Batik

Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Brunei, Singapura, dan Malaysia. Di Malaysia negeri yang terkenal dan popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu

Kunjungan ke negeri Kelantan tidak akan lengkap jika seseorang tidak mengunjungi Bazaar Buloh Kubu yang mempamerkan produk batik rekaan rakyat Kelantan. Bazaar Buloh Kubu merupakan bazar yang terkenal sebagai pusat jualan batik dengan kepelbagaian corak dan berkualiti tinggi serta penjualan songket dan barangan kraftangan dengan harga yang berpatutan. Bazar ini terletak bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah dan Istana Balai Besar. Konsep bazar ini ialah pasar terbuka di mana pengunjung dapat membeli barangan dengan harga yang berpatutan.

Pengusaha mengeluarkan pelbagai jenis produk kraftangan berasaskan batik seperti baju wanita, baju kemeja lelaki, tali leher, beg tangan dan kain sarung.

Seni batik telah dicipta dan digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni yang indah dan menarik. Penciptaan kraftangan dan keaslian seni batik ini memerlukan kepakaran dan kecekapan dalam penggunaan bahan dan peralatan. Bagi  menghasilkan kraftangan batik yang menarik, kemahiran pelukis batik dalam penggunaaan bahan asas yang digunakan semasa proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta.

Proses penciptaan seni kraftangan batik ini juga  memerlukan daya estetika dan pengamatan kreativiti yang tinggi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik. Batik adalah salah satu seni warisan yang perlu dikekalkan dan diwarisi pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *