Tips Wanita Mengurus Anak Belajar Online

Hai anak penyejuk mata, penawar hati dan luka lara

Sebagai ibu bapa, bagaimana kita hendak mengurus anak kita belajar atas talian termasuklah dalam menguruskan masa?

Zaman kita dulu, semua belajar secara bersemuka. Tetapi, pada tahun 2020 sehingga kini, kita telah belajar dalam talian memandangkan seluruh negara dikejutkan dengan wabak Pandemik Covid-19. Waktu ini, kaedah pembelajaran sebegini pada kita, baru dan agak tidak familiar. Kita sendiri pun pening kadang-kadang.

Isunya sekarang bagaimana kita hendak mengurus anak-anak sepanjang mereka belajar atas talian. Bagi Puan Mazidah Muhammad, beliau berkongsi pengalaman beliau sebelum PKP adalah dengan menghadkan penggunaan gajet dalam kalangan anak-anaknya yang masih bersekolah rendah. Anak-anak tidak didedahkan dengan media sosial seperti akaun Whatsapp, Facebook, Twitter dan sebagainya kerana mereka ini masih muda dan masih belum dapat membezakan mana baik dan mana buruk.

Namun begitu, sedikit terkejut apabila ujian wabak Pandemik Covid-19 menyebabkan segala-galanya telah berubah. Semua benda sekarang ini adalah atas talian termasuklah kelas, mesyuarat dan sebagainya. Dari anak darjah satu sehingga lah ke peringkat yang lebih tinggi sekarang ini sudah perlu kepada akaun Whatsapp dan lain-lain aplikasi media sosial. Jadi nak tak nak, menjadi satu keperluan juga kepada ibu bapa untuk belajar dan membiasakan diri dengan gajet.

Antara isu lain, ada ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah dan dalam masa yang sama serentak pula sesi kelas mereka menyebabkan ibu bapa perlu melakukan sesuatu bagi memastikan semua anak mereka ini dapat belajar secara atas talian dalam keadaan suasana yang kondusif.

Tapi, dalam masa yang sama, meskipun mereka boleh berbuat demikian, kawalan tetap perlu diberikan kepada anak-anak untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Kes ini memberikan sedikit tekanan kepada ramai pihak terutama pada musim PKP yang mula-mula pada tahun 2020. Musim PKP kali ke-2 ini sedikit sebanyak buat kita lebih bersedia berbanding sebelum ini dan cuba menyesuaikan diri dalam kadar yang singkat.

Antara pesanan dan tips yang dikongsi oleh Puan Mazidah agar proses pembelajaran atas talian berjalan lancar:

  1. Anak-anak Kena jaga adab dengan guru. Kena tekankan kepada anak-anak dalam menjaga adab walaupun belajar tidak secara bersemuka atau, ‘Face to face’ dengan tenaga pengajar atau guru. Adab mendahului ilmu. Beradab dengan guru Insya-Allah di situ ada keberkatan.  Pastikan anak-anak kita jaga adab dengan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk tidak melakukan aktiviti lain seperti berborak, makan dan minum, dan sebagainya semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung. Jadi, Ibu bapa kena peka akan hal ini. Walaupun cikgu tidak nampak, penjaga lah yang nampak. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak betul-betul bersedia dengan menyelesaikan beberapa perkara berikut seperti anak-anak bangun dan mandi awal pagi, memakai pakaian yang kemas, serta bersarapan siap-siap.
  2. Masuk kelas awal. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memastikan anak-anak mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
  3. Persekitaran dan peralatan yang kondusif. Jika tidak mampu menyediakan tempat yang sesuai, usahakan sesuatu seperti keadaan tidak bising dan sebagainya.
Sumber Gambar : Pinterest

Maksudnya penjaga ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali yang ada pada waktu itu memandangkan ada ibu bapa yang salah seorang bekerja dan ada yang kedua-duanya bekerja. Cadangan bagi memantau mereka adalah dengan membuat rakaman misalnya. Bergantung kepada kesesuaian juga.

Bagaimana ibu bapa hendak urus anak-anak jika tidak tahu cara menggunakan gajet.

Caranya, anak-anak dibenarkan kendiri di dalam bilik sepanjang sesi pembelajaran atas talian. Ibu bapa kena buat pemerhatian dan pemantauan. Pastikan anak-anak hanya gunakan gajet itu setelah meminta izin terlebih dahulu. Perlu ditekankan, hanya digunakan ketika waktu belajar sahaja. Tidak dibenarkan guna untuk perkara lain kerana telefon pintar itu adalah milik kita.

Hal ini penting kerana kebanyakan anak-anak kita ini tidak mukallaf lagi. Jadi, mereka masih tidak sesuai untuk terokainya buat masa ini. Apa yang penting, ibu bapa lebih tahu yang mana baik dan yang mana buruk.

Cara urus pendidikan anak-anak dalam suasana PKP selain pembelajaran atas talian?

Sekarang ini, pendidikan anak-anak ini bukan hanya tertumpu pada pembelajaran atas talian sahaja.  Memang pendidikan atas talian itu adalah sebahagian daripada aktiviti pendidikan, tetapi, rumah kita adalah institusi pendidikan yang pertama anak-anak kita. Musim Pandemik ini anak-anak senang dipantau sebab mereka tidak boleh ke mana-mana.

Contoh mudah bagaimana kita nak jadikan sesuatu aktiviti biasa menjadi sebahagian daripada aktiviti pendidikan adalah bila anak-anak buat suatu kesalahan dan perrkara ini buat kita marah. Kita bantu mereka dengan fahamkan mereka mengapa kita marah dengan cara yang berhikmah. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Bagaimana hendak bagi anak-anak untuk lebih bersemangat dan motivasi bersekolah meskipun kelas di atas talian?

Pertama sekali, ibu bapa kena semangat terlebih dahulu. Jangan, stress-stress. Alert dengan jadual pembelajaran anak-anak. Cipta suasana yang sesuai dengan pembelajaran ala-ala sekolah. Cuba adaptasi dengan suasana sekolah yang sebenar seperti waktu rehat, sarapan pagi, waktu siapkan kerja sekolah dan sebagainya.

Kita faham, kadang-kadang tidak semua ibu bapa mahir IT seperti macam mana nak set up or buka link, buka atau tutup video dan audio. Insya Allah, kita sama-sama belajar mengunakan gajet ini.

Sebagai ringkasan:

  1. Alert dengan Whatsapp Group anak-anak. Ibu bapa kena tahu.
  2. Tampal jadual PDPR di mana-mana ruang khas dan belajar.
  3. Pastikan keperluan dan kelengkapan anak cukup. Seperti alat tulis, gajet yang bersesuaian, serta capaian line internet.

Tips untuk ibu bapa agar tampil bersemangat

Sumber Gambar : Pinterest

  1. Betulkan niat. Niat kita nak jadikan anak-anak kita sebagai khalifah yang baik, tidak ketinggalan, serta sentiasa berilmu.
  2. Kita kena pandai uruskan perasaan kita. Ya, memang tidak dinafikan agak stress. Kita nak marah, okay faham sebab kita manusia biasa. Marah adalah fitrah kita. Jadi, jom uruskannya dengan kaedah yang sesuai dengan syarak.
  3. Urus jadual kita juga. Setting dalam minda kita. Perubahan secara drastik jadual kita perlu diubah suai.
  4. Kongsi masalah kita dengan pasangan. Jangan simpan sorang-sorang.
  5. Kena ada, ‘Me time’. Waktu awal pagi.
  6. Kena bagi, Reward’ dekat diri kita. Contoh, proses kelas anak-anak kita berjalan lancar. Beli Pizza ke misalnya.
  7. Jangan kita sibuk menentukan natijah. Kita perlu buat adalah usaha buat yang terbaik.
Sumber Gambar : Pinterest

Memang ada rasa nak marah, tapi kena pandai menguruskan marah dengan baik. Tips-tips ini bukan sekadar kepada ibu bapa, bahkan buat yang bakal menjadi ibu bapa. Semoga input-input yang diberikan dapat sama-sama peroleh manfaat demi untukdijadikan panduan bersama.

Sebagai kesimpulan, sentiasalah baca doa supaya pandemik Covid-19 diangkat dengan segera agar segala-galanya kembali seperti biasa. Insya-Allah, semua ini akan menjadi sebahagian daripada memori yang tidak akan dapat kita lupakan.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Ikuti rakaman asal Program, ‘Apa Khabar Adik Kakok’ sebagai rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *