MAMAN

Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayur. Terdapat beberapa jenis pokok maman, diantaranya maman berbunga ungu dan maman berbunga kuning.

Maman boleh dibuat sup atau dibuat sayur. Maman dikatakan sangat pahit rasanya, dan bagi menghilang rasa pahit daunnya, proses penjerukkan boleh dilakukan. Daun maman ini diproses dijadikan sos atau bahan pencecah. Juga, daun maman boleh dilakukan sebagai acar (melalui proses penjerukkan dengan campuran garam).

Di Kelantan, Jeruk Maman biasnya enak dimakan bersama ikan singgang atau ikan rebus ditambah lada. Rasanya yang sedikit masam akan menambah selera kepada para penggemarnya.

Sumber http://unielaila.blogspot.com/

Anatara khasiat perubatan Pokok Maman ialah :

1. Daun dan biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang.

2. Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan angin. Penggunaan berlebihan, boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya, ia direbus, air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.

3. Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melicinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.

4. Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.

Sumber Picuki.com

Daun maman biasanya di makan dengan dibuat sayur tumis, sayur masak lemak (lihat foto) atau dibuat kerabu. Jika digoreng dengan bawang, bilis dan udang kita akan rasa pahit pada sayur tersebut.

Kanak-kanak memang tidak suka makan sayur maman kerana rasa pahit tersebut. Kepada mereka yang ada darah tinggi baik makan maman kerana ia sayur ubat. Petua orang tua-tua dulu kata “Yang Pahit itu Ubat” perlu dijadikan amalan.

Sumber FB Page Mystical Journey of Garden Herbs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *