Tips Planning Untuk Mendirikan Rumah Tangga – Made With PosterMyWall

Siri bercinta hingga ke syurga pada kali ini saya akan kongsikan tentang tips perancangan kepada anak muda yang dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Walaupun ada yang merancang untuk tempoh 2 atau 3 tahun lagi, namun panduan ini ini juga sesuai untuk mereka.

WAJIB punya perancangan. Mula planning awal untuk jaminan rumah tangga yang lebih stabil.

  1. Mesti ada jangkaan tarikh risik, tunang dan berkahwin supaya dapat susun timeline persediaan kewangan.
  2. Penentuan tempat tinggal di mana, adakah dekat dengan tempat kerja atau di negeri ibu bapa.
  3. Wajib melengkapi diri dengan asas rumah tangga seperti pengurusan emosi, pengurusan rutin harian keluarga, kemahiran mengemas, memasak dan sebagainya.
  4. Pembinaan kerjaya suami isteri selepas berkahwin. Memerlukan perbincangan dan toleransi agar saling support antara satu sama lain.
  5. Merancang perkembangan keluarga dan anak-anak, seperti mengambil kira kesihatan, persediaan dan kemampuan memilik anak berapa orang.
  6. Berusaha bergaul dan libatkan diri dengan masyarakat. Bagi lelaki mesti mula biasakan diri ke masjid.
  7. Ubah minda dan persekitaran sekeliling. Jika circle kaki gamers dan suka keluar lepak malam, cuba ubah kepada circle yang lebih positif kerana selepas berkahwin gaya hidup akan berubah.
  8.  Mempunyai keluarga contoh untuk dijadikan panduan dan teladan dalam membina keluarga bahagia. Antaranya dengan selalu mengikuti nasihat dan panduan yang diamalkan oleh keluarga.
  9. Wajib mempunyai perancangan kewangan seperti perbelanjaan majlis kahwin, rumah pertama dan kereta. Disyorkan semasa bujang sudah mempunyai pelaburan dan simpanan.
  10. Sebelum berkahwin mesti banyak membaca, bertalaqqi dan menghadiri seminar berkaitan topik rumah tangga.

Sumber: FB Page Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *