Kelebihan Muharram – Made With PosterMyWall (1)

1) Mendalami dan menghayati sirah peristiwa hijrah

Kegemilangan Islam yang tersebar secara meluas ke seluruh pelosok dunia hari ini kerana pengorbanan Rasulullah dan para sahabat menerusi peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah. Umat Islam mesti menghayati dan mendalami sirah berkaitan sejarah bagi mengingati pengorbanan seperti:

i) Ibu bapa mesti mendidik anak-anak & ahli keluarga memahami & mewarisi perjuangan Rasulullah SAW.

ii)Menghadiri ceramah online berkaitan hijrah.

iii) Membaca buku dan artikel mengenai hijrah.

iv) Memperbanyak selawat ke atas Rasulullah SAW.


2) Digalakkan puasa sunat asyura

Rasulullah SAW bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

Riwayat Ibn Majah (1738)

3) Berdoa kepada Allah

Meskipun tidak dinyatakan secara khusus di dalam nas Al Quran dan Hadis tentang fadhilat membaca doa awal tahun & akhir tahun,
kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut kerana berdoa adalah perkara sunat dan digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut dengan fadhilat-fadhilat tertentu.

4) Empat Bulan Haram

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.

Surah al-Taubah (36)

Sumber: FB Page Ustazah Asmak Husin

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Artikel disediakan oleh Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *