Jaga Jaga Konten Di Sosmed

Apa hukum kita membuat video di dalam aplikasi seperti Tik Tok dan Instagram?

Dalam kaedah fiqh, semua benda di atas muka bumi adalah harus sehingga ada dalil mengatakan ini haram. Maknanya, kita perlu mengambil peluang ruangan kemudahan ini untuk menyampaikan sesuatu yang terbaik.

Tanya diri mahu gunakan sosial media itu untuk apa. Adakah memberikan manfaat atau sebaliknya. Incase, walaupun ustaz atau ustazah yang menggunakannya untuk menyebarkan sesuatu tidak bermanfaat, maka wajib berhenti dan tidak digalakkan mereka untuk bersiaran langsung.

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu apabila menggunakan sosial media sampai berjam-jam menurut ulamak khususnya al-Imam Nawawi memandang perbuatan tersebut dengan hukumnya makruh. Sebagai contoh maraton menonton drama Korea, tengok Instagram sampai berjam-jam dan banyak lagi.

Jadi, hadkan diri dengan masa yang ditetapkan. Siapa yang berhibur terlampau lama dalam perkara yang melalaikan, hukumnya adalah makruh.

Apa batas-batas Content yang perlu diketahui oleh pemilik laman sosial sebelum post?

Pertama sekali, kita kena balik kepada garis panduan daripada Nabi Muhammad SAW. Antaranya dari hadis-hadis Ibnu Majah dan At-Tarmizi ada menyebut, ‘Makna kepada bagi segala urusan mestilah berbalik kepada Islam. Islam is a perfect. Nabi Muhammad itu orang yang sempurna dan telah dipilih oleh Allah SWT.

Apa yang kita hendak buat hari ini, baliklah kepada batasan yang sebenar. Ubi kayu pun kalau tanam dengan adanya batas lagilah cantik ubinya. Kalau melebihi daripada batas, maka natijahnya nampak baik tetapi tidak memberi kebaikan kepada pemakannya.

Mungkin content dari segi video, masalah yang ada adalah isu kesesuaian pakaian kita. Orang Islam mestilah berpakaian mengikut syariat Islam. So, why hendak ikut cara bukan Islam?

Keduanya adalah perihal akhlak dan tingkahlaku. Adakah senonoh tergedik-gedik di dalam video? Kemudian, content jenis maki hamun tegur seseorang yang sangat banyak telah dimuat naik dan makin menjadi trend orang kita.

Sebaliknya amal setiap hamba walaupun sekecil zarah pasti dinilai oleh Allah SWT.

Sekiranya audience sudah tahu content video yang dimuat naik memang melampaui batas, bagaimana kita sebagai netizen mahu menegur dengan cara yang paling baik?

Banyakkan majlis ilmu atau perkongsian di kaca televisyen untuk memberi kesedaran kepada mereka. Diharap ada dalam kalangan penonton mendapat manfaatnya.

Maka, diharap kita juga tidak menjadi sebahagian yang tolong share video posting tersebut. Kita kena faham maksud yang tersirat kerana ada yang sengaja membuat content toksik semata-mata mahu mencari keuntungan dan viewer yang tinggi.

Tips content netizen untuk dipraktikkan dekat smartphones masing-masing.

  1. Jadikan screen time dengan smartphones masing-masing sebagai rujukan utama untuk kita disiplinkan diri khususnya dalam bab media sosial.
  2. Sekiranya cemburu dengan posting orang lain, awak perlu merawat hati dan belajar cara untuk mengelak daripada rasa itu terus bertapak di dalam hati serta fikiran sendiri.

Pendakwah dan penceramah dekat luar sana mungkin tahu ada influencer atau netizen yang ada membuat salah. Jadi pendakwah ini mahu menegur dan menasihat dengan membuat video balas ataupun mengkritik perbuatan tersebut sampailah orang tersebut terasa hati. Perlukah dia meminta maaf atau berdiam diri sahaja?

Kita tidak dapat nafikan kalau hendak tunggu orang suka, alamatnya tidak berdakwah lah orang kita. Sebab benda dakwah ini hendaklah disampaikan walaupun hanya sepotong ayat.

Analoginya, ada wanita yang tidak menutup aurat menegur orang yang makan guna tangan kiri. Sudah pasti, akan dapat respon balas, ‘Eleh, dia pon tutup aurat pun tidak.’

Tetapi, wahai semua. Janganlah apabila ditegur oleh orang yang baik, kita masih lagi cuba mencari salah orang yang menegur kesalahan kita tersebut.

Satu lagi dalam bahasa mudah, kita kena lihat juga kepada situasi orang yang hendak ditegur. Sebagai contoh ada seorang ustaz yang terbaca ayat quran yang tidak betul, janganlah kita pergi tegur depan pentas. Hal ini kerana, telah menyebabkan maruah orang tersebut jatuh.

Situasi Mad’u ataupun orang yang hendak ditegur perlu banyak dititik-beratkan.

Kesimpulan

  1. Kenalpasti bahan posting yang akan dimuat naik ke laman sosial mengandungi kebaikan atau sebaliknya.
  2. Perlu melihat situasi sebelum menegur orang yang telah memuat naik sesuatu yang tidak sepatutnya.
  3. Jangan terlalu asyik menggunakan laman sosial sehingga diri menjadi lagha dan mengabaikan suruhan dan larangan Allah SWT.
  4. Penyakit Ain itu nyata. Hati-hati dalam membuat posting di laman sosial.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Rujukan: TV AL_HIJRAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *