9 Ramadan Doa

Sempena 9 Ramadhan hari ini, kita akan mengembara di dalam Juzuk 9 yang terdiri daripada Surah Al-A’raaf.

Istimewanya surah Al-A’raaf ini adalah ada banyak doa para nabi yang boleh kita amalkan.

1- Doa Nabi Adam dan Hawa selepas mereka diturunkan ke muka bumi, selepas makan buah terlarang. (Doa Memohon Ampun dan Rahmat)

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ

Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi” (Surah Al-A’raf, Ayat 23)

Gambar Hiasan : Google

2- Ucapan/doa ahli syurga sebaik sahaja sampai ke syurga (Doa Pembuka dan Pujian)

وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي هَدَىٰنَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهۡتَدِيَ لَوۡلَآ أَنۡ هَدَىٰنَا ٱللَّهُۖ

“Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya) (Surah Al-A’raf, Ayat 43)

Gambar Hiasan : Google

3- Doa Ashabul A’raaf apabila dilihatkan neraka (Doa terselamat dari neraka)

رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim”. (Surah Al-A’raf Ayat 47)

4- Doa Nabi Syuaib (Khaatibul Anbiya’ yang paling fasih berbicara dengan kaumnya dengan Bahasa Arab) (Doa agar dihukum dengan keadilan dan kebenaran)

رَبَّنَا ٱفۡتَحۡ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَ قَوۡمِنَا بِٱلۡحَقِّ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡفَٰتِحِينَ

Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim”. (Surah Al-A’raf Ayat 89)

Gambar Hiasan : Google

5- Doa ahli sihir Firaun yang bertaubat (Doa Memohon Kesabaran)

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرٗا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”. (Sura Al-A’raf Ayat 126)

6- Taubat Nabi Musa (Doa memohon taubat)

سُبۡحَٰنَكَ تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

“Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku) (Surah Al-A’raf, Ayat 143)

7- Doa Nabi Musa untuk memohon ampun untuk dirinya dan saudaranya, Harun A.s.

قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِي وَلِأَخِي وَأَدۡخِلۡنَا فِي رَحۡمَتِكَۖ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani”. (Surah Al-A’raf Ayat 151)

8- Doa Nabi Musa A.s ketika melihat kelalaian manusia (Doa memohon ampun dan rahmat Allah)

أَنتَ وَلِيُّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَاۖ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡغَٰفِرِينَ

Engkau jualah Pelindung Kami, ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun. (Surah Al-A’raf Ayat 155).

Semoga bermanfaat.

Sumber: FB Page Nik Fatma Amirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *