4Jan 2021 Features Photo

Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar bin Abd Aziz r.a pernah menyebut,

Wahai manusia, perbaikilah urusan akhiratmu, nescaya urusan duniamu juga akan menjadi baik.”

AlTabaqat alKubra

~~~~~~~~~~~~

SubhanaAllah, rupanya ada satu doa yang diajarkan oleh Nabi SAW :

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

Adalah Rasulullah SAW sering berdoa:

اللّٰهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan”

(Hadith riwayat Muslim, No. 2720)
Gambar Hiasan : Pinterest

Sahabat semua, jika kita mengejar Akhirat maka kita pasti mendapat Dunia dan Akhirat. Namun jika seharian kita lebih banyak mengejar Dunia, maka dikhuatiri kita akan kehilangan kedua-duanya, Dunia & Akhirat 😔.

Sahabat semua, saya sendiri selalu terhimpit dengan waktu dan kudrat yang terbatas. Namun sesibuk apa pun kita, samada menguruskan keluarga, pekerjaan, perniagaan, kerja dakwah dan amal, bercuti berjalan dan lain-lain. Cuba istiqamah dengan amalan dibawah, insyaAllah semuanya akan berjalan lancar :

Gambar Hiasan : Pinterest
  1. ALQURAN : sekurangnya 1 muka surat sehari, sebaiknya baca setiap kali lepas solat. Ia adalah cahaya di dunia, alam barzakh dan di Mahsyar.
  2. ISTIGHFAR : Samada zahir atau di dalam hati. Terlalu banyak fadhilat istighfar, punca kacau bilau hidup kerana maksiat sendiri, hati yang kotor dan sumber rezeki yang tidak barakah. Istighfarlah selalu, mudahan maksiat akan jadi pahit dan amal soleh jadi manis.
Sumber Gambar : Pinterest
  1. SELAWAT : Perbanyakkanlah, ia adalah zikir dan doa yang paling utama. Kita mohon kepada Allah semoga Nabi Muhamad SAW dirahmati, kita akan dibalas dengan 10x rahmat daripadaNya (Hadis) Nescaya, kita akan selalu mendapat pertolongan Allah SWT.
  2. ZIKIR لا اله الا الله : ini adalah zikir paling afdhal, dengan zikir ini kita akan dipelihara daripada syirik jelas dan tersembunyi. Kita akan selalu bergantung pada Allah, maka Allah sentiasa ada bersama kita. Yang paling utama, kita sangat mengharapkan mati dalam mengucap kalimah ini, kerana ia adalah satu jaminan untuk masuk Syurga Allah (Hadis).
  3. SOLAT AWAL WAKTU : Jika tak mampu untuk semua, sekurangnya beberapa solat. Jika benar kita mahu doa dan hajat kita cepat dimakbulkan Allah, maka segerakanlah menyahut panggilan Allah. Sungguh jika kita mampu untuk setiap waktu, hidup kita akan tenang luar biasa.
Gambar Hiasan : Pinterest

6. JAGA AURAT : Hasil daripada amal ibadah, solat, zikir dan lain-lain ialah ketaatan kepada Allah. Menutup aurat dengan sempurna adalah sebagai tanda ketaatan dan hidup dengan cara islam, moga mati juga dengan cara islam, bangkit semula dengan islam.

Gambar Hiasan : Pinterest

Selalulah guna ayat, “InsyaAllah ada hikmah, Allah gantikan dengan lebih baik, Allah nak beri sesuatu, Allah nak lindungi daripada sesuatu, Allah sayang kita, Allah Maha Mengetahui..”

Kemudian kena selalu sangka baik dengan manusia, jika kita banyak sangka buruk, maka keburukan yang kita akan dapat, elakkan rasa bukan-bukan, rasa orang tu tak suka kita, orang ni jahil, orang tu sombong, orang ni kedekut, orang tu riya’, orang ni begitu begini.

Jangan bersangka-sangka, kerana kebanyakan sangkaan itu dusta. Banyakkan doa, doa boleh mengubah diri kita dan manusia lain.

8. Sedekah : Nabi SAW ada bersabda, “Siapa yang berinfak kepada Allah (sedekah), maka Allah akan berinfak kepadanya”. Sedekah adalah satu talian rezeki kita yang takkan putus, menambahkan keberkatan, dan ia adalah satu perisai api neraka dan penggugur dosa (Hadis).

Gambar Hiasan : Pinterest

Jika setiap hari kita istiqamah dengan amalan di atas, InsyaAllah banyak perubahan besar dan kecil berlaku dalam hidup. Namun, cabaran utama adalah berjuang untuk istiqamah, ia perkara yang paling sukar, kita berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syaitan.

Marilah kita ubah rutin harian yang mendatang supaya lebih bahagia dan berjaya Dunia dan Akhirat 🤲✊

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh didapati di fb Ustazah Asma’ Harun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *