Copy Of Try

Baru-baru ini, timbul satu isu yang menjadi topik hangat diperkatakan sehingga dijadikan perdebatan antara warganet. Isu Childfree atau dengan kata nama lainnya, bebas tanpa anak pada mulanya merupakan satu gerakan yang muncul pada akhir abad-20. Namun isu ini kembali bangkit diperdebatkan sehingga ada asatizah yang akhirnya bersuara. Childfree ialah satu keputusan yang dipersetujui oleh pasangan yang sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai keinginan untuk mempunyai zuriat.

                Menurut perkongsian daripada pasangan yang membuat satu hantaran video melalui aplikasi TikTok, mereka menyatakan bahawasanya anak ini membebankan kerana dengan adanya anak, komitmen secara automatisnya akan bertambah. Faktor ekonomi juga dijadikan satu asbab mereka memilih untuk tidak memiliki anak.

                Bertentangan dengan warganet yang tidak menyokong, mereka berpendapat dengan berlandaskan ajaran islam bahawa anak merupakan satu rezeki daripada Allah SWT dan seruan kepada orang islam untuk menjaga nasab kita.

                Para ulama mempunyai berbeza pandangan tentang hukum “childfree”. Antara pandangan yang diutarakan adalah:

  1. Tidak dibenarkan / tidak digalakkan

                Tidak dibenarkan kepada yang takut kepada kemiskinan kerana ia dianggap menyerupai zaman jahiliyyah yang membunuh anak-anak lantaran takut akan kemiskinan.  Firman Allah SWT dalam surah al-an’am ayat 151 maksudnya:

Maksudnya: Katakanlah (Muhammad), “Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. Jangan mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baik kepada ibu bapak, janganlah membunuh anak-anakmu karana miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terlihat ataupun yang tersembunyi, janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti.

[Surah al-an’am ayat 151]

2. Dibenarkan dengan bersyarat

                Pasangan suami isteri yang mempunyai perancangan keluarga yakni Tanzim al-nasal dimana mereka merancang untuk tidak memiliki zuriat pada tempoh masa tertentu dengan menggunakan kaedah seperti pil perancangan. Namun perlu diketahui akan syaratnya iaitu yakin(iktikad) ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak dan semestinya dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

                Namun hukumnya akan jatuh makruh jika tiada sebarang keuzuran samada dari segi kesihatan, kewangan, ekonomi dan sebagainya. Dijelaskan oleh syeikh al-bujairimi dalam catatannya(hasyiah)yang maksudnya:

Maksudnya: “Adapun sesuatu yang melambatkan kehamilan dalam suatu tempoh dan tidak memutuskannya (kehamilan) secara asalnya, maka tidak haram sepertimana yang zahir. Bahkan jika atas sebab keuzuran seperti pendidikan anak hukumnya tidak makruh.. Namun jika tiada keuzuran maka hukumnya makruh.”

3. Menamatkan kemampuan (tahdid nasak)

                Tahdid nasak ialah satu perbuatan menamatkan kemampuan untuk mengandung secara kekal dengan melibatkan campur tangan perubatan seperti pemandulan dan melakukan pengguguran. Maka hukum bagi perbutan tersebut haram kerana telah mengubah ciptaan Allah SWT. Namun ia hanya dibenarkan jika terdapat kes -kes darurat yang menyebabkan pemandulan dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu mengikut hukum syarak.

                Mengubah ciptaan Allah SWT merupakan satu perkara yang sangat bertentangan dengan ajaran islam yang akhirnya menyebabkan Allah murka kerana ia dianggap satu pembunuhan. Malah, ianya bercanggah dengan Maqasid Syariah perkahwinan. Ketahuilah wahai umat islam, ianya merupakan sunnah Rasullah SAW kerana kita menyambung nasab keturunan. Berdasarkan hadis daripada Ma’qil bin Yasar, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya“Nikahilah wanita penyayang yang subur banyak keturunan karena aku bangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat kelak.”

                                                                                                                                [Riwayat Abu Daud]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *