Lazuli Real Estate

Dr Rohimah binti Mohamud telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chiku 03 Gua Musang dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Kolej Mara Banting, Selangor dan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains di Universiti Malaya. Beliau meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Sains di Universiti Sains Malaysia, Kelantan sebelum menyambung pengajian di peringkat tertinggi PhD di Monash University.

Dr Rohimah binti Mohamud telah bertemu jodoh dengan Mohd Shamsul Hisham bin Mat Hassan Latfi. Hasil perkahwinan beliau dengan suami, mereka telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu, Fatin Shakirah, Fatin Shahirah dan Alissa Shafiyyah yang masih lagi bersekolah Sekolah Menengah Islam Aman Binjai, manakala Hana Mawadah merupakan pelajar di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Madinatul Ilmi, Kubang Kerian. Iffah Karimah yang berusia 4 tahun dan sedang belajar di PASTI Jejulok, Yusuf yang berusia 2 tahun dan juga Zahra Solehah yang berusia 8 bulan.

Berikut antara kejayaan yang berjaya dilakar oleh beliau:-

  • Anugerah akademik terbaik Sekolah Aminuddin Baki
  • Anugerah Johan bola jaring bagi seluruh sekolah di Kuala Lumpur (MSSKL)
  • Anugerah dari Felda-SPM terbaik seluruh Felda Wilayah Gua Musang
  • Anugerah National Science Foundation
  • Mendapat liputan dari Sinar Harian dalam ruangan ‘Pencapaian Wanita’
  • Pelbagai anugerah dari luar negara sepanjang tempoh pengajian PhD di Australia
  • National Science Fellowship MOSTI Malaysia
  • Travel Award, ASI 2009, Monash University
  • Travel Award, International Congress of Immunology, Osaka Jepun
  • Top up Scholarship, Top up Scholarship, Australia
  • Travel Award, ICI2010, International Congress of Immunology
  • IgV Roadshow Bursary, ASI 2012 Melbourne, ASI 2012, Melbourne 2012
  • Bursary and Travel Award, 4th International Nano Medicine Conference, Sydney
  • Young Investigator Awards, Immunology Symposium 50 Years: Past and Future, Immunology Symposium, Monash University
  • Fellowship 2 weeks Scientific Attachment at University of Lorraine, France sponsored by Scientific and Cultural Department, French Embassy in Malaysia
  • Menjadi cover girl untuk buku program Monash University. Pengiktirafan terbesar kepada pelajar Muslim dari Malaysia
  • Anugerah ke University of Lorraine dari kerajaan Perancis
  • Anugerah sebagai Young Scientist Network-Academy of Sciences Malaysia (2018-2021)

Beliau merupakan seorang pensyarah muda yang berwawasan tinggi dalam memartabatkan dunia pendidikan dan juga kemasyarakatan. Beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah pada Julai 2014 setelah berjaya menghabiskan 5 tahun setengah pengajian PhD di Australia. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan 13 jurnal yang berimpak tinggi dan mendapat hampir 150 rujukan daripada jurnal baru.

Beliau juga turut menyelia 2 orang pelajar MSc, seorang pelajar PhD dan 2 orang pembantu penyelidik dan beberapa pelajar lain di bawah 13 geran penyelidikan. Beliau telah membentangkan hampir 40 kertas kerja persidangan di dalam dan luar negara. Walaupun masih baru dalam dunia kerjaya, tetapi beliau telah diberi tanggungjawab besar oleh pengurusan PSSP sebagai setiausaha persidangan peringkat antarabangsa. Pelajar di bawah seliaan beliau berjaya mendapat anugerah biasiswa untuk program berkembar dengan University of Lorraine, Perancis.

Sebagai seorang pensyarah muda, beliau juga berjaya mempatentkan penemuan berikut:

Regulatory T cells and dendritic at homeostasis levels and during acute/chronic airways inflammation (asthma and acute lung injury mouse models)

Potential of TNF receptor 2 in nanomedicine development at targeting lung diseases (allergy and cancer)

Interactions of environmental stimuli (nanoparticles and LPS) and biological factor (follistatin and etarnercept) with lung immune cell

Effects of pre-exposure of environmental and biological stimuli on the development of asthma.

Negeri Kelantan amat berbangga dengan pencapaian Dr Rohimah binti Mohamud dalam bidang yang diceburi. Ini telah membuktikan bahawa wanita Kelantan mampu terkehadapan dan sentiasa berdaya saing dalam semua sektor terutamanya dalam bidang pendidikan. Semoga kejayaan yang dicapai mampu memberi inspirasi kepada seluruh wanita di Kelantan khususnya dan Malaysia amnya untuk lebih berdaya maju sekaligus memartabat wanita Malaysia sebaris dengan negara maju yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *