Nafkah Wajib Sebelum Berkahwin Lain – Made With PosterMyWall (1)

Lelaki yang bergelar sebagai duda kena tahu ini. Saya percaya memang ramai yang tidak puas hati mengenai isu ini.

Isu ini bukan mahu menuding jari kepada semua lelaki. Tetapi, yang dimaksudkan di sini adalah sesetengah sahaja. Cuma saya hendak bagi tahu supaya benda ini jadi satu peringatan. Ada orang yang tak puas hati sangat-sangat. Salah ke kalau dia nak berkahwin lain? Ada yang cerita dalam ruangan komen FB Page.

Berdasarkan pengalaman di mahkamah, ramai yang tidak faham, terlepas pandang ataupun buat-buat tidak tahu berkaitan dengan nafkah anak ini. Ada orang dia tidak ambil berat. Ramai yang mempunyai mentaliti ini terutama orang lelaki yang bercerai. Mentaliti dia, anak sama-sama tanggung.

Sebenarnya para pembaca sekalian, dalam islam tidak ada dalil yang mengatakan emak perlu tanggung nafkah. Saya percaya tidak ada. Apa yang ada dalam hadis berkenaan kisah Hindun isteri kepada salah seorang pembesar Mekah iaitu Abu Sufyan. Abu Sufyan merupakan seorang ketua orang Arab Quraisy.

Jadi, Hindun ini dia datang bertemu dan mengadu kepada Nabi, ‘Ya Rasulullah, suami aku ini adalah seorang yang kedekut. Anak dan diri aku ini tidak ditanggung.’

Hindun nak mengadu tentang nafkah diri dan anak dia. Jadi, Nabi tak panggil pun Abu Sufyan pada masa itu. Nabi dengar dahulu aduan daripada Hindun. Nabi sebagai ketua dan pemimpin serta hakim pada masa itu mengarahkan Hindun untuk pergi ambil dan gunakan sebahagian daripada harta Abu Sufyan itu untuk digunakan sebagai keperluan kepada Hindun dan anaknya.

Daripada hadis itu nak cerita bahawa, Hindun ini adalah isteri pembesar. Sudah pasti ada harta serba sedikit. Tetapi dalam islam, bapa perlu menanggung anak-anak dan isteri untuk keperluan. Tidak ada cerita yang menunjukkan ibu kena tanggung nafkah anak. Kalau ada pun, bukan atas tanggungjawab si isteri. Tetapi, dikira sebagai sedekah.

So, bila sebut sedekah, ia bukan bentuk paksaan atau kewajipan. Faham tak?

Analoginya, ketika kita tengah makan, datang orang meminta sedekah. Dia paksa kita tak? Sedekah ini terpulang kepada kita nak buat atau tidak. Buat dapat pahala. Tak buat tidak apa kerana tidak wajib.

Tapi, nafkah anak, setiap lelaki kalau dia nak kahwin, dia dah kena set dalam kepala otak dia iaitu suatu kewajiipan. Kena set dalam kepala, ‘Aku nak kahwin ini, aku ada benda yang penting perlu aku tanggung’. Set siap-siap dalam kepala kena tanggung nafkah.

Seorang lelaki yang nak menikah lain, dia kena selesaikan 3 benda. Antaranya:

  1. Nafkah anak

Meskipun pasangan tersebut telah bercerai. Anak adalah tanggungan selamanya. Jika ada halangan seperti orang ketiga ke, dihalang dari bertemu anak ke, semua ini tidak menggugurkan tanggungjawab dalam menunaikan nafkah anak.

Nafkah anak adalah perlu ditanggung oleh seorang bapa. Melainkan, bapa ini hilang keupayaan sebagai contoh. Lumpuh ataupun duduk dalam penjara. Tapi kalau ada harta, harta itu boleh digunakan. Dijual untuk kegunaan.

Sebab ramai orang dia ingat bila masuk dalam mahkamah, anak itu perlu ditanggung separuh oleh ibu, separuh oleh bapa. Ramai yang fikir macam itu.

Boleh kalau nak jaga sama-sama. Tapi, jangan terlalu berkira dengan nafkah anak. Nafkah anak adalah satu kewajipan si bapa meskipun mahu berkahwin lain dan sebagainya. Tidak akan hilang tanggungjawab tersebut.

Kedua, untuk si bapa ini faham especially seorang lelaki yang telah bercerai. Sebenarnya, perkataan duda ini tidak sesuai untuk orang yang bercerai hidup. Kalau kita faham, duda ini maksudnya orang yang kematian isteri. Kalau isteri dengan suami yang bercerai, isteri itu digelar janda. Tapi, kalau isteri itu kematian suami, si isteri itu digelar balu. Tapi, kalau lelaki bercerai dengan isteri dia, tak sepatutnya digelar sebagai duda, tetapi mungkin disebut sebagai bujang Kembali lah kot.

Tapi, biasanya kita sebut sebagai dudalah sebab orang melayu kita mudah faham tidak kiralah bercerai hidup ke, bercerai mati ke. So, duda.

Berbalik kepada point nombor 2 tadi, sebenarnya untuk si bapa ini faham betapa banyaknya perbelanjaan yang perlu ditanggung sekarang ini. Kita kena berpijak di atas bumi yang nyata. Kita tak boleh bayangkan, ‘Jangan terlalu memuja bintang di langit sedangkan kaki masih berpijak di bumi.’

Jangan kita duduk angan-angankan lepas ini semua benda mari dekat kita. Kita kena bergerak di atas fakta yang betul. Fakta dan kehidupan serta realiti yang sebenar di Malaysia ini macam mana. Ini baru dekat Malaysia. Kalau duduk dekat negara maju misalnnya. Dia punya cost of living lagi tinggi. Lagilah kita kena beware bagaimana pengurusan ini. That is why, saya bukan tujuannya nak menghalang orang yang hendak berkahwin especially duda dalam cerita ini. Terpulanglah kalau nak kahwin 2 ke, 3 ke, 4 ke whatever it is, kahwinlah, tiada masalah. Cuma masalahnya untuk anda tahu bagaimana kita perlu nilaikan perbelanjaan. Apa perbelanjaan penting.

That’s why timbul perbelanjaan makanan, pakaian, persekolahan, perubatan, hari raya dan sebagainya. Makan anak satu hari, standard lah kita ambil orang biasa makan adalah 3 kali sehari (Makan pagi, tengahhari dan malam). Sekali makan sekarang ini dah tiada nilai RM3. RM3 sekarang ini boleh dapat nasi dengan telur sahaja. Jadi, standard kita ambil RM5 sekarang ini. Ini untuk paling simple. Kalau duduk dekat bandar seperti Kuala Lumpur, kosnya pasti lebih dari itu.

RM5 kali dengan 3 kita dapat RM15 sehari makan. RM15 cuba kali dengan 30 hari, RM450. Itu baru bab makan sahaja. Belum cerita lagi bab pakaian. Pakaian ini dia bukan baju dan seluar semata-mata. Regardless, benda itu pun kita tetap kena tunaikan juga. Keperluan-keperluan yang lain. Baju ini kalau tak nak bagi sebulan sekali, dua bulan sekali pun boleh. Tapi, benda keperluan harian seperti ubat gigi. Ubat gigi kalau guna akan habis. Tu baru ubat gigi. Kalau macam baby, dia ada macam minyak yuyi cap limau, losyen itu semua pakaian lah tu.

Tempat tinggal pula juga sebahagian daripada nafkah. Kerana nafkah bukan berbentuk wang ringgit sahaja. Tapi, kita kena faham memenuhi setiap perkara, makan, pakaian, dan tempat tinggal. Memang betul, duduk dengan orang lain. Tapi, anda sebagai bapa, jangan lepas macam itu sahaja. Kita bagi anak kita duduk dengan orang, kena lah hulur juga. Anak kita guna elektrik misalnya. Mungkin bapa tidak perlu sediakan rumah yang lain sebab anak itu nanti nak duduk dengan siapa kalau kita sediakan rumah yang lain. Meski dengan bekas isteri juga. Anak kadang-kadang bukan seorang, tapi 5 orang misalnya. Bil elektrik rumah orang itu elok-elok RM50 sebulan, sebab jaga anak-anak kita, jadi RM150 sebulan misalnya.  

Belum lagi cerita pasal perubatan. Perubatan ini ada dalam kalangan kita tidak ambil peduli. Bila ditanya anak sakit ke? Tapi kadang-kadang ramai orang yang serahkan seratus peratus kepada sebelah pihak, masalah juga itu. Sakit ini kita tak minta. Tapi, jika ada, kita kena cari alternatif seperti insurans ke misalnya. Anda kena ingat kalau kena bawa ke hospital kerajaan pun, tetap kena bayar juga. Kalau ada anak yang semua sihat dan normal tidak apa-apa, tidak apalah macam itu. Kadang-kadang ada anak ini mempunyai penyakit yang tertentu.

Selain pada makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan perubatan, paling penting juga adalah tentang susu. Seriously, kalau lelaki dia tidak tahu bahawa dekat Malaysia ada 3 jenis susu. Susu lembu, susu kambing serta susu formula soya, dan sebagainya yang tidak tersebut di dalam ini, saya rasa lelaki sebegini memang tidak pernah ambil peduli. Dia tidak pernah hendak ambil berat. Apa yang dia tahu, secara kasarnya saya hendak sebut hanya tahu buat anak sahaja.

Jenis macam ini bila di bawa kesnya di mahkamah, pertama bila kita sebut tentang susu, mulalah dia bangkang, ‘ni apa susu bapak mahal’. ‘Tak pernah lagi ajar anak minum susu mahal-mahal, buat apa’. Berikut antara perkara yang menjadi isu hangat di mahkamah.

Lainlah, kalau si lelaki cakna mengenai anak, mereka pasti tahu kondisi susu anak macam mana, dan sebagainya. Tapi yang tak baik, ada yang jenis pukul rata. Katanya, susu 1 tin itu cukup untuk semua anak. Untuk anak yang tidak sesuai dengan susu lembu, dia kena minum susu kambing. Kalau kita paksa juga anak yang tidak boleh minum susu lembu diberi minum susu lembu. Akibatnya, si anak mungkin kena sakit lain pula. Tanggung anak ini sampai anak ini sudah mampu menyara dirinya.

  • Nafkah Isteri

Seorang duda, kalau hendak berkahwin lain, jika sudah clear bahagian nafkah anak, dia kena selesaikan pula nafkah iddah dan mut’ah. Seorang isteri yang diceraikan, dia berhak untuk mendapatkan nafkah iddah kalau dia diceraikan talak satu atau talak dua tanpa ada apa-apa perintah. Ataupun, tanpa disabitkan nusyuz, nafkah iddah.

Sumber Gambar : Google

Termasuk nafkah iddah itu termasuk dengan nafkah mut’ah. So, dia kena clear dengan mut’ah ini juga. Mut’ah ini maksudnya sagu hati selepas cerai. Kalau sagu hati selepas cerai, dalam pemikiran si bekas suami mesti ada kena pastikan nafkah iddah dan mut’ah ini sudah selesai.

Kita takut kalau nafkah ini tidak diselesaikan, kena saman pula nanti. Jangan terkejut kerana itu nafkah yang masih belum selesai lagi. Faham? Dia mungkin boleh settle one shot. Cuma dia perlu ingat 1 perkara bahawa benda ini tidak boleh diabaikan.

  • Nafkah Ibu bapa

Dia ada atau sudah tidak ada lagi tanggungan ibu bapa yang tidak berkemampuan. Ramai juga yang terlepas pandang isu ini. Nafkah anak kepada emak dan ayah yang tidak berkemampuan adalah wajib. Hidup di dunia ini memang adalah satu ujian. Tapi, dengan ujian ini tidak menjadikan kita mengabaikan apa yang kita perlu jaga.

Sumber Gambar : Google

Kalau ibu dan ayah kita ini adalah yang berkemampuan, fine tidak apa. Pengajaran untuk kita pula yang akan menjadi tua kalau kita panjang umur, kita mungkin akan sudah berkurangan tenaga, kerja sudah tidak banyak seperti masa muda dan sebagainya. Pengajaran kita, kita kena set dalam minda, ‘Aku tidak akan menyusahkan anak aku nanti.’

Kena set macam itu. Bukan minded macam orang dulu-dulu. Minded lama ini, mereka akan fikir, ‘Lagi ramai anak, anak ini yang akan jaga aku.’ Bukan. Zaman dulu mungkin ya. Tapi zaman yang makin ke depan ini, ramai orang yang sudah survived. Even anak kita walau berpelajaran tinggi, kadang-kadang dia nak tanggung diri dia pun tak boleh. Nak tanggung anak dan isteri dia lagi.

Namun begitu, walaupun nafkah usul itu adalah penting, minded buat pembaca budiman sekalian perlu ada set kan supaya kita ini ada kemampuan untuk berdiri atas kaki kita sendiri bila kita tua kelak.

Is not the good things, kalau kita fikir kaya itu salah. Sebabnya, 10 sahabat yang dijanjikan syurga, 9 kaya, 1 orang sahaja tidak kaya. Jadi, kita kena ada usaha dari sekarang untuk kegunaan kita pada masa hadapan untuk tidak menyusahkan orang lain. Sebab kita sudah belajar sejarah dan cerita-cerita yang telah berlaku dekat orang lain. Jadi, kita tidak mahu ia berlaku pada kita.

Kesimpulannya, Kalau si lelaki hendak kahwin lain, make sure sudah clear dari segi nafkah anak, nafkah iddah isteri dan nafkah usul kedua-dua orang tua yang tidak berkemampuan.

Jika bermanfaat, jom sebarkan.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Untuk dapatkan info lebih lanjut, boleh ke FB Page Fahmi Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *