Kak Sam Cover Halia

Bismillahirrahmanirrahim
Pagi ini, suami memesan air sahaja sebagai sarapan.
“Nak air detoks Honey.”

Pelik!
Tak der pesanan telur separuh masak, scramble egg, roti cecah telur n tomato, atau nasi lemak sebungkus!

Katanya, perut menjadi sangat nyaman.
Malah saya juga begitu, menjadi kurang lapar, dan tidak diserang gastrik sejak mengamalkan minuman ini.

So, siapa mahu kurus? ehem 🙂 🙂

Resipinya saya reka sendiri berdasarkan sebuah wahyu.

Kerapkali membaca dan mentadabbur Surah Al-Insan, kerap kali juga ayat ini mengetuk fikiran.

وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلًا
(Al-Insan, 76:17)

“Di dalam surga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah halia.“

Zingiber officinale ataupun halia, tumbuhan yang mana akarnya boleh dimakan.

Subhanallah, inilah minuman ahli syurga.
Segelas air yang dicampurkan halia.

Bahkan sangat bermanfaat pula.
Mungkin kerana asalnya kita daripada tanah, lalu ubat yang sentiasa menemani menu harian kita turut datang daripada tanah?

Rizom (akar berisi) inilah diguna untuk asas apa jua masakan. Dari menjadi garam kunyit hinggalah kepada pelbagai variasi olahan masakan. Goreng, gulai, sup, singgang, rendang.. malah turut digoreng lalu menjadi kerepek dan juga halwa. Subhanallah. Indah sungguh aturan Allah, kan?

Ia bukan sahaja minuman ringkas, tetapi khasiatnya:

  • antibakteria
  • antidiabetik
  • antimikrob
  • meningkatkan imuniti
  • melawaskan
  • membantu mengeluarkan angin, justeru membantu meningkatkan fungsi seksual
  • mengurangkan sakit kepala, pening
  • mengandungi enzim protease yang membantu mencernakan protein
    -mengandungi enzim lipase yang membantu mencernakan lemak. Justeru menghilangkan mual
  • meransang pengeluaran hormon adrenalin, justeru menstabilkan tekanan darah
  • antikanser, mengandungi pelbagai antioksida yang mampu melawan Reactive Oxygen Species yang disebut dengan bahasa mudah: radikal bebas.
    malah banyak lagi.. boleh rujuk kajian-kajian, sangat banyak.

Cuma, bagaimana cara mengamalkannya?

“Di dalam surga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah halia.“
Lantas ayat ini jelas menunjukkan ramuannya.
MINUMAN YANG DICAMPUR HALIA.

Sangat praktikal. Sangat ringkas.

Kaedahnya?

  • Ambil dua inci halia, kupas sedikit kulitnya, lalu tumbuk. Masukkan dalam jug kaca.
  • Potong dua hiris lemon, lalu perah. Masukkan kulit 🍋 ke dalam jug.
  • Masukkan air panas.
  • Masukkan gula stevia (jika mahu manis)
    Siap!!

Ringkas kan?
Berbeza dgn hidangan lain, kaedah ini membolehkan kita mengamalkan halia setiap hari.

Malah, lebih special, halia itu dalam keadaan fresh!

Cas elektriknya masih ada. Yang mengaktifkan arus elektrik pada badan kita serta meningkatkan vibrasi sel, menjadikan kita lebih segar dan energetik.

Bila diperahkan lemon 🍋 dan dituangkan air panas, komponen meruapnya tersebar ke udara. Cuba sedut dengan hidung seketika. Harumkan? Segar minda..

Zingiberane.. Arcurcumene.. and the gang.

Itu fungsinya. Itulah kecantikannya. SubhanallahAl-

Al-Quran..
Ia manual, ia petunjuk malah memberi resipi-resipi kehidupan.. selamat mencuba. Semoga kita sihat selalu.

Muslim yang sihat dan kuat lebih baik dan banyak baktinya berbanding Muslim yang lemah 🙂 Wallahu a’lam.

Disclaimer:
Ini adalah pandangan peribadi.
Resipi sendiri berdasarkan ayat Al-Quran, Surah Al-Insan ayat 17, belum dikajiankan di dalam makmal. Ehee sudi-sudikan bereksperimentasi sendiri 🙂

Precaution:

  1. Setiap perkara ada kadarnya. So jangan berlebihan. Segelas dua sehari okayla
  2. Kalau nak letak madu, tunggu air sejuk. Madu banyak asid amino ringkas, tak boleh kena air panas, nanti denature (ternyahasli)

Disediakan oleh:

Dr. Samhani Ismail
Neurosaintis Kognitif USM (PhD)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *