Anak Anak Adalah Tabung Perhatian Dan Kasih Sayang (1)

Allah hadirkan anak kepada kita sebagai anugerah yang tidak ternilai.
Anak sama seperti kita, mereka adalah versi kita dan suami/isteri.
Curahan kasih sayang kepada anak-anak perlulah bersifat menyeluruh.

Gambar Hiasan : Google

Keperluan Jasad selalunya kita akan penuhi untuk anak-anak, iaitu memberi makan dan sebagainya. Tetapi keperluan penting juga adalah keperluan ruh dan akal anak-anak untuk kita isi. Kita juga perlu berikan pengisian akal, makanan rohani kepada anak-anak secara seimbang.

Nak hidupkan roh, mesti perlu hidupkan akal. Anak-anak adalah TABUNG. Jadi apabila tabung, ia harus diisi. Diisi dengan keperluan akal dan ruh yang terbaik.

Bagaimana mahu mengisinya?

1- Anak-anak akan respon/meniru terhadap tindakan ibu ayah
Jadi isilah tabung anak-anak dengan menunjukkan akhlak yang terbaik di hadapan anak-anak supaya mereka boleh meniru perbuatan yang baik.
Kita adalah juru iklan.
Jika mahukan anak-anak rajin solat, kita tidak perlu menjerit, “Pergi solat sekarang!!!”. Tetapi kita solat sahaja dahulu.
Jika mahukan anak-anak menjadi pemaaf, apabila teruji dengan perasaan marah, kita diam dan jangan marah tidak tentu arah.
Kita adalah teladan untuk anak-anak.


2- Anak haus nasihat-nasihat untuk menyuburkan keimanan
Jadi, isilah tabung anak-anak dengan nasihat yang baik.
Beri nasihat yang akan meresap ke dalam Qalb. Seperti mana Luqman memberikan nasihat untuk anaknya.
Yang menarik daripada pesan Luqman adalah dia masukkan unsur larangan yang disertai ancaman yang menakutkan sewaktu menasihati anaknya.

Gambar Hiasan : Google

Jangan sekutukan Allah (Larangan) لا تشرك بالله

Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar (Ancaman) إن الشرك لظلم عظيم

Berilah nasihat yang berkesan pada hati anak-anak.

3- Pilihkan agama terbaik untuk anak-anak.

Gambar Hiasan : Google

Isi tabung anak-anak untuk menjadi seorang yang beriltizam dan beristiqamah dengan agama islam. Pilihkan anak-anak pakaian ketaqwaan berupa agama, dari kecil budayakan anak-anak untuk menjadi agamawan.

4- Isi tabung anak-anak dengan membiasakan hiwar (dialog), untuk puaskan pendengaran hatinya.

Seperti mana Nabi Ibrahim yang mengajak anaknya berdialog dalam perkara terkait dengan wahyu.Jadi isilah tabung anak-anak dengan 4 perkara ini, insyaAllah karakter anak-anak akan terbina dan potensi akal sentiasa terisi.Elakkan daripada penjara akhirat iaitu neraka dan kematian abadi iaitu kufur.

(Ringkasan daripada Slot Tadabbur Bersama Murabbi Dr Sholihah Kaswari anjuran Tadabbur Centre)

Sumber: Nik Fatma Amirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *