Copy Of Try (3)

Baru-baru ini, telah timbul satu perdebatan yang hangat diperkatakan sehingga tercetus pemikiran liberalisma seolah-olah dirasuk dengan pemikiran sesat. Sebagai umat islam terutamanya wanita, kita wajiblah memahami dan mengikuti tuntutan syarak berkaitan batas hukum dan adab semasa dalam tempoh iddah supaya selari dengan tuntutan islam.

          Apa yang dimaksudkan dengan iddah? Iddah adalah tempoh waktu tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami. Namun, berkaitan dengan isu hangat, jelaslah bahawasanya ramai yang masih tidak memahami mengapa perlunya seseorang wanita Islam mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika berada dalam tempoh `iddah. Demikian disertakan hikmah-hikmah iddah dalam islam;

  1. Bagi kes perceraian seperti `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada pasangan suami isteri untuk mempertimbangkan tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan. Ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya.
  2. Bagi menjaga nasab anak dimana tempoh iddah membantu dalam memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu.  Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.
  3. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.  Tempoh berkabung juga dikatakan tempoh “healing” untuk kaum wanita bagi meneruskan kehidupan.

Oleh itu, seperti yang dinasihat oleh asatizah terkenal, Ustazah Asmak Husin menerusi laman facebooknya;

Nasihat saya kepada semua, untuk nyatakan pendapat kita dalam sesuatu perkara perlu berlandaskan ilmu. Tidak hanya mengikuti perasaan dan emosi semata-mata. Syariat ini kan daripada Allah, jika statement sebegini di normalisasi kan, risau akidah kita boleh terpesong.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *