusnya.

Fasa perkahwinan ini tidak semua indah sebagaimana yang ditayangkan di dalam drama.  Pertama, fasa yang akan dihadapi adalah fasa untuk betul-betul mengenal hati budi, kekurangan dan kelemahan pasangan kita. The true colour pasangan kita will be reveal dan terserlah.

Kedua, fasa diuji tentang kewangan dan kestabilan rumah tangga itu sendiri. Sebab itu ibu dan ayah janganlah membebankan anak-anak ini dengan perkara yang mereka tidak mampu. Contohnya, majlis perkahwinan yang terlalu mewah sedangkan waktunya hanyalah sehari sahaja.

Ketiga, fasa ujian kesefahaman dan bertolak ansur. Perlu ada win-win situation. Jangan menyangka kita seorang sahaja yang betul. Ketahuilah bahawa sebagaimana kita boleh memulakan hubungan tolak ansur dalam rumah tangga, maka di situ jugalah Allah datangkan ujian. Tolong terima kekurangan. Kalau kita bergaduh, tolonglah tengoklah balik apa jasa pasangan kita itu.

Kesimpulannya

Ukuran kriteria rumah tangga itu adanya beberapa kriteria. Antaranya, bila mana dalam perkahwinan ada dekatnya kita pada Allah, maka itulah objektif rumah tangga. Kalau terdapatnya sebarang masalah dalam rumah tangga, maka sama-sama dirikan solat sunat taubat, mohon keampunan kepada Allah dan manusia serta betulkan kesalahan. Moga-moga Allah perbaiki kita dan pasangan kita. Insya-Allah.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Rujukan: TV AL-HIJRAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *