Template Web (3)

Saya takuuuutttt…

Hujung tahun ini suami ajak buat pemeriksaan kesihatan penuh. Tidak ada sakit, cuma mahu ada rekod kesihatan terkini dan mahu lebih serius jaga kesihatan.

Tapi yang menyeramkan saya sebagai seorang perempuan apabila perlu lakukan pemeriksaan kesihatan penuh ini ialah Ujian Pap Smear.

Sumber Gambar: Fb Pn. Mary Anni

Seram bukan kerana ujian itu. Tapi rasa malu kerana posisi dan kedudukan pakaian semasa ujian itu. Jika mahu faham maksud saya, boleh lihat lukisan berikut.

Walaupun saya pernah melahirkan dua anak, rasa malu itu sangat menebal.

Saya mula mencari informasi pakaian yang boleh dipakai ketika pemeriksaan begini, saya berjumpa dengan seluar Mamapride!

Mamapride merupakan seluar bersalin yang dipakai semasa melahirkan anak dan sudah dijual dalam pasaran sejak 2014!

Seluar ini bertujuan bagi menutup paha, betis dan lutut tanpa mengganggu proses kelahiran dan sebarang prosedur yang berkaitan.

Anggota-anggota ini tidak perlu didedahkan semasa proses kelahiran secara normal.

Yang bagusnya, seluar ini juga boleh digunakan semasa:

Ujian Pap Smear

Pemeriksaan vagina

Pemeriksaan rectal

Pemeriksaan urologi

Pemeriksaan prostat

Rawatan buasir

Pemeriksaan kolon

Pesakit yang terlantar tidak boleh bangun (kerana seluar ini memudahkan buang air besar dan air kecil)

Sememangnya, selagi tiada kaedah atau cara terbaik bagi menjaga aurat pesakit bagi memeriksa kawasan aurat ini. Maka Islam menganggapnya sebagai suatu darurat yang dibenarkan.

Namun, usaha bagi menghasilkan kaedah pemeriksaan yang lebih murni dan sesuai dengan suruhan Islam bagi menjaga aurat perlu dilakukan.

Inilah fardhu kifayah kepada kita sebagai umat Islam!

Saya percaya setiap rumah patut ada satu seluar Mamapride ini. Saya percaya setiap suami patut belikan satu seluar Mamapride untuk isteri.

Bukan hanya untuk tujuan bersalin, tetapi juga untuk tujuan pemeriksaan yang lain dan boleh dipakai ketika sakit terlantar.

Artikel asal
Kredit to: Puan Mary Anni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *