Apabila masuk Ramadan ramai yang bersemangat nak tunaikan solat Taraweh. Sebelum masuk bulan Ramadan, kita dah sediakan telekung baru khas untuk Taraweh pula tu.
Tapi kena jaga-jaga dalam keseronokan kita menunaikan taraweh ada kesilapan yang sering wanita tidak sedar.
1) PAKAI TELEKUNG YANG MENAMPAKKAN LEKUK BADAN.
Kita gunakan telekung untuk mudahkan menutup aurat. Jangan kerana ingin tampil bergaya dan berfesyen kita terlalu “tabarruj” dalam memilih telekung. Akhirnya membawa kepada terdedahnya aurat tanpa kita sedar.
Rasulullah bersabda:
Dua golongan penghuni neraka yang aku tidak pernah melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cemeti seperti seekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang berjalan berlenggang-lenggok dan menggoda, kepala mereka seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
2) MENGUMPAT SELEPAS TARAWEH.
Di masjid dan surau lah tempat kita berukhwah dengan masyarakat setempat. Bila dah lama tak jumpa, macam-macam topik keluar. Kadang-kadang hingga tidak tersedar mengumpat sana-sini.
Di masjid dan surau lah tempat kita berukhwah dengan masyarakat setempat. Bila dah lama tak jumpa, macam-macam topik keluar. Kadang-kadang hingga tidak tersedar mengumpat sana-sini.
Ingatlah ancaman Allah tentang dosa mengumpat. Firman Allah:
وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujurat:12)
3) SOLAT TARAWEH TAPI TINGGAL SOLAT WAJIB.
Kerana semangat awal Ramadan ramai yang tak sabar nak solat Taraweh. Hingga setiap malam solat taraweh tetapi solat wajib sering tinggal. Macam mana tu?
Yang wajib ditinggalkan, yang sunat dijulang-julang.
Kita kena ingat solat wajib ini lah tiang agama dan sunat adalah penyerinya. Janganlah kita sia-siakan pahala dengan meninggalkan amalan wajib.
Semoga bermanfaat
Sumber : FB Page Ustazah Asmak Husin